Kasih Bertaut

fahdin

saya hairan.... Hairan tentang pendirian umat hari ini.. kita diajak untuk menyertai himpun..tapi bila kita tolak..kita dicanang sebagai x sensitif agama.. saya melihat ini sebagai 1 perkara picisan... perhimpunan ini hanya sehari...dilihat menyumbang begitu besar samapi org yg enggan hadir dilabel sebagai org yg pandang ringan isu ini...

namun bagi saya orgn yang bising2 melaung2 ini tak ubah macam orang bodoh yg tak habis belajar... sebab sebelum nih bila orang ajak gi majlis ilmu, gi dengar ceramah, gi program2 ilmiah dan mengikuti pengisian rohani...dia tak pergi. sedangkan itulah lagi penting sebagai medan yang paling kukuh mengekang masalah keruntuhan akidah.... ILMU.

Bila saya persoal tentang filem2 yang digarap oleh orang ISLAM yang mampu merosakkan akidah, yg memburukkna imej agamawan, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu..dia diam membisu.bila dipersoal tentang hiburan yang melampau bahkan lebih dahsyat dari orang bukan Islam...dia terkelu mengunci lidah... apakah kita tidak sedar bahawa semua ini juga adalah punca paling hebat yang datangnya dari kita sendiri.... kenapa usaha2 seperti ini tidak mahu diperhalusi? ini yang menghairankan...

Apapun saya gembira krana himpun sedikit sebanyak mampu memberi kesedaran kepada mereka yang sebelum nih langsung tak ambik tahu tentang permasalahan murtad di bumi malaysia nih.Namun, tidak pergi tidak bermakna tidak cakna. Ada yang pergi tapi tidak faham apa2.cuma kalau boleh lepas himpun , yang bising2 tuh janganlah pulak membisu seribu bahasa.... usaha2 untuk mengekang masalah murtad sudah ada cuma, kita yang tidak menggunakan sepenuhnya usaha itu... tambahkan ilmu, supaya tidak goyah dengan anasir2 yang boleh merosakkan akidah....

Kepada pihak berkuasa, gunakan kuasa dengan sebaik mungkin dalam usaha ini... rasanya program yang mengandungi usaha pencerahan Akidah ini teralalu sedikit dan boleh dikira berbanding dengan usaha menyajikan hiburan melampau kepada generasi islam hari ini.... kerajaan sewajarnya mampu mempromosikan program2 islami yang boleh membentuk jati diri muslim. program sudah ada tapi tiada dokongan.... itulah kelemahan kita..... kan bagus klau pihak berkuasa boleh mempromosikah prgram2 islami sebagaimana pihak berkuasa mempromosikan sukan, perlancongan....

Kepada pimpinan2 negara.... anda adalah contoh yang menjadi ikutan dan cerminan masyarakat.... tunjuklah contoh terbaik, ambillah iktibar daripada pimpinan umat islam terdahulu yang menjadi rujukan umat... Dalam keghairahan kita mengejar pembangunan fizikal...kita jadi lupa kepada keruntuhan moral yang begitu menyedihkan...... berapa banyak peruntukan yang kita sediakan untuk pembangunan moral warga negara kita yang begitu membimbangkan ini..... setiap hari hanya dijanjikan dengan pembangunan itu, pembangunan ini.... tapi dimanakah usaha pembangunan spiritual?

Sebagai anak muda yang begitu mentah, saya terpanggil untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam sanubari setelah sekian lama bergelut dengan cara hidup di dalam NEGARA ISLAM ini. maka saya menasihati DIRI SENDIRIi dan sesiapa yang membaca luahan ini, apakah sumbangan kita terhadap agama?, dan apakah kita sebenarnya penyumbang senyap kepada keruntuhan agama? atau kita sendiri sudah begitu jauh dari landasan agama? maka sama2lah kita renungkan.... wallahu a'lam.
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment