Kasih Bertaut

fahdin



Di dalam pendidikan negara kita sama ada kita sedari mahupun tidak, ada meletakkan satu usaha untuk menyemai dan menyuburkan sikap dan unsur kepimpinan islam. Usaha ini boleh dilihat melalui dua proses yang menjadi rutin kepada masyarakat di institusi pendidkan iaitu pertama, proses penyemaian melalui proses pengajaran dan pembelajaran sama ada secara langsung di dalam kelas ataupun secara tidak langsung melalui aktiviti luar kelas dan kokurikulum. Kedua, proses pengukuhan melalui pengaplikasian pelajar dan sikap guru sebagai role model.


Melalui proses ini, empat sifat Nabi Muhammad SAW digariskan sebagai empat elemen utama yang harus dibina dalam diri pelajar. Usaha ini juga cuba dilihat sebagai satu matlamat jangka panjang. Sekolah hanya diibarat sebagai satu akademi memupuk sifat dan sikap kepimpinan Islam. Sebaliknya, lapangan masyarakat adalam medan utama untuk mengukur sejauhmana keberkesanan usaha ini melalui pengaplikasian pelajar di dalam masyarakat.


Empat elemen utama yang harus dibina dalam diri pelajar tersebut ialah :

1.      Siddiq ( Benar )
2.      Amanah ( Jujur )
3.      Tabligh ( Menyampaikan )
4.      Fatanah ( Bijaksana )

Sebagai usaha menyemai empat elemen utama ini, model kepimpin yang dibawa oleh Nabi Muhammad cuba dilaksanakan dalam pendidikan.

1.      Pengajaran ( Tauhid / Akidah )
Guru memainkan peranan mengajar pelajar tentang akidah dan tauhid. Tugas ini tidak hanya dipikulkan ke atas bahu guru agama semata-mata. Sebaliknya, guru akademik juga berperanan menanam pengajaran tauhid dan akidah melalui subjek masing-masing. Sebagai contoh, guru sains boleh mengaitkan proses kejadian hujan sebagai satu tanda kekuasaan Allah dan sebagai tanda kasihNya kepada hamba-hambaNya.
Tujuannya adalah untuk membina perkara paling asas didalam diri pelajar sebelum melalui proses yang lain. Penanaman tauhid dan akidah dalam diri pelajar ini begitu penting ibarat akar yang menjadi pengukuh kepada sebatang pohon. Jika lemah akarnya maka lemahlah juga pohonnya. Begitu juga dengan manusia. Jika lemah akidahnya, maka lemahlah segalanya.
Penanaman tauhid dan akudah ini juga adalah bertujuan untuk memupuk satu perasaan takut kepada Allah. Perasaan takut ini mendorong manusia supaya sentiasa berwaspada daripada melakukan kesilapan yang boleh menimnulkan kemarahan Allah seperti salah guna kuasa dan penyelewengan dalam menjalankan tugas.

2.      Perhubungan
Hubungan juga tidak kurang pentingnya. Usaha membina hubungan ini dilakukan melalui perbagai program bersama sama ada melibatkan pejar sahaja ataupun melibatkan pelajar, guru dan ibubapa.
Program-program yang disusun adalah bertujuan supaya pelajar dapat membina dan menghubungkan tali persaudaraan di antara sesama pelajar dan juga pelajar dengan guru serta masyarakat.
 Di dalam kepimpinan Islam juga melihat hubungan yang baik adalah satu kelebihan yang patut ada dalam kepimpinan. Ini bertujuan untuk membina satu kelompok masyarakat yang mempunyai kebersamaan dan berbaik tanpa sebarang perbalahan demi kebahagiaan bersama.

3.      Al-Falah
Al-falah ini lebih menggambarkan kesejahteraan sinergi atau lebih mudah, mencapai kejayaan bersama. Kejayaan bersama ini sewajarnya dirasai hasil dari usaha berrsama secara holistik.
Usaha untuk mewujudkan kerjasama ini boleh dilaksanakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, guru memberi tugasan atau penyiasatan dan pelajar boleh melaksanakan tugas secara berkumpulan. Hasilnya, setiap ahli meraih keyaan bersama.
Kesepakatan dan kebersamaan bolh dilihat melalui perbincangan atau lebih dikenali sebagai syura. Syura telahpun diaplikasikan sejak zaman awal kegemilangan Islam. Hasil pemikiran bersama ini dilihat mampu memberi impak dan kesan yang jauh berganda lebih besar berbanding keputusan yang dibina sendiri. Ini adalah kerana manusia mempunyai buah fikiran dan pandangan sendiri, dan hasil gabungan inilah yang mampu melahirkan satu keputusan dan hasil yang bernas.

4.      Pengagihan kuasa
Manusia tidak boleh hidup sendiri. Kerana itu manusia perlu hidup bermasyarakat. Ini adalah kerana terdapat banyak perkara yang tidak mampu untuk manusia laksanakan dan penuhi sendiri. Alangkah baiknya jika manusia itu berkerja sama demi mendapat hasil bersama. Dan untuk itu pengagihan kuasa dan tugas tidak boleh dinafikan kepentingannya dalam kepimpinan Islam. Dan inilah yang cuba ditanam dalam pendidikan hari ini.
Kita selalu lihat akan ada satu organisasi yang akan ditubukan bagi melaksanakan sesuatu projek. Cukup jika kita hanya lihat dalam intitut pendidikan. Persoalannya, atas tujuan apakah organisasi ini dibina?
Organisasi ini dibina bertujuan untuk menyusun ahli organisasi mengikut tugas dan setiap ahli mejalankan tugas masing-masing. Pemecahan tugas ini adalah jalan terbaik supaya perjalanan sesuatu rancangan berjalan dengan lancar dan setiap orang melaksanakan tugas masing-masing tanpa ada mesalah. Tidak wujud lagi ketidakseimbangan dalam menjalankan tugas jika setiap orang tahu fungsi dan peranan masing-masing.
Usaha penyemaian sikap mebahagikan tugas dapat dilihat melalui organisasi di sekolah seperti organisasi kelas, pengawas dan juga organisasi perjalanan program seperti hari guru dan sukan.


  
Kesimpulan 

Kita dapat melihat keempat-empat isi kandungan model kepimpinan Nabi Muhammad SAW ini saling bersangkutan antara satu sama lain. Setiap perkara melengkapi dan memerlukan perkara yang lain. 


Sehingga hari ini usaha ini masih dilaksanakan dan akan berterusan sehingga ke generasi akan datang bagi melahirkan golongan manusia yang mempunyai ciri pemimpin Islam yang bakal membawa masyarakat ke satu tahap yang lebih baik. Seandainya mereka tidak menjadi pemimpin besar kepada negara, sekurang-kurangnya mereka mampu memimpin diri sendiri daripada terus tersasar dari landasan fitrah manusia sebenar dan dari agama yang benar.