Kasih Bertaut

fahdin



Saya dengar mungkin saya lupa, saya lihat mungkin saya faham, tapi jika saya buat tentu saya ingat. Siapapun tidak mahu menyangkal bahawa pengalaman itu tidak boleh dicipta tapi perlu dilalui. Dan kerana hakikat ini, guru perlu menyediakan satu landasan pengalaman untuk pelajar lalui. Pengalaman inilah yang akan menjadi antara pendidikan terbaik kepada pelajar.



Kaedah tunjuk cara ataupun demonstrasi adalah salah satu kaedah yang paling sesuai membawa pelajar kepada hidup berealiti. Kaedah Tunjuk cara ialah satu kaedah yang memerlukan penglibatan kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar melalui pengajaran yang disampaikan secara praktikal. Guru dan pelajar akan sama-sama terlibat dalam melakukan aktiviti sama ada pada waktu yang sama ataupun berbeza. ( Tengku Sarina & Yusmini 2006 )



Kaedah ini melihat kepada keupyaan pelajar untuk mengingat adalah lebih baik jika mereka membuat sesuatu sendiri berbanding dengan apa yang mereka dengar atau lihat. Kaedah serampang dua mata ini memberi peluang kepada untuk belajar bukan sahaja secara teori semata-mata, bahkan pelajar dapat melakukan apa yang dipelajari secara praktikal.



Terdapat empat ciri utama kaedah tunjuk cara atau demonstrasi (Abd. Ghafar 2003) :



1. Melihat kemahiran
Guru akan memeperlihatkan sesuatu kemahiran kepada pelajarnya. Ini bermakna guru akan memberi penerangan atau penjelaskan semasa aktiviti ditunjukkan. Dengan cara ini, pelajar akan lebih mudah memahami apa yang dipelajari kerana mereka tidah hanya mendengar sebaliknya mereka melalui iatau melihat sendiri apa yang berlaku seiring dengan apa yang mereka dengar.

2. Penglibatan pelajar
Guru boleh melibatkan pelajar dalam aktiviti praktikal sesuatu pelajaran. Pelajar yang mempunyai kemahiran yang baik boleh dijadikan contoh kepada pelajar yang lain. Disamping mendedahkan pelajar dengan realiti sebenar, bakat pelajar juga boleh dikesan dan diasah melalui aktiviti seperti ini.

3. Peluang untuk mendengar atau melihat
Guru perlulah memastikan setiap pelajarnya tidak tercicir daripada mendengar atau melihat tunjuk cara tersebut. Seandainya bilangan pelajar adalah ramai dalam satu-satu masa, guru boleh membahagikan pelajar mengikut kumpulan-kumpulan kecil.

4. Kaitan antara teori dan praktikal
Kaedah ini berkesan kerana pelajar dapat mengaitkan apa yang dipelajari secara teori dan praktikal. Tunjuk cara jugak boleh mengelakkan pelajat tersalah faham dengan apa yang dipelajari.

Langkah-kangkah yang perlu dilakukan oleh guru untuk melaksanakan kaedah tunjuk cara ini ialah pada peringkat awal, guru perlu menerangkan dan menunjukkan terlebih dahulu langkah, aktiviti atau peraturank kepada pelajar.

Kemudian pelajar perlu memusatkan sepenuh perhatian mereka terhada apa yang guru perkatakan dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh guru. Pemusatan tumpuan ini adalah bertujuan supaya pelajar tidak tertinggal langkah dan penjelasan yang dibuat oleh guru bagi mengelakkan berlakunya kesilapan ketika giliran pelajar membuat aktiviti.

Selepas pemerhatian dilakukan, guru boleh memintah beberapa orang pelajar atau setiap pelajar untuk menunjukkan semula cara yang sudah dilakukan oleh guru sebentar tadi. Guru boleh menegur serta-merta jika terdapat sebarang kesalahan pelajar dalam melakukan aktiviti sekali gus menjadi tunjuk ajar kepada pelajar yang lain untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Bagi aktiviti yang membolehkan kepelbagaian, murid boleh melakukan semula aktiviti sama ada seperti yang ditunjukkan oleh guru ataupun memilih untuk membuat sendiri berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar asalkan selari dengan objektif dan topik pengajaran.

Hasil kajian yang bertajuk Preferan Pelajar Terhadap Teknik Pengajaran Guru yang dilakukan ke atas pelajar tingkatan 4 mendapati bahawa secara keseluruhan, sebanyak 81 peratusan daripada bilangan responden menyukai kaedah tunjuk cara ataupun demonstrasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan hasil kajian ini, jelaslah bahawa minat pelajar terhadap kaedah pengajaran yang dibawa oleh guru boleh meningkatkan kecenderungan pelajar untuk memahami apa yang dipelajari.

Secara kesimpulannya, kaedah tunjuk cara adalah salah satu kaedah pengajaran yang membawa pelajar kepada realiti sebenar untuk merasai dan melalui apa yang dipelajari. Dan apa yang dilalui ini akan menjadi pengalaman yang begitu mendidik pelajar supaya mampu diaplikasikan apa yang dipelajari ke dalam kehidupan seharian dan dalam lapangan masyarakat.


RUJUKAN
Abd. Ghafar Md. Din. (2003). Prinsip Dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd..

Saedah Siraj & Ahmad Sabri Shuib. (2004). Preferen Pelajar Terhadap Teknik Pengajaran Guru. Jurnal Pendidikan: 93-109. Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Tengku Sarina Aini Tengki Kasim & Yusmini Md. Yusoff. (2006). Kaedah Mengajar & Kemahiran Interpersonal Guru. Selangor : PTS Professsional Publishing Sdn. Bhd..
Labels: edit post
10 Responses

  1. Anonymous Says:

    askm..
    menarik cara p'sembahan
    info rgkas n padat..
    tq..=)


  2. iiii Says:

    terima kasih...info ni byk membantu saya menyiapkan assgn. sy


  3. Anonymous Says:

    salam..ana rse blog ni menrik n byk memberi mklumat kpd ana...syukron...maa taufiq wannajah....


  4. qhasehdinda Says:

    salam ramadhan.. minta izin mngambil maklumat ini~ tma ksh.


  5. una Says:

    terima kasih...minta izin ambil maklumat ini...


  6. Anonymous Says:

    salam ukhwah..

    mohon izin ana br kongsi maklumat utk bhn assgnmnt..


  7. Anonymous Says:

    terima kasih..maklumat ini banyak membantu saya menyiapkan assignment.


  8. muhammad ihsan Says:

    salam...mohon copy ye


  9. Rosshafikah Says:

    salam wbt.. mohon izin utk copy maklumat...utk bhn assignment...


Post a Comment