Kasih Bertaut

fahdin
Sudah masuk hari ke3 tempoh berkempen sejak hari khamis lepas. Namun sehingga hari ini saya lihat Pro M lebih menonjol dari sudut proses berkempen. Malam tadi saya sempat membantu sahabat-sahabat Pro M memasang poster sehingga hampir subuh. Tahniah saya ucapkan kepada sukarelawan dan jentera Pro M yang tidak kenal erti penat demi sebuah perjuangan.

Namun jauh di sudut hati timbul rasa terkilan gara-gara tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menyekat dan melengah-lengahkan usaha Pro M untuk berkempen di beberapa buah kolej kediaman walaupun ada beberapa buah kolej kediaman menyambut baik kedatangan calon-calon dari Pro M. Terima kasih kepada pihak yang terbabit.

Berbalik kepada sikap sesetengah pihak yang cuba menyekat dan melengahkan prosek berkempan daripada calon Pro M membuktikan bahawa demokrasi yang dijanjikan oleh HEP telah mati sejah siri PRK yang lepas-lepas lagi sehingga ke hari ini Janji-janji ini akan ditabur saban tahun termasuk tahun ini namun tidak juga dilunasi.

Malam semalam, salah seorang calon Pro M telah diugut di hadapan sebuah kolej kediaman dan hampir dicederakan gara-gara mahu berkempen untuk PRK yang bakal menjelang pada 19 ini. Namun dari pihak Pro Aspirasi, mereka mendapat jalan yang mudah untuk berkempen bahkan pengumuman dibuat supaya penghuni kolej kediaman turun untuk mendengar ucap kempen dari calom Pro Aspirasi. Sebaliknya layanan seperti ini langsung tidak diterima oleh calon Pro M.

Sejak hari penamaan calon, pelbagai tuduhan telah dibuat oleh Pro M tentang isu rasuah, isu Pulau Tioman bersama-sama bukti yang jelas namun masih tidak dijawab oleh pihak-pihak tertentu mengenai tuduhan ini. Yang mereka tahu hanyalah melaungkan perkataan "fitnah" tanpa melampirkan bahan bukti yang jelas bagi menolah tuduhan tersebut sedangkan dari pihak Pro M, mereka terus mencari bukti bagi membenarkan tuduhan mereka.

Apa yang paling menyedihkan, apabila saya sering terdengar rungutan dari adik-adik tentang kebimbangan mereka berkemungkitan tidak dapat menginap di kolej kediamn jika mengundi calon yang dianggap sebagai pembangkang. Jenis mentaliti apakah yang telah berjaya ditanam ke dalam minda adik-adik sehingga kebimbangan ini jelas menghantui rata-rata adik-adik yang tinggal di kolej-kolej kediaman sehinggakan hilang kepercayaan kepada konsep rezeki. Sewajarnya kita harus sedar bahawa rezeki itu adalah urusan tuhan dan rezeki itu luas maksudnya. Harapan saya supaya sama-sama kita perbaiki Aqidah kita. percayalah pada rezeki.

Apa-pun saya menyeru kepada sahabat-sahabat supaya kita sama-sama memperbaiki keadaan dan mentaliti adik-adik kita. Saya juga berharap supaya Allah memberi kemengangan yang pasti kepada perjuangan yang murni seperti mana Allah memberikan kemenangan kepada umat-umat terdahulu yang beriman.

TURUNLAH MENGUNDI. SATU UNDI DARIPADA ANDA SATU LANGKAH KITA KE MERCU JAYA.
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment