Kasih Bertaut

fahdin

gambar hiasan


Islam menekankan kepimpinan tauhid dalam setiap organisasi yang dibentuk. Ianya merangkumi ajaran Islam menekankan ciri-ciri kekuatan fizikal dan spiritual secara bersepadu, akhlak yang mulia, kemahiran, ilmu pengetahuan dan komitmen yang tinggi untuk menjadi seorang pemimpin yang bijak berkomunikasi dan berwibawa dalam sesebuah organisasi.

Istilah kepimpinan spiritual merupakan konsep yang penulis temukan berdasarkan hasil penelitian tentang model kepemimpinan yang tepat untuk pembaharuan pendidikan Islam ( Tobroni, 2005 ).

Pimpinan spiritual adalah merupakan model kepemimpinan yang lebih mengutamakan nilai-nilai rohani ataupun spiritual untuk mempengaruhi, mengilhami, mencerahkan dan meggerakkan orang-orang di bawah pimpinannya.

Perkataan spirit dalam istilah kepimpinan spiritual adalah rohani ( Yang abadi ). Kita semua sudah maklum bahawa dalam kehidupan ini, yang abadi itu hanyalah Allah. Dan kerana itu, kepimpinan spiritual adalah model yanng meniru atau mencontoh kepinpinan merujuk kepada sifat-sifat ketuhanannya. Dalam perspektif Islam, dimensi spiritual sentiasa berkait secara langsung dengan realiti ketuhanan, Allah yang Esa (Tauhid). Hakikatnya spiritual itu bukanlah sesuatu yag asing bagi manusia. Ini adalah kerana ia merupakan inti kepada kemanusiaan itu sendiri.

Jika kita melihat kepada model-model kepemipinan yang lain. Rata-rata model ini menunjukkan tingkah laku yang bersifat perkara-perkara yang boleh dilihat dengan jelas. Sebagai contoh ialah ganjaran, hukuman dan sebagainya. Namun begitu, kepimpinan spiritual lebih mendasarkan kepada fenomena yang bersifat tidak nyata ataupun tidak dapat dilihat dengan mata. Ia sebenarnya adalah keimanan yang mendalam dalam hati nurani manusia.

Perilaku dan tingkah laku manusia sebenarnya adalah cerminan yang dizahirkan dari hati nuraninya. Terdapat satu hadith yang menjelaskan tentang manusia itu dinilai daripada hatinya (dalamannya). Maka secara kesimpulan mudah kita dapat menjelaskan bahawa apa yang terlahir dalam tingkah laku manusia itu adalah cerminan sebanar hatinya ( batin ).

Kepimpinan spiritual adalah merupakan kepimpian yang membawa dimensi atau sudut duniawi kepada dimensi spritual. Kepimpinan ini memahami bahawa Allah itu adalah pemimpin sejati yang mengilhami, mencerahkan, membersihkan hati dan menenangkan jiwa hamba-hambaNya. Proses ini Allah laksanakan dengan sangat bijaksana melalui pendekatan etis dan ketauladanan.

Jika merujuk kembali kepada sejarah Islam, kita dapat melihat bahawa kepimpinan spiritual ini barangkali dapat dirujuk kepada bentuk kepimpinan yang diterapkan oleh Rasulullah SAW. Dengan sifat integrasinya yang begitu luar biasa, sehinggakan Baginda mendapat gelaran Al-Amin (yang dipercayai ).

Seluruh umat manusia mengakui bahawa Baginda adalah contoh pimpinan yang mampu mengembangkan kepimpinanya dengan cara paling ideal dan paling berjaya dalam sejarah peradaban umat manusia. ( Michael H. Hart, 1994 )

Empat sifat utama Baginda iaitu Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fathanah mampu mempengaruhi orang-orang yanng ada disekitarnya dengan cara menjadi ilham tanpa mendesak, menyedarkan tanpa menyakiti, membangunkan tanpa memaksa dan mengajak tanpa memerintah.

Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment