Kasih Bertaut

fahdin

Seluruh alam ini adalah makhluk dan manusia juga adalah makhluk. Maka secara kesimpulannya manusia juga sebahagian daripada alam ini.

Seluruh alam ini bertasbih kepada Allah sebagai tanda sujud dan pengabdiannya kepada Allah. Bagaiman pula manusia? Pengabdian manusia kepada Allah adalah dengan mendirikan solat menyembah Allah. Semua ini sebenarnya adalah fitrah.

Fitrah matahari mengabdikan diri kepada Allah dengan memancarkan cahayanya. Planet-palanet di cakerawala dengan fitrah mengelilingi matahari mengikut orbit masing-masing termasuk bumi yang berpusing 360 darjah mengikut orbitnya sebagai fitrah pengabdian dirinya kepada Allah.

Manusia bagaimana? Sudah tentu dengan dengan menunaikan solat 5 waktu sehari semalam sebagai tanda pengabdian kepada Tuhan sekalian alam.

Mengikut satu kajian sains, jika bumi terpesong walaupun sedikit (tidak pasti jarak spesifik) dari orbitnya nescaya akan hancur binasalah bumi. Begitulah betapa besarnya kesan apabila bumi terpesong daripada fitrahnya.

Begitu juga dengan manusia. Jika manusia meniggalkan walaupun satu waktu solat dalam sehari, secara hakikatnya manusia itu sendiri telah hancur musnah kerana lari dari fitrah sendiri. Percayalah dan renunglah. Sanggupkah kita biarkan diri kita hancur musnah walaupun fizikalnya kita masih sempurna. kerana amal maksiat kitalah yang memarakkan api neraka untuk membakar diri kita sendiri.

( Artikel ini adalah bingkisan penulis hasil perbincangan dalam sesi tutorial kursus Pengantar Usuluddin 9 sep 2008 Akademi Peng. Islam UM )
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment