Kasih Bertaut

fahdin

Bismillah...

Akhir-akhir nih kawan-kawan aku selalu datang bertandang dan bertanya " Acik, ko nda kumpul setem lagi ka?". Soalan yang taklah begitu penting tapi membuatkan aku rasa gembira. Justify FullBukannya apa, sekadar melampiaskan sedikit rasa terharu yang berbuku di dasar hati. Jauh di penjuru (tibe-tibe bermadah pulak). Perasaan terharu tu sebab masih ramai orang yang faham apa yang aku minat, apa yang perubahan yang berlaku dalam hidup aku dan apa perkembangan jiwa aku.

So, kepada kawan yang prihatin, aku masih dengan setem-setem aku. Tak boleh berhenti ma. So korang janganlah nak risau.

Erm baru khamis lepas aku pergi Pejabat Pos Daya Bumi dengan Zul beli setem baru. Lagi pun sepanjang 2009 ni, aku belum pernah lagi menjenguk kakak yang menjaga kaunter setem kat situ. So dapat jugak aku cari balik setem-setem yang aku terlepas setelah 4 bulan menyepi. ( Budget lari).

Hari khamis tu, aku sapu semua setem yang aku belum ada lagi. Habislah dalam RM25.30 . Hehe. Ak tau jumlah ini taklah begitu besar tapi bagi orang biasa, buat apa beli setem samapi 25 hengget? Yang nak ditampal dekat sampul sekeping jah. Haha.

Tengoklah nanti kalau aku berpeluang, aku akan scan setem-setem terbaru aku untuk tatapan semua. Yeah!

Apapun : Diharap para pembaca dapat mendoakan aku supaya cemerlang dalam exam yang makin dekat ni. Assalamualaikum.
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment