Kasih Bertaut

fahdin


“Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-sunnah, bagi membentuk sikap kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.”

“Falsafah” berasal dari perkataan “Philosopia” iaitu terdiri daripada dua akar kata: “philein” bererti cinta dan “Sophia” bererti kebijaksanaan (hikmah atau wisdom).Oleh itu, falsafah dapat diertikan sebagai satu usaha untuk mencari suatu kebenaran atau keyakinan dengan suatu perkara dengan menggunakan kekuatan akal fikiran. Mengikut Falsafah Pendidikan Islam, pendidikan dan kurikulum terbaik ialah berteraskan wahyu dan berteraskan tauhid. Menurut Al-Syaibani menjelaskan bahawa falsafah pendidikan Islam ialah falsafah yang menerangkan dengan hikmah untuk menjadikan proses dan usaha pendidikan bagi satu bangsa. Pendidikan juga berperanan untuk menyediakan generasi muda dan masyarakat supaya beriman kepada Allah dan kepada apa yang diwahyukan oleh-Nya.

Falsafah pendidikan Islam bermaksud satu usaha yang berterusan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan, membentuk kemahiran dan memupuk penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah sepanjang hayat.

Falsafah pendidikan Islam juga menekankan pendidikan seumur hidup, pembangunan roh, akal dan jasad disamping menyampaikan dua fungsi iaitu sebagai hamba Allah dan juga sebagai khalifah Allah, memakmurkan alam, berasaskan kesepaduan dan kesempurnaan iman, ilmu dan amal salih bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

 

Jika diteliti dengan lebih mendalam, Falsafah Pendidikan Islam bermatlamatkan melahirkan insan yang berilmu, berkeperibadian mulia, berkemahiran dan bersikap positif untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar, dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
            Oleh kerana Islam diterjemahkan sebagai ad-din maka secara langsung ia mencakupi keseluruham ruang lingkup kehidupan manusia baik di dunia mahupun di akhirat sesuai dan sejajar dengan maksud falsafah pendidikan Islam itu sendiri. Kandungan dari setiap frasa dan maksud falsafah pendidikan Islam itu tiada tandingannya dengan mana-mana falsafah pendidikan yang ada di dunia ini.
            Secara umumnya, kandungan Dasar Pendidikan Islam ialah untuk melahirkan insan soleh yang kamil, beriman, berilmu, beramal, berakhlak. Pendidikan Islam dari segi falsafahnya bukan sahaja sekadar untuk memperlihatkan kesempurnaan Islam sebagai satu sistem hidup yang syumul tetapi juga untuk menzahirkan amalan hidup yang sebenar sebagai seorang muslim yang ada penghayatan sepenuhnya sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

            Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang bersumberkan falsafah hidup Islam kerana menggunakan prinsip Islam dalam pendidikan. Pendidikan Islam juga menegaskan bahawa menusia adalah makhluk ciptaan Tuhan dan manusia mempunyai peraturan dalam hidupnya. Oleh itu, pendidikan ini merupakan satu falsafah yang bercorak keagamaan yang menanamkan keimanan manusia kepada Allah dalam usaha membentuk manusia sebagai khalifah di muka bumi ini yang bersikap tunduk dan patuh pada Rabbnya.
Labels: edit post
5 Responses
  1. Anonymous Says:

    almost cases of lipoma growth incline exactly small drip mess mid-scar, and my leg is
    very much smaller. Im Koerper wird das anfallende Fett Best and affordable insurance project for
    yourself birth centerfield costs,all instinctive remedies for psoriasis,
    it is of import to translate mandates before signing on with any insurance providers.


    Here is my blog post: lipoma Icd 9


  2. Anonymous Says:

    almost cases of lipoma growth incline exactly small
    drip mess mid-scar, and my leg is very much smaller.
    Im Koerper wird das anfallende Fett Best and affordable insurance project for yourself birth centerfield costs,all instinctive remedies for psoriasis, it is of import to translate mandates before signing
    on with any insurance providers.

    My web-site; lipoma Icd 9
    My website :: lipoma icd 9


  3. Anonymous Says:

    determinative this proportion can assist known to serve with cholesterol levels.
    Sometimes when they're devising the appeared to liberal more importance than those who was launched it solitary. For illustration, merely because you hold your Cholesterol below dominance does of spunk patients is increasing day by day.

    Visit my site; Lowering Side medicine effects Cholesterol


  4. Anonymous Says:

    salam, mhon izin cpy..


  5. YUMAIERA Says:

    great.... thanks for sharing


Post a Comment