Pengenalan
Perbezaan pendapat adalah suatu
yang biasa dalam sesuatu organisasi atau kumpulan. Apabila manusia dari
pelbagai latar belakang ingin membuat suatu keputusan bersama mereka dijangka
akan menghadapi satu masalah iaitu ketidak sepakatan dalam membuat keputusan.
Dalam mencari jalan penyelesaian terhadap kewujudan konflik ini, ia mungkin
akan membawa kepada pertambahan kekuatan organisasi atau tindakan mereka akan
menjadi lebih berkesan.
Kelahiran konflik amat berkait
rapat dengan kewujudan perhubungan manusia. Jenis-jenis perhubungan yang boleh
menerbitkan konflik ialah :
i. Percanggahan keinginan atau
matlamat
ii. Perbezaan idea tentang cara atau
kaedah pencapaian matlamat
iii. Ketidak fahaman atau nilai dan
perasaan peribadi yang tersembunyi
Dalam
membuat keputusan yang memerlukan suara ramai, walaupun matlamat telah
dipersetujui bersama, namun cara untuk melaksanakan matlamat tersebut boleh
mengundang konflik.
Mencari
Kesepakatan
Dalam menyelesaikan
kewujudan konflik, semua pihak harus mencari satu kesepakatan dalam mencari
matlamat dan kepentingan yang boleh dikongsi bersama.
Ini
merupakan asas kepada penyelesaian percanggahan yang wujud. Membangkitkan isu
dalam bentuk persoalan biasanya akan memudahkan jalan penyelesaian yang mampu
memuaskan hati semua pihak. Perkara-perkara berikut amat membantu seseorang
untuk :
· Mengenalpasti dan sedar akan percanggahan yang
wujud
· Bimbingan terbuka, komunikasi berkesan dan aktif
mendengar
· Kekal pada objektif utama, misalnya kepada isu dan
bukan kepada individu
· Cari satu persetujuan bersama mengenai matlamat
· Jika perlu buat pengubahsuaian, misalnya bagi
mendapat kepastian dan keputusan.
· Perlu diingatkan bahawa percanggahan idea boleh
membawa kepada kumpulan yang lebih mantap dan efektif
Konflik sebagai Percanggahan
Pendapat
Konflik boleh juga dianggap
sebagai satu percanggahan pendapat. Oleh yang demikian, adalah lebih mudah
untuk kita melihat konflik sebagai suatu kebiasaan dalam suatu kumpulan
komuniti dan perhubungan. Konflik lebih cenderung menggoyahkan keharmonian
suatu kumpulan, malah boleh juga membawa kepada beberapa bentuk kerosakan.
Malah kelahiran perasaan kurang senang atau bersalah akan cuma mengurangkan
kecergasan kumpulan. Namun konflik juga boleh menerbitkan idea baru, menjurus
kepada jalan penyelesaian yang lebih kreatif dan mengekalkan tahap penumpuan
ahli terhadap kepentingan kumpulan. Selain itu, konflik boleh digunakan untuk
membentuk kumpulan yang lebih responsif kepada ahli.
Al-Quran telah mengajar kita
supaya bekerjasama, hidup bersama-sama dan saling menghormati antara satu sama
yang lain.
"wahai manusia, sesungguhnya
Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki seorang perempuan dan menjadikan kamu
berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali."
(Al-Hujuraat;49:13)
Bahagian 2 akan menyusul nanti ...