Kasih Bertaut

fahdin

Gembira rasanya apabila Malaysia pulang dengan satu pingat perak dalam sukan olimpik baru-baru ini dan tidak lupa juga tahniah kepada yang berjaya. Dialah hero yang menjadi kebanggaan negara. Mendapat pujian yang melangit, hadiah sebanyak RM300 000, pencen dan mukanya terpampang di kaca tv, dada-dada akhbar, namanya disebut-sebut di corong radio sebagai penghargaan kerana telah mengharumkan nama negara.

Bukan ini sebenarnya yang ingin saya bincangkan dan luahkan namun disebalik pujian melangit ini, pernahkah kita terfikir ada golongan lain yang lebih hebat daripada ini namun tidak pernah mendapat penghargaan sehebat dan setinggi ini.

Siapa lagi kalau bukan golongan para pendidik yang berada di barisan paling hadapan dalam membina generasi sesebuah negara. Yang memikul tanggung jawab paling besar dalam membentuk jati diri dan intelektual anak pertiwi. Yang menggalas amanah terbesar dalam melahirkan para pemimpin negara yang dikagumi kawan dan disegani lawan.

Kerana gurulah ada Pemimpin. Kerana gurulah ada guru. Kerana gurulah ada doktor dan peguam. Kerana gurulah ada polis dan askar dan kerana gurulah seluruh generasi kita hari ini celik dengan ilmu. begitulah tingginya jasa guru sehingga tak dapat untuk saya gambarkan betapa banyaknya jasa mereka kepada agama, bangsa dan negara.

Namun jika difikirkan, sejauh manakah sanjungan kita terhadap mereka? Sehebat manakah kita mengangkat martabat mereka seiring jasa mereka? Gelaran apakah yang paling sesuai untuk kita berikan kepada mereka?

Jauh du sudut hati, bukan pujian yang mereka harapkan. Bukan sanjungan yang didambakan. cukuplah dengan kalimah keramat. Kalimah yang mampu menghilangkan rasa penat. Kalimah yang mampu membakar semangat. Kalimah yang mampu memberi azimat.

cukuplah dengan kalimah "terima kasih guru". Maka terhapus semua kepenatan yang tersimpan. Terbayar semua pengorbanan. Terbina semangat yang hilang.

Biar generasinya seorang menteri. Biar generasinya seorang profesor dan doktor. mereka tetap seorang guru. renung-renugkan jika kita peduli.....

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

- Sajak karya SN Dato’ Dr Usman Awang



( Maaf jika artikel ini menyentuh sentimen mana-mana pihak. Bukan hasrat di hati yang nak disuarakan tapi hakikat yang perlu ditegakkan )





Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment