Kasih Bertaut

fahdin

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia . Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid. Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen. Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. “Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?”, Imam tersebut bertanya kepada dirinya. “Ah… syarikat bas ni dah kaya… setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup”, kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. “Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen”, kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

Owh… terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya”, pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, “Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur”.

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, “Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam”. Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, “Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah… Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabat-sahabatku sekalian… Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain.Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam… Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

=p Kisah ini dikirim oleh teman yang bernama "Ibtisam Nur" melalui emailnya kepada saya.

fahdin

Pagi itu sedikit mendung dan suram. Tiada simbahan cahaya mentari. Sesekali terdengar kicauan burung yang hinggap di atas dahan pulasan. Aku yang duduk di atas buaian bawah pokok pulasan hanya memandang. Memandang ke arah wanita lebih setengah abad itu. Malas nak mengganggu.

Aku tahu air matanya mengalir lagi. entah ke berapa kali aku tidak pasti. tapi yang aku tahu air matanya pernah mengalir sebelum ini. Bukan sekali. Kamal yang duduk di beranda hanya termenung. Tangannya bergetar. Mungkin perasaan yang hadir itu adalah julung-julung kali baginya. Barang kali juga hatinya sedikit berbaur.

Aku? Masih biasa dan terus memerhati. Memerhati kedua-duanya. Malas mengusik emosi mereka. Kerana aku akui bahawa air mata wanita itu pernah mengalir disebabkanku. Dan hari ini air matanya mengalir lagi kerana Kamal. Aku juga pasti emosi kamal kerana saat sepertinya tika itu pernah aku lalui dulu. Ya, beberepa tahun dulu.

Bagi aku biarlah air mata wanita itu terus mengalir. Dan aku harap akan selalu mengalir. Kerana air mata itu adalah hadiah kepada air mata kesusahan yang pernah dilaluinya suatu masa dahulu. Aku tahu dia sudah penat menangis kerana derita. Namun mulai saat ini, biarlah dia menangis kerana gembira seperti hari ini.

Bagi Kamal pula, ini adalah hadiah yang Allah beri atas usaha dan permintaannya. Dia akan pergi seketika dan akan pulang sebagai wira. Jika tidak kepada bangsa sekalipun, cukuplah menjadi wira kepada keluarga.

=p Tahniah kepada Kamal kerana berjaya melanjutkan pelajarannya ke menara gading

fahdin

Bismillah....

Hari ini agak memenatkan. Bukan badan tapi minda (alamak aku mengeluh). Kesibukan yang sedikit ini sedikit sebanyak membuatkan aku menjadi manusia yang kelam kabut. Maklumlah sejak mula cuti rehat, semuanya jadi cuti...haha. Termasuk jugak jari jemari nih.... Patutlah rasa kekok nak menaip.

Erm... bukan kepenatan yang ingin aku bicarakan tapi tentang hati. hati seorang teman kepada teman...

Sepanjang tempoh bercuti membuatkan aku jauh dari teman-teman dan teman-temanku jauh dariku. Bukan menjauhkah cuma berjauhan. Dan dalam kejauhan ini membuatkan aku termenung jauh... eh silap. Merenung jauh. Jauh ke dasar hati. Ada beberapa persoalan yang aku fikirkan...

Setiakah aku sebagai seorang teman?
Adakah aku cermin temanku?
Jujurkah aku dengan temanku?
Siapakah aku dari kaca mata temanku?

Bila dikumpulkan semua jawapan secara total aku dapati aku bukanlah seorang yang sempurna. dan aku tahu sampai kapanpun aku ngga bisa jadi sempurna kerana kesempurnaan itu adalah milik Yang Maha Sempurna. Nabi sendiri tidak merasakan dirinya cukup sempurna. Namun sebagai manusia, sewajar nya aku berusaha untuk menjadi teman yang terbaik kepada teman-temanku.

Dan aku harus sedar bahawa hubungan itu biarlah dibina atas dasar kita sebagai seorang pemberi bukannya penuntut. Jika kita menuntut, maka kita akan menagih tuntutan yang lain. Jika kita memberi insyaAllah kita akan menerima tanpa perlu menuntut.

Mudah saja contohnya. Aku tak perlu menuggu temanku mengukir senyum kerana manalah tahu dia juga sedang menungguku menghadiahkan senyum padanya. Apalah salahnya jika aku senyum saja kepadanya dan nescaya dia akan tersenyum kepadaku....

Mudah rasanya aku menulis dan berfikir. Tapi mampukah aku menjadi seperti apa yang aku fikirkan? ..... Dan anda? .......