Sudah masuk hari ke3 tempoh berkempen sejak hari khamis lepas. Namun sehingga hari ini saya lihat Pro M lebih menonjol dari sudut proses berkempen. Malam tadi saya sempat membantu sahabat-sahabat Pro M memasang poster sehingga hampir subuh. Tahniah saya ucapkan kepada sukarelawan dan jentera Pro M yang tidak kenal erti penat demi sebuah perjuangan.
Namun jauh di sudut hati timbul rasa terkilan gara-gara tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menyekat dan melengah-lengahkan usaha Pro M untuk berkempen di beberapa buah kolej kediaman walaupun ada beberapa buah kolej kediaman menyambut baik kedatangan calon-calon dari Pro M. Terima kasih kepada pihak yang terbabit.
Berbalik kepada sikap sesetengah pihak yang cuba menyekat dan melengahkan prosek berkempan daripada calon Pro M membuktikan bahawa demokrasi yang dijanjikan oleh HEP telah mati sejah siri PRK yang lepas-lepas lagi sehingga ke hari ini Janji-janji ini akan ditabur saban tahun termasuk tahun ini namun tidak juga dilunasi.
Malam semalam, salah seorang calon Pro M telah diugut di hadapan sebuah kolej kediaman dan hampir dicederakan gara-gara mahu berkempen untuk PRK yang bakal menjelang pada 19 ini. Namun dari pihak Pro Aspirasi, mereka mendapat jalan yang mudah untuk berkempen bahkan pengumuman dibuat supaya penghuni kolej kediaman turun untuk mendengar ucap kempen dari calom Pro Aspirasi. Sebaliknya layanan seperti ini langsung tidak diterima oleh calon Pro M.
Sejak hari penamaan calon, pelbagai tuduhan telah dibuat oleh Pro M tentang isu rasuah, isu Pulau Tioman bersama-sama bukti yang jelas namun masih tidak dijawab oleh pihak-pihak tertentu mengenai tuduhan ini. Yang mereka tahu hanyalah melaungkan perkataan "fitnah" tanpa melampirkan bahan bukti yang jelas bagi menolah tuduhan tersebut sedangkan dari pihak Pro M, mereka terus mencari bukti bagi membenarkan tuduhan mereka.
Apa yang paling menyedihkan, apabila saya sering terdengar rungutan dari adik-adik tentang kebimbangan mereka berkemungkitan tidak dapat menginap di kolej kediamn jika mengundi calon yang dianggap sebagai pembangkang. Jenis mentaliti apakah yang telah berjaya ditanam ke dalam minda adik-adik sehingga kebimbangan ini jelas menghantui rata-rata adik-adik yang tinggal di kolej-kolej kediaman sehinggakan hilang kepercayaan kepada konsep rezeki. Sewajarnya kita harus sedar bahawa rezeki itu adalah urusan tuhan dan rezeki itu luas maksudnya. Harapan saya supaya sama-sama kita perbaiki Aqidah kita. percayalah pada rezeki.
Apa-pun saya menyeru kepada sahabat-sahabat supaya kita sama-sama memperbaiki keadaan dan mentaliti adik-adik kita. Saya juga berharap supaya Allah memberi kemengangan yang pasti kepada perjuangan yang murni seperti mana Allah memberikan kemenangan kepada umat-umat terdahulu yang beriman.
TURUNLAH MENGUNDI. SATU UNDI DARIPADA ANDA SATU LANGKAH KITA KE MERCU JAYA.
Hari ini UM digemparkan dengan berita kepala babi yang diletakkan di dalam masjid Akademi Pengajian Islam UM (APIUM) sekaligus merupakan rekot terburuk sepanjang tempoh UM mula beroperasi. Sebelum ini, kes-kes seperti ini tidak pernah berlaku dan begitu jauh dari pemikiran warga UM umumnya dan APIUM khususnya.
Tambahan pula, hari ini adalah hari kedua bagi calon-calon MPMUM berkempen sehingga Ahad ini. Maka wujudlah berbagai spekulasi tengtang peristiwa yang belaku hari ini. Rata-rata, mahasiswa cuba membuat telahan awal tentang siapa yang menjadi dalang di sebalik kejadian ini tidak terkecuali saya sendiri.
Namun jika diperhati, sewajarnya mahasiswa cuba melihat kejadian hari ini dari sudut yang lain. Sama-sama kita ketepikan soal politik untuk kes ini walupun jelas tepampang tulisan yang menyebut PRO-M & PMI. Namun selagi kita melihat dari sudut provokasi politik, selagi itulah kita tidak akan bersetuju antara satu sama lain. Malah masalah ini boleh menjadi semakin rumit kerana turut terlibat dalam kejadian ini ialah Parti PAS kerana bendera parti ini diletakkan bersama kepala babi tersebut sekali gus melibatkan Politik sebenar luar kampus.
Namun pada saya, saya lebih cenderung melihat kejadian hari ini dari sudut sentimen agama. Sebagai seorang muslim, siapa yang tidak terkesan dengan penghinaan sebegini. Jika kita melihat kejadian ini dari sudut seperti saya, saya percaya kita mampu bersama mencari jalan tebaik untuk semua khususnya yang beragama Islam. Tidak kiralah kita berdiri atas perjuangan apa sekalipun.
Saya juga menyeru kepada rakan-rakan agar tidak terus membuat telahan tentang siapa yang sebenarnya patut bertanggung jawab ke atas kejadian seperti ini. Saya bimbang, telahan kita boleh menjadi satu fitnah yang merenggangkan lagi hubungan sesama mahasiswa. Maka sama-samalah kita serahkan perkara ini kepada pihak berwajib untuk menyiasat dan menguruskan kes seperti ini dengan telus.
Apapun, doa adalah jalan yang terbaik sebagai senjata kita umat Islam. Sama-samlah kita memohon kepada Allah agar memberi balasan @ petunjuk kepada sesiapa yang sanggup melakukan perbuatan sekeji ini.
Sedang Acik melayari internet sambil melihat gambar-gambar setem dari serata tempat, ada dua keping setem yang betul-betul menarik perhatian Acik. Acik bukan saja tertarik dengan design setem tersebut bahkan apa yang lebih menarik ialah kisah di sebalik setem tersebut. Secara ringkasnya, Israel didiami oleh sebuah masyarakat yang berbangsa Yahudi. Dari sudut sejarah, Yahudi merupakan sebuah masyarakat yang tidak mempunyai negara dan menumpang di negara lain terutamanya Palestin.
Setem Israel
Setem Palestin
Setelah sekian lama menghuni Palestin, akhirnya masyarakat Yahudi telah berjaya menguasai 2 per 3 dari tanah Palestin sebagai penempatan mereka. Dan mereka juga telah berjaya menubuhkan sebuah negara yang bernama Israel secara haram dengan sokongan AS sekitar pertengahan pertama abad ke20.
Bangsa Yahudi ini sangat kejam dan kekejaman mereka semakin jelas akhir-akhir ini apabila mereka melakukan serangan ke atas rakyat Palestin bermula 27 Di lalu sehingga ke hari ini. Dari sudut etika peperangan pula, mereka telah melanggar beberapa etika utama peperangan dunia. Di dalam etika peperangan (setahu acik), mana-mana pihak tidak boleh menyerang sekolah dan rumah ibadah. Namun sehingga hari ini, Yahudi telah menyerang beberapa buah masjid dan lebih dari 3 buah sekolah sehingga membunuh ratusan kanak-kanak dan orang awam.
Kesimpulannya, disebalik sekeping setem terpapar kisah tersendiri berdasarkan kaca mata seseorang yang melihatnya. Mungkin kisah yang acik kongsi ini lahir dari kacamata acik sebagai salah seorang peminat setem. Anda pula bagaimana?
Setelah tragedi berdarah di Gaza pada Awal Muharram 1430 yang lalu, kedatangan wakil Malaysia telah pergi ke sana dan bertanyakan bantuan apakh yg dpt disumbangkan namun tahukah jawapan yg diberikan?? " Pergilah kamu pulang ke tanah airmu, didiklah anak2mu sebaik mungkin agar jika kami semua sudah tiada untuk mempertahankan bumi palestin ini, maka nanti ada dikalangan kamu ( saudara seislamku) bangun ke medan juang ini dan mempertahankannya dengan sehabis kudratnya."
Wahai sahabatku, mereka di sana kecil, besar, tua , muda, lelaki, wanita mati berdiri, mereka berjuang biarpun habis batu dan kayu mereka lemparkan..Duhai sahabat.., sungguh apakah pemuda-pemuda kita mampu lakukan seperti apa yang mereka juang2kan itu?? malahan kita sendiri, adakah kita bersedia?
Jumaat, 9 Januari, Kuala Lumpur : Hampir 3,000 mahasiswa Islam berjaya dikumpulkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia untuk berhimpun di depan kedutaan Mesir bagi menyuarakan bantahan dan kutukan di atas tindakan Mesir menutup sempadannya dari menerima kemasukan pelarian Gaza yang terpaksa menyelamatkan diri dari serangan 14 hari bertubi-tubi Israel laknatullah.
Rejim Husni Mubarak bukan sekadar bersekongkol dengan Israel membunuh kanak-kanak dan wanita Palestin, malah menangkap dan membantai rakyatnya sendiri yang terlibat di dalam demo mempamerkan solidariti bersama rakyat Gaza. Mubarak yang sangat degil dan bongkak tidak mahu membuka pintu sempadan Gaza-Mesir di Refah. Ini mengakibatkan bantuan kemanusiaan dunia tidak akan dapat dibawa masuk. Maknanya makanan akan kehabisan, hospital akan kehabisan bekalan ubatan, rakyat Gaza akan mati secara beramai-ramai!!!
Demontrasi tersebut telah berjaya membabitkan semua Persatuan Mahasiswa Islam dan NGO Mahasiswa dari seluruh Malaysia, khususnya dari GAMIS peringkat negeri seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan seluruh Malaysia. Turut sama menjayakan demontrasi ini adalah Solidariti Mahasiswa Malaysia, Pro Mahasiswa Nasional, PKPIM dan beberapa mahasiswa antarabangsa.
Demontrasi kali ini mencatat sejarah penting pada mahasiswa Islam dan GAMIS khususnya kerana kerahan yang begitu besar membabitkan hampir belasan bas dari serata Malaysia bagi menunjukkan simpati, sokongan dan semangat jihad yang tinggi anak muda Islam di Malaysia kepada gerakan Islam HAMAS yang sedang berjuang mempertahan Gaza dari serangan Yahudi Israel.
Selain dari itu, perjalanan sejauh 3 kilometer dan mengambil masa hampir 45 minit untuk ke kedutaan Mesir telah memberikan kepuasan kepada mahasiswa untuk meluahkan perasaan dan pendirian mereka pada rakyat yang menyaksikan demontrasi tersebut. Banner bertulis "Hancur Yahudi" dan slogan "Save Gaza" yang begitu banyak dan berwarna warni menyemarakkan lagi konvoi raksasa mahasiswa.
Ketika berlangsung demontrasi mahasiswa di KLCC, dilaporkan hampir kira-kira 5,000 pemuda Parti Islam Se-Malaysia dan NGO turut sama melakukan demontrasi di kedutaan Amerika Syarikat yang tidak jauh dari demontrasi GAMIS tersebut.
Sejurus tiba di hadapan kedutaan Mesir, antara pimpinan mahasiswa yang berucap adalah wakil PKPIM, Presiden Parti Mahasiswa Negara, saudara Azlan Zainal, bacaan sajak Gaza oleh saudara Faisal Mustafa, penyerahan memorandum dan pidato penutup oleh Presiden GAMIS, ustaz Dzulkhairi Mohd Nor. Presiden GAMIS dalam ucapannya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Mesir yang sanggup berkompromi dengan Israel menutup pintu sempadan dari menerima pelarian Palestin di Gaza.
Kuala Lumpur, 9 Jan - Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) berkumpul dan mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Mesir tengahari tadi bagi mendesak kerajaan Mesir agar memberi kerjasama dalam membantu rakyat Palestin dan tidak menjadi dalang dalam konflik Israel-Palestin.
Kira-kira 3000 mahasiswa dengan berpakaian serba hitam membanjiri kedutaan negara yang menjadi sekutu kuat Israel tersebut bagi menyatakan ketidakpuashatian atas pendirian Perdana Menteri Mesir, Husni Mubarak yang bersifat kronisme kepada Israel dan pakatan Zionis Laknatullah.
Kumpulan mahasiswa itu juga melaungkan “Hancur Israel!, Hancur Yahudi!, Hancur Zionis!”, dan “Save Gaza” sambil membawa poster dan kain rentang dengan tulisan mengutuk kekejaman Israel ke atas Palestin, dan mengecam kerajaan Mesir.
Antara individu yang memberikan ucapan ialah Presiden NGO tersebut iaitu saudara Dzulkhairi Mohd Noor, jurucakap GAMIS berkenaan isu Israel -Palestin,saudara Azlan Zainal, wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), saudara Syazni Munir dan wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Saudara Dzulkhairi selepas itu menghantar memorandum kepada pegawai kedutaan Mesir.
Demontrasi tersebut telah berjaya membabitkan semua Persatuan Mahasiswa Islam dan NGO Mahasiswa dari seluruh Malaysia, khususnya dari GAMIS peringkat negeri seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan seluruh Malaysia. Turut sama menjayakan demontrasi ini adalah Solidariti Mahasiswa Malaysia, Pro Mahasiswa Nasional, PKPIM dan beberapa mahasiswa antarabangsa.
Antara gimik yang dilakukan ialah membakar bendera Israel dan menjunjung keranda bagi menyatakan simbolik bantahan kekejaman Israel ke atas Palestin.
Demonstrasi aman tersebut yang dikawal sepenuhnya oleh pihak polis berakhir pada pukul 4.00 petang dalam keadaan hujan.-mahasiswakini.
Mohamad Fahdin Bin Zakaria. Anak campuran Kedah Perak. Aku ingin menjadi rijal yang kakinya berpijak di bumi, namum cita-citanya tergantung di langit tinggi. Aku ingin melihat anak bangsaku menjadi peneraju negara yang unggul di mata dunia suatu hari nanti.
Barangkali aku tak segagah Umar al-Khatab yang berjihad di medan perang, tidak juga sehebat Muhammad al-Fateh dengan kepimpinannya, juga tak seperti Saidina Ali dengan lautan ilmunya .... namun dengan apa yang ada padaku ini, aku gunakan untuk jalan jihadku. Moga usahaku mampu melahirkan manusia yang lebih hebat daripadaku.
Salam ta'aruf(^_@)
Ambillah semua yang ada di sini selagi ia berfaedah buatmu. Aku tidak pernah memilikinya. Sedang ilmu ini semuanya milik DIA.
"Tanpa pengorbanan, kita tak kan dapat berada di tempat yang kita mahu berada"
Dr Afifi al-AKiti
"Success is not being better than someone else, BUT success is becoming better than you were yesterday".
"Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia.Tetapi resahlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat..
[ Imam Al-Ghazali ]
Buah Fikiran
Jika ada buku yang ingin kamu baca, tapi buku itu belum ditulis, maka kamulah yang mesti menulisnya.