Kasih Bertaut

Showing posts with label Jiwa Pendidik. Show all posts
Showing posts with label Jiwa Pendidik. Show all posts
fahdin
Bismillah.

Semalam saya mengajar pelajar ting4 tentang tajuk Zikrullah Pengubat Hati . Topik ini saya kira kalau diurus dan disampaikan dengan baik mampu menjentik hati-hati pelajar dan menimbulkan kesedaran dalam diri mereka. Antara fokus yang diletakkan dalam tajuk ini ialah adab-adab ketika berzikir. Dan salah satunya ialah tidak berzikir ketika di dalam tandas.

Kemudian ade pelajar angkat tangan dan bertanya .... maka berlakulah satu sesi soal jawab ringkas antara saya dengan pelajar tersebut.

Pelajar A : " Ustaz, cube ustaz bayangkan .... saya nak masuk tandas, tiba-tiba saya ternampak anjing dalam tandas dan saya terkejut ... saya pun menjeritlah Allahu Akbar !!! ... Macam mane tuh ustaz ? "

Anjing ? Dalam tandas ?


Saya tak kisah soalan tuh, soalan tuh memang menarik dan saya percaya ramai pelajar lain pun nak tahu jawapan kepade soalan tersebut .... tapi yang lawaknya sampai saya nak tergelak ialah .... Kenape mesti anjing yang mengambil watak di dalam tandas ??? kenapa tak ular ke, atau lipan ke ... logik la jugak .... Apapun setiap soalan pelajar mesti dilayan dan dihormati kerana setiap pertanyaan mereka adalah berdasarkan keinginan untuk mengambil tahu apa yang mereka tak tahu .... maka saya pun menjawab ...

Saya : " Itu tak ape, sebab itu adalah secara spontan dan tidak disengajakan. tapi ..... " belum saya habis menjawab dah ade pelajar lain menyampuk .

Pelajar B : " tapi kenape anjing yang ko jumpe dalam tandas tuh ..... ? " dengan muke yang serius .... nampak sangat pelajar B tuh pun macam blur ... die tak rase lawak ker??? kalau die rase lawak, mesti soalan tuh ditanye dan diiringi dengan gelak kan? kan ? kan?





Saya memang nak tergelak .... siap pelajar B ulang soalan tuh macam nak tahu sangat kenape mesti anjing ..... kenape ??? blur kan ??? memang lawak la ... tapi saya tahan jer ....


Again .... ! Why Me ??? Why Me ???


Itulah, kadang-kadang walaupun menjadi seorang yang bergelar pendidik ini perlukan ketahanan mental dan fizikal yang tinggi, sampai ada guru yang mengalami tekanan jiwa, tapi Allah ada ketikanya menghiburkan kite dengan cara yang tidak disangka-sangka. Sekurang-kurangnya saya terhibur ...walaupun pelajar saya memang blur tentang kelakuan diorang sampai tak dapat kesan apa itu lawak ..... Walaubagaimanapun, saye gembira mempunyai anak didik seperti mereka, biarpun tidak sebijak kawan-kawan mereka yang lain, kelas di hujung-hujung .... tapi mereka menghormati guru dan saya dapat rasakan keinginan mereka yang dahagakan ilmu. Saya doakan Allah melapangkan hati mereka dan semoga mereka mudah memperoleh ilmu yang bermanfaat ....




Tapi serius memang lawak bile tengok muke orang yang blur...x sure la korang rase lawak ke tak ... Tpi sebagai seorang yang melalui saat itu, saya rasa memang lawak .... haha


fahdin



IKRAR IKON 2010

Bahawasanya kami
Barisan bakal pendidik Malaysia
Dengan inni berikrar

Mendukung terus cita-cita kami

Terhadap tanggungjawab kami

Dan menyatakan keyakinan kami

Pada cita-cita murni kami

Kami akan berbakti
Kepada agama, bangsa

Dan negara


Kami akan bersiap sedia

Membina jati diri kami

Membentuk akhlak kami

Mencorak peribadi kami
Dengan jati diri,

Akhak dan peribadi
Yang
bersesuaian dengan
Tanggung jawab kami


Kami berjanji

Akan menyemai rasa cinta

Terhadap tanggungjawab kami

Serta berusaha

Menjadi tauladan terbaik

Kepada generasi kami

Kerana kami adalah IKON






P/s : Demi Allah, hati begitu sebak ketika melafazkan ikrar ini bersama rakan-rakan . Rasa sebak menyebabkan bait perkataan tidak mampu terkeluar dari rongga mulut.... Berat rasanya dengan ikrar janji ini sehingga rasa bimbang singgah bertamu jauh di lubuk hati ... Bimbang tak termampu untuk dipenuhi.
fahdin
Bismillah.

Hari ini aku masuk ke kelas Kanak-kanak Berkeperluan Khas di fakulti pendidikan. Pengenalan serba sedikit tentang kursus ini sedikit sebanyak membakar semangat aku untuk mendekati dan mendalami kanak-kanak khas. Mungkin belum ada peluang buat aku saat ini.

Dalam sedikit kelapangan yang ada, aku sempat mengambil gambaran awal tentang anak-anak khas ini melalui Youtube. ternyata mereka sangat hebat dan kadang kala kehebatan mereka melebihi anak-anak normal yang lain ....

Andai aku punya peluang untuk mendekati mereka, pasti aku takkann lepaskan peluan seperti ini...





fahdin
Bismillah,

Alhamdullah, diberi kesempatan dan kesihatan hingga aku mampu meninggalkan coretan ringkas untuk perkongsian semua.

Sedar tak sedar, aku dan rakan-rakan sudah masuk ke tahun akhir pengajian kami. Bermakna tidak lama lagi kami akan melangkah ke alam realiti sebagai warga pendidik yang bertanggungjawab melahirkan generasi yang mampu membangunkan Agama, bangsa dan negara. ( macam serius ) ...

Aku percaya, semua rakan-rakan terutama yang bergelar guru ataupun bakal guru tahu bahawa setiap orang (pelajar) mempunyai perangai dan sikap serta altenatif masing-masing. Namun sebagai guru semua ini adalah cabaran.


Namun hari ini aku lebih cendenrung untuk memfokuskan kepada altenatif dan sikap pelajar dalam beralasan. Kita ambil contoh kes yang paling mudah. " kes tidak menghantar kerja sekolah ".
Jom sama-sama kita semak apakah alasan biasa yang pelajar selalu buat.
" Saya terlupa, cikgu "
" Saya dah buat,tapi tertinggal "
" Buku saya hilang "

Tapi bagaimana pula kalau kita terpaksa menghadapi alasan luar biasa seperti ini .... sama-sama kita fikirkan.




fahdin

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk!Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid-murid: UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid berasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang lagi.....




Acik : Guru adalah contoh terbaik kepada pelajar. Untuk mendidik pelajar menjadi baik tidak semestinya memerlukan guru menjadi seorang yang garang tetapi memerlukan guru yang tegas. Dan tegas pada tempatnya. Bila anda bergelar guru maka cara hidupmu, berdirimu, dudukmu, berjalanmu, kata-katamu harus seperti seorang guru.



Artikel ini saya temui dalam sebuah blog. Maaf saya terlupa copy linknya.

fahdin

Ini kisah benar. Kisah yang disampaikan oleh pensyarahku pagi tadi. Kisah pengalamannya. Pengalamannya ketika menjadi guru. Pengalamannya yang ingin dikongsi. Pengalaman yang bermakna. pengalaman yang tidak ingin diulangi oleh mereke yang mendengarnya. Guru dan bakal guru yang mendengarnya.


Ketika dia mengajar beberapa tahun dahulu, dia sering menghadapi seorang pelajar yang agak bermasalah. Pelajar ini tidak nakal, tidak pula mengganggu kawan. Jauh sekali merosakkan harta benda sekolah. Cuma masalah pelajar ini adalah sering lewat ke sekolah.


Sudah beberapa kali cikgu menasihatinya namu dia tetap lewat ke sekolah yang bermula pada pukul 1 tengah hari. Sesekali perasaan geram turut menyelubungi hati cikgu yang saban waktu bersabar dengan sikap pelajarnya ini. Nak kata suka melawan, pelajar ini hanya diam dan terus mendengar leteran gurunya hampir setiap hari. Namun seperti biasa dia akan tetap lewat ke sekolah.


Lama kelamaan kesabaran cikgu semakin berkurang dan terus hilang. Maka pelajar tersebut dirotan beberapa kali ( kalau sekarang, tentu cikgu sudah turun naik mahkamah). Hukuman ini dengan harapan supaya pelajar tersebut tidak mengulanginya lagi.


Namun keesokan harinya pelajar tersebut tetap lewat hadir ke sekolah. Akhirnya cikgu mengambil keputusan untuk menyiasat sendiri sebab musabab kelewatan pelajar tersebut untuk hadir ke sekolah.


Setelah sekian lama siasatan dijlankan, perasaan bersalah mula menguasai sanubari cikgu tersebut. Betapa sebelum ini dia merasakan bahawa dia adaalh guru yang baik dan bertanggungjawab dengan kelewatan pelajarnya ke sekolah. Namun hakikatnya percaturannya itu jauh tersasar daripada apa yang patut ada pada setiap orang guru .... cuba untuk mengerti.


Pelajar tersebut berasal dari keluarga yang miskin. Dia terpaksa menuggu abangnya yang bersekolah sesi pagi pulang barulah dia dapat hadir ke sekolah kerana baju sekolah yang dipakainya adalah perkongsian antaranya dan abangnya. Maka dia tidak mampu untuk mengatasi masalah kelewatannya ke sekolah.


Sejenak : Aku mula memikirkan sesuatu yang perlu ada pada seorang guru setelah mendengar kisah ini. Guru: cubalah untuk mengerti. Guru tidak seharusnya menghukum pelajar yang bersalah sebaliknya guru seharusnya mengenalpasti terlebih dahulu punca kesalahan pelajar tersebut. Jika aku berada di tempat pelajar tersebut sudah tentu aku akan berasa kecewa dengan tindakan guruku sebegitu. Maka sebagai bakal guru, aku perlu belajar dari pengalaman orang lain ini supaya tidak berlaku kepada murid-muridku yang berpunca dari kesilapanku.