Kasih Bertaut

fahdin

Suatu hari aku sedang berbual dengan seorang teman yang sangat rapat denganku. Banyak benda yang kami bualkan walaupun sekadar bual-bual kosong. Mungkin kerana agak lama rasanya tidak meluangkan masa untuk berkongsi cerita bersama.

Dalam perbualan kami, dia sempat bertanyakan satu soalan yang membuatkan aku terdiam seketika. Terdiam bukan kerana tidak tahu, tapi terdiam kerena berfikir. Soalannya mudah tetapi jawapannya agak payah. "Agaknya kita ini ibarat apa ye?" itulah soalannya.

Sebenarnya aku sendiri tak pasti tentang niat di sebalik soalan seperti itu. Aku cuma beranggapan dia mungkin berseloroh namun dalam masa yang sama mungkin juga dia mengharapkan jawapan yang jelas.

Lama jugak aku berfikir membuatkan suasana menjadi bungkam seketika. Herm...apalah jawapan paling mudah supaya sama-sama puas.

Akhirnya aku aku berkata "Kita ni macam putih." Aku tahu dia keliru. Sebab aku nampak ada kerutan kecil di dahinya. Aku sekadar tersenyum. itu saja. Aku tahu dia mahukan jawapannya. tapi aku mahu dia berfikir seperti aku berfikir. Tak jugak bermaksud mahu memulangkan buah keras kepadanya.

Namun jauh di sudut hati aku cuma mahu dia faham apa yang aku maksudkan. Aku cuba melihat kepada fitrah putih dan falsafahnya. Mudah, objektif dan konkrit.

Putih itu hanya perlukan putih. Warna lain akan mencemar dan merubah komposisi fizikalnya.

Maksudnya, aku adalah putih dan dia adalah putih. Aku perlukan dia dan dia perlukan aku. Aku melihat dia sebagai putih dan dia melihat aku sebagai putih. Bermakna dari kaca mata kami, adalah putih.

Putih ada kekuatan juga ada kelemahan. Aku melihat kekuatan dan kelemahannya dan begitu juga dia. Aku menjaga kekuatan dan kelemahannya kerana aku juga putih dan begitu juga dia kerana dia juga putih.

Aku faham manusia perlukan kepelbagaian individu tersendiri. Maka lahirlah variasi. Namun aku lebih suka melihat dari sudut keperluan. Kerana dalam hubungan lebih memerlukan kepada memberi, bukan menuntut. Menuntut akan menagih kepada tuntutan lain.

Apapun aku melihat kami seputih warna putih. Kerana putih itu adalah putih.

Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment