sewaktu hari peperiksaan percubaan SPM Syariah, 2004.
Adik-adik waktu itu baru di tingkatan 2
Sesekali senang rasanya apabila dapat menyendiri. Lepas segala tugas dan kerenah sekeliling. Sesekali rasanya perlu juga menyendiri. Terasa begitu selesa dengan sebuah mug berisi jus mangga yang sejuk di tangan. Sesekali mata meliar meratah segenap ruang bilik. Tiba-tiba mata menagkap sebuah kotak hitam di atas almari lama milik emak yang hampir di buang kerana emak telah membeli almari baru yang lebih besar.
Masakan tidak, alamari yang ada itu sudah terlalu uzur dengan usianya yang hampir mencecah tiga puluh tahun. Alamari yang penuh dengan kenangan. Entah kenapa hati terdetik untuk melihat apa yang terkandung dalam kotak hitam tersebut. Dengan gerak hati, tangan mencapai kotak tersebut lalu dibuka.
Sebuah buku memo sebesar tapak tangan berwarna hijau gelap dan beberapa keping kertas berwarna ungu. Bibir terus mengukir senyum. Lama rasanya tidak melihatnya. Lebih empat tahun. Barang-barang ini membawa aku kembali ke masa silam. Menghampar lembaran yang mustahil untuk diulangi. Juga mustahil untuk dilupakan.
Mata ini menangkap ungkapan yang tertulis di atas kertas ungu tersebut. Satu per satu dibaca. Ada lapan kesemuanya. Mulut sekali lagi mengukir senyum. Mata yang bulat menjadi sedikit sepet di tarik pipi ketika bibir melebar melakar garis senyum. Bahagia tapi rindu. Rindu kepada mereka yang menulis ungkapan tersebut.
Diri terbawa jauh ke alam yang lalu. Ketika masih di sekolah menengah. Rindu itu menyakitkan. Sukar untuk terubat. Rindu pada teman boleh bertemu. Tapi jika rindu masa lalu bersama teman, begitu sukar untuk dilafazkan. Begitulah rasa hati saat ini. Bagaimanakah mereka sekarang? Berjayakah mereka? Gembirakah mereka?
Kita boleh ada sejuta teman di dunia ini tapi kita tidak akan dapat yang sama setiap satunya. Patah tumbuh hilang berganti. Tetapi yang berganti itu tidak sama dengan yang hilang. Itulah hakikat. Dan kerana hakikat inilah kita menjadi matang. Matang dengan hubungan. Matang dengan masa silam. Matang dengan perasaan. Matang dengan rasa hati.
Kematangan itu perlu. Kematangan juga tak boleh dipelajari. Kematangan mesti dilalui. Banyak mana kita lalui banyak pengalaman yang mematangkan jiwa dan perasaan. Jiwa yang matang kadang-kadang memenatkan. Memendam rindu dendam. Tak terluah. Sukar untuk dikongsi.
Tak tahulah aku nak gambarkan perasaan sekarang. Seakan sedih. Ada juga gembira. Aku sudah semakin dewasa. Tidak seperti empat tahun lalu. Kerana empat tahun lalu adalah sebahagian kematangaan dalam diri ini. Kematangan yang membuatkan diri ini boleh berdiri. Namun kadang kala aku tetap tewas dengan masa yang membawa jauh zaman silam ke belakan. Tak terkejar kerana masa depan sentiasa datang. Zaman silam semakin jauh. Mungkin ada bibit-bibit yang telah aku lupa. Bukan sengaja tetapi terlupa.
di atas dunia hidup manusia tidak pernah dalam kesunyian melainkan ianya berteman bersama 2bodyguard malaikat pencatat amal baik dan buruk, jin qarin, malaikat penjaga pagi dan malam, khadam yang mangangkat doa-doa orang yang mendoakan kebaikan umat islam, doa-doa ibu bapa saudara dan sahabat... dan banyak lagi peneman setia buat manusia..
dalam kubur pulak bagi yang soleh ditemani amal kebaikan yang di ibadatkan serta nikmat barzakh... bagi yang tergelincir juga diteman oleh handsome angel iaitu mungkar dan nankir serta di beri haiwan kesayangan yang akan menyiksa seperti ular sujaul agra dan lain-lain...
manakah nikmat allah yang ingin didustakan...allah mencampakkan adam di dunia dan allah tidak pernah meninggalkan adam dan keturunannya kesunyian walau sehela nafas pun melainkan jiwa insan itu sendiri mensia-siakan sehela nafas tanpa mengingati allah... sesungguhnya manusia itu sentiasa berteman sejak didalam rahim ibu sehinggalah kekal di dalam syurga atau nurakaaaaa!!!!!!!!?
kalau aku jutawan yang terkaya di dunia rasanya nak sahaja mengupah phothographer merakamkan detik detik diri ketika melakukan dosa-dosa agar bila menyelak foto lama-lama terkenang zaman kebodohan ketika melakukan dosa-dosa....
kalau aku dianugerahi kehebatan yang melebihi superman rasanya nak sahaja aku merasuah malaikat raqib dan atiq mencatat yang terbaik sahaja akan amalan diri tetapi title super universal telahpun digondoli oleh mahakarya cinta iaitu Muhammad saw....
kalau aku...kalau aku...kalau aku...., jika ingin menuju kepada allah lenyapkanlah perkataan KALAU kerana perkataan KALAU itu menjerumuskan kepada kelalaian hati dengan banyak berangan-angan kerana angan-angan adalah penyakit hati yang dikuasi nafsu lebih baik banyakkan cita-cita dan merealisasikannya