Semua orang ada hobi masing-masing. Ada yang hobinya tido, ada yang membaca, ada yang hobinya menulis. Kalau nak sebut satu persatu memang terlalu banyak.
Apa yang pasti hobi saya ini jugak tak kurang familiarnya berbanding hobi-hobi yang lain. Orang kata hobi mengumpul setem ni hobi kanak-kanak zaman sekolah jer. Mungkin boleh diakui kebenarannya. Sebab mase sekolah dulu punyelah ramai kawan-kawan yang mengumpul setem. Tapi sekarang ramai jugak yang dah tinggalkan hobi tuh. Bosan kate mereka.
Sebenarnya hobi mengumpul setem banyak faedahnya. Mungkin ramai orang tak sedar tentang ini. Antaranya, hobi mengumpul setem ni boleh menambah kenalan. Tak kira umur, bangsa mahupun bahasa. Kenalan jugak bermula daripada pengumpul setem, penjual setem, pekerja pejabat pos, dan kawan-kawan yang tak minat setem tapi suke memberi setem kepada saya.
Faedah lain ialah boleh menambah ilmu pengetahuan. setem yang dibeli atau dikeluarkan oleh pejabat pos bukan sebarangan. biasanya akan disertakan dengan jelas tentang setem tersebut dan ade perincian tentang gambar pada setem tersebut. sebagai contoh setem bergambar bunga akan dijelaskan spesis bunga tersebut dan kawasan bunga tesebut didapati termasuk juga nama santifiknya. Bolehlah dijadikan maklumat tambahan untuk keperluan akan datang.
Yang paling best ialah, setem nih semakin lama harganya semakin mahal terutama jika disimpan dalam keadaan baik dan mempunyai set yang lengkap. Walaupun begitu, bagi peminat setem, letaklah berapa pun harga setem untuk dibeli pasti mereka tidak sanggup untuk menjualnya. Maka tidak hairanlah ada setem yang yang ditawarkan dengan harga puluhan ribu ringgit tetap tidak dijual oleh pemilik setem tersebut.
Biasanya jugak, orang yang gemar mengumpul setem nih dilihat sebagai seorang yang teliti. mungkin ade kebenarannya. fikirkanlah penjagaan dan penyusunan setem, tentu anda akan mebayangkan betapa telitinya seseorang yang menanggalkan setem dari surat dengan menggunkan air suam, mengerigkan setem, dan menysun mengikut kreativiti penyusum tersebut. pasti remeh kan? Tapi bagi penggemar setem, semua itu adalah nikmat yang sukar untuk dijelaskan keseronokannya.
Saya sendiri telah mengumpul setem sejak berusia 8 tahun lagi. Sehigga kini umur saya telahpun mencapai 21 tahun. Bermakna, sudah 13 tahun saya meletakkan komitmen saya terhadap setem dan setem saya juga sudah berjumlah ribuan keping. Namun begitu, bagi peminat setem seperti saya, tiadah pernah ada perasaan cukup dengan jumlah setem yang ada.Dan saya sendiri tidak kisah kalau saya ada 100 keping setem yang sama asalkan ia masih dipanggil setem.
Suatu hari saya pernah berjumpa dengan seorang lelaki tua berbangsa india di pejabat pos utama Daya Bumi. usianya dalam lingkungan 50an. Bayangkan berapa agaknya bilangan setem yang dia miliki jika dia mula mengumpul setem sejak berusia 8 tahun seperti saya? Saya sendiri kagum dengan kesetiaanya terhadap hobi mengumpul setem.
Harapan saya, dengan mengumpul setem boleh membuatkan saya lebih rapat dengan ramai orang dan berkongsi minat dengan pengumpul setem yang lain.
( weh! sape nak nak sumbang setem kat aku....haha. Kecil tapak tangan, padang bola aku tadahkan )
banyaknya setem...
BETUL. SAYA SETUJU DENGAN ALASAN TU... TAPI RAMAI YANG TAK FAHAM. PADA SAYA PERASAAN SEMASA MELIHAT DAN MENELITI SETEM TU SEOLAH-OLAH MEMBAWA SAYA MERANTAU KE NEGARA TERSEBUT...BIASALA BAGI ORANG YANG KUAT BERANGAN MACAM SAYA.HEHEHE...
Wow !! hebat betul setem rupanya.. dulu saya ada banyak ~ tapi dah kasi orang sbb ingatnya takda guna..
Boleh jadi satu karangan yang menarik kalau ejaan tu betul.. Saya suka sangat mengumpul setem sampai sekarang ! Memang hobi saya mengumpul setem sampai bila-bila... Saya ada setem gambar Hello Kitty .. Kawan saya kasi ^_^ Sampai sekarang saya simpan setem tu sbb comel