Kasih Bertaut

fahdin

Hari in adalah antara hari yang paling memenatkan aku sepanjang seminggu kuliah. Bermakna setiap minggu aku akan menempuh hari yang memenatkan ini. Kurang waktu untuk berehat dari pagi sampailah ke petang. Apapun hidup mesti diteruskan. Bak kata mak aku mase aku ber'dating' dengan die dulu, "Alah itu baru belajar. Pergi kelas duduk je. Orang yang perang tu sampai dah tak sempat nak fikir penat ke, lapar ke, mengantuk ke .... tak ada pun yang mengeluh." Maka hujahku terbunuh sepenuhnya. Walaupun aku sedar masih ada yang boleh aku pertikaikan. Tapi aku tahu apa yang dia nak maksudkan adalah supaya kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Sesekali jangan tengok orang di atas, tetapi kadang-kadang tunduk jugak ke bawah lihat orang yang kurang bernasib baik berbanding kite. "Biasalah manusia". Suke mengeluh dan tak tahu nak bersyukur.

Hari ini jugak aku masuk ke kelas, ada test. Menggelupur jugak aku dibuatnya. Maka dengan lafaz Bismilah.... aku pun kamikaze menjawab soalan-soalan yang memutarbelitkan urat-urat kat otak aku yang memang dah berselirat. Bukannya ustaz tak pesan, cuma kadang-kadang nih kita sambil lewa dan pandang ringan. Lepas tu baru nak menyesal. Macam tu jugak dalam hidup seharian. Allah dah syariatkan macam-macam. Kita dok tangguh-tangguh. Kononnya dah tua nanti baru nak bertaubat. Tapi kita tak sedar yang mati tu bukan nak tunggu bila tua. Bila-bila pun boleh terjadi. Bila dah terlewat baru nak menyesal tak buat amalan mase muda. Hati ni sempat berbisik "Biasalah manusia". Suka tangguh-tangguh benda yang baik.

Tengah hari ni aku sempat duduk-duduk bersama teman di surau lepas solat zohor sementara nak tunggu hujan reda. Walaupun sepatutnya kelas dah mule (masuk lewat...eheh). Sesekali aku berpaling kepada satu kumpulan pelajar kat belakang surau duduk berlonggok sambil sembang-sembang bende apa tah yang aku pun tak dapat nak dengar dengan jelas. Dalam kelompok tu aku tengok seorang jer yang bercakap dan gelak-gelak. yang lain ada yang menguap, ade yg terlena sambil tersenyum (cover) ade yang blur. So aku pun teringat sesuatu ... Mungkin aku pernah jugak jadi macam tu. Tapi patut disedari bahawa sesekali kita ini kene jugak jadi pendengar. Takkan asyik nak bercerita, nak mengadu. Kawan-kawan kita pun manusia. Ada masa nak berkongsi cerita dan ada masa nak mengadu. Allah dah jadikan manusia 2 telinga dan 1 mulut. Kenapa ya Allah jadikan telinga lebih dari mulut? Sebab Allah nak kita nih lebih banyak mendengar dari bercakap (aku rasa). Aku pun tersenyum sendirian sambil dalam hati berkata "biasalah manusia". Sebab selalu pentingkan diri.

Dan sepanjang perjalanan hari ini, aku bukan saja belajar banyak ilmu dalam kelas tapi aku jugak belajar tentang manusia. Maka betambahlah keyakinanku bahawa ilmu itu memang ada di mana-mana dan bermacam-macam. Kire hari ni aku belajar tentang sikap dan kebiasaan manusia. Maka aku pun lakarkan apa yang aku dapat dalam blog ni untuk dikongsi dengan teman-teman yang membaca sebagai ilmu bersama. "biasalah manusia"


Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment