Kasih Bertaut

fahdin


Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Pasti anda sudah biasa mendengar lagu dari Kumpulna Ungu ini dan barangkali anda telah menghafal lirik lagu ini. Tapi persoalannya, Apakah kita benar-benar tahu bilakah masanya kita akan dijemput oleh Allah dan meninggalkan seluruh apa yang kita miliki melainkan amal yang akan menemani kita di alam yang satu lagi ...

Sebenarnya hari ini saya dikhabarkan bahawa salah seorang guru ( Gikgu Ani - bukan nama sebenar ) di tempat saya menjalani latihan mengajar telah dimasukkan ke hospital minggu lalu kerana menghidap kanser usus . Saiz kanser juga sudah mencapai saiz 16cm. ( Takziah buat Gikgu Ani ) dan semoga Allah memberikan yang terbaik buat Gikgu Ani.

Sedang saya bersembang-sembang dengan guru tentang musibah yang melanda Gikgu Ani, ada juga guru yang memberitahu bahawa doktor menjangkakan tempoh hayat Gikgu Ani hanya berbaki sekitar 6 bulan sahaja lagi. Sedih kan .... saya sendiri berasa sedih walaupun tidak benar-benar mengenali beliau. sekurang-kurangnya saya rasa beruntung kerana masih diberikan nikmat kesihatan tubuh badan.

Namun sedang saya leka membelek-belek kertas ujian sendirian, saya terfikir kembali tentang perbualan kami sebelum ini. Saya rasa dari sudut yang lain, Gikgu Ani adalah agak beruntung daripada kita kerana Gikgu Ani sekurang-kurangnya dapat menjangkakan bila masanya dia akan dijemput Allah. Sedang kita ????

Walaupun anggaran tempoh hayat itu hanya dibuat oleh doktor yang juga manusia seperti kita. Dan semestinya Allah lebih mengetahui tentang semua itu ...... tapi sekurang-kurangnya dipihak Gikgu Ani, dia boleh membuat persediaan, memohon maaf atas kesilapan, bertaubat, menunaikan apa yang tidak ditunaikan, menggantikan apa yang belum diganti ..... Tapi kita ????




Kadang-kadang saya terfikir, sudah cukupkah amalan kalau saya mati nanti? sudah termaafkah saya daripada siapa-siapa yang pernah saya sakiti atau gurisi? tertunaikah sudah hutang-hutang saya?

Kita sendiri tidak tahu bilakah kita akan dijemput. barangkali tempoh kita lebih lama dari Gikgu Ani. Tapi tidak mustahil juga lebih singkat dari Gikgu Ani. Segala-galanya adalah pasti, cuma kita yang tidak pasti. Entah esok, entah lusa, entak sekejap lagi ... kita akan dijemputNya ...... Maka renungkanlah .... Sebanyak manakah persediaan kita untuk bertemuNya.

p/s : Semoga cikgu Ani cepat sembuh dan dipanjangkan umur.
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment