Kasih Bertaut

fahdin

Herm...semester ini sudah tamat. Hati sape tak melonjak riang. Termasuk aku yang dah lama tak balik kampung. Bukannya apa, rindu ler kat keluarga. Tapi selain sedara mare kat kampung yang aku rindu ade lagi buah hati yang dah lame aku tak belek dan belai. haha

Ape lagi kalau bukan setem kesayangan kat dalam bilik yang aku rase dah bersawang sebab dah lama tak balik. So tak de sape yang masuk. Rindu bangat. Macam manalah agaknye keadaan setem-setem aku tuh. masih baik ker atau pun dah dikebas tikus dan lipas, tak pun adik aku bawak pegi sekolah dan kekah kat kawan-kawan die. Biasalah kan.

Sebab sesetengah orang berpendapat mengumpul setem nih hobi budak-budak sekolah. lepas tuh semua tah kemana. adelah sekerat dua yang masih setia dengan hobi nih. Antaranya ialah aku dan kamu-kamu yang sehobi denganku.

Minggu lepas Pos Malaysia baru melancarkan keluaran setem diorang yang terbaru pada 11.11.08 . dah lah time tuh musim peksa. Aku tak kesah janji aku dapat ape yang aku nak. Haha. So aku pun pergilah kat Pejabat Pos Daya Bumi. Beruntung la dapat dok dekat dengan Daya Bumi.

Memang puas bile apa yang kite nak ade dalam tangan. Lepas tuh aku masuk galeri setem plak kat tempat yang sama. Galeri nih ade mempamerkan setem-setem yang lepas-lepas termasuk yang klasik. Setem tahun yang lepas-lepas pun masih ade lagi dijual kat situ.

Aku memang dah lama nak cari setem yang lepas-lepas sebab banyak set setem aku yang tak lengkap lagi. Pilih punya pilih, akhirnya aku menghabiskan sekitar Rm45 semata-mata kerana setem. Kawan aku bukan main lagi membebel sepanjang jalan. Aku tak kisah asalkan aku puas. Bahkan aku merasakan minatku terhadap setem semakin membara.

Kepada yang ade kelapangan bolehlah ke BERJAYA TIMES SQUARE pada 1-7 DIS nih dari pukul 10pg hingga 10mlm sebab ade pesta MINGGU SETEM 2008. Macam-macam ada. Antaranya ialah jualan setem, jualan pasport filateli, game dan lain-lain.

Dan sesiapa yang tak minat kumpul setem, bolehlah menyumbang setem korang kat aku yang tak pernah puas dengan setem yang aku ada. haha. Jangan lupe
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment