Kasih Bertaut

fahdin

Hari ini UM digemparkan dengan berita kepala babi yang diletakkan di dalam masjid Akademi Pengajian Islam UM (APIUM) sekaligus merupakan rekot terburuk sepanjang tempoh UM mula beroperasi. Sebelum ini, kes-kes seperti ini tidak pernah berlaku dan begitu jauh dari pemikiran warga UM umumnya dan APIUM khususnya.

Tambahan pula, hari ini adalah hari kedua bagi calon-calon MPMUM berkempen sehingga Ahad ini. Maka wujudlah berbagai spekulasi tengtang peristiwa yang belaku hari ini. Rata-rata, mahasiswa cuba membuat telahan awal tentang siapa yang menjadi dalang di sebalik kejadian ini tidak terkecuali saya sendiri.



Namun jika diperhati, sewajarnya mahasiswa cuba melihat kejadian hari ini dari sudut yang lain. Sama-sama kita ketepikan soal politik untuk kes ini walupun jelas tepampang tulisan yang menyebut PRO-M & PMI. Namun selagi kita melihat dari sudut provokasi politik, selagi itulah kita tidak akan bersetuju antara satu sama lain. Malah masalah ini boleh menjadi semakin rumit kerana turut terlibat dalam kejadian ini ialah Parti PAS kerana bendera parti ini diletakkan bersama kepala babi tersebut sekali gus melibatkan Politik sebenar luar kampus.

Namun pada saya, saya lebih cenderung melihat kejadian hari ini dari sudut sentimen agama. Sebagai seorang muslim, siapa yang tidak terkesan dengan penghinaan sebegini. Jika kita melihat kejadian ini dari sudut seperti saya, saya percaya kita mampu bersama mencari jalan tebaik untuk semua khususnya yang beragama Islam. Tidak kiralah kita berdiri atas perjuangan apa sekalipun.



Saya juga menyeru kepada rakan-rakan agar tidak terus membuat telahan tentang siapa yang sebenarnya patut bertanggung jawab ke atas kejadian seperti ini. Saya bimbang, telahan kita boleh menjadi satu fitnah yang merenggangkan lagi hubungan sesama mahasiswa. Maka sama-samalah kita serahkan perkara ini kepada pihak berwajib untuk menyiasat dan menguruskan kes seperti ini dengan telus.

Apapun, doa adalah jalan yang terbaik sebagai senjata kita umat Islam. Sama-samlah kita memohon kepada Allah agar memberi balasan @ petunjuk kepada sesiapa yang sanggup melakukan perbuatan sekeji ini.
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment