Kasih Bertaut

fahdin


Lama rasanya aku tidak mengemaskini email yang aku terima dari teman-teman. Entah kenapa malam itu hatiku tergerak untuk membaca email yang aku terima dari teman-teman. Rata-rata email yang tidak begitu penting aku delete-kan saja. Malas nak belek email yang tidak penting. Namun banyak juga email menarik yang sempat aku baca malam itu. Salah satunya email yang bertajuk 'Batu dan Pasir'. Aku rasa sewajarnya aku berkongsi dengan pembaca Ekspresi dari hati ini sebab aku fikir bukanlah satu kerugian kalau kita berkongsi. Sekurang-kurangnya, sahabat-sahabat yang sempat membaca di sini boleh menyebarkannya kepada orang lain. Sama-sama kita ikuti ....


PASIR DAN BATU

Dua orang pengembara sedang melakukan perjalanan. Mereka tengah melintasi padang pasir yang sangat luas. Sepanjang mata memandang hanya ada pasir membentang.


Jejak-jejak kaki mereka meliuk-liuk dibelakang membentuk kurva yang berujung disetiap langkah yang mereka tapaki. Debu-debu pasir yang beterbangan memaksa mereka berjalan menunduk.


Tiba-tiba badai datang. Angin besar menerjang mereka. Hembusannya membuat tubuh dua pengembara itu limbung. Pasir betebaran disekeliling mereka. Pakaian mereka mengelepak, menambah berat langkah mereka yang terbenam di pasir. Mereka saling menjaga dengan tangan berpegangan erat. Mereka cuba melawan ganasnya badai.


Badai reda, tapi musibah lain menimpa mereka. Kontang bekal air mereka terbuka saat badai tadi. Isinya tertumpah. Entah gundukan pasir mana yang meneguknya. Kedua pengembara itu duduk termenung, menyesali kehilangan itu. "ah..., tamatlah riwayat kita,"kata pengembara pertama. lalu ia menulis dipasir dengan ujung jarinya."kami sedih, kami kehilangan bekal minuman kami ditempat ini."


Kawannya si pengembara dua pun nampak bingung. Namun, cuba tabah. Membereskan perlengkapannya dan mengajak kawannya meneruskan perjalanan. Setelah lama menyusuri padang pasir , mereka terlihat air di kejauhan . "kita selamat" seru salah seorang di antara mereka.


Dengan sisa tenaga yang ada, mereka menuju ke air tersebut. Untung bukan fatamorgana. Benar-benar sebuah kolam. Miskipun kecil tapi airnya cukup banyak. Keduanya pun segera minum sepuas-puasnya mengisi bekalan air.


Sambil beristirehat , pengembara pertama mengeluarkan pisau genggamnya dan memahat diatas sebuah batu."kami bahagia. kami dapat melanjutkan perjalanan kerana menemukan tempat ini."
Pengembara kedua hairan."mengapa kini engkau menulis diatas batu, sementara tadi kau menulis diatas pasir?"


Yang ditanya tersenyum."saat kita mendapat kesusahan , tulislah semua itu dipasir. Biarkan angin keikhlasan membawanya jauh dari ingatan. Biarkan catatan itu hilang bersama menyebarnya pasir ketulusan. Biarkan semuanya lenyap dan pupus,"jawabnya dengan bahasa cukup puitis." Namun ingatlah saat kita mendapat kebahagiaan pahatlah kemuliaan itu dibatu agar tetap terkenang dan membuat kita gembira. Torehlah kenangan kesenangan itu dibatu agar tidak ada yang dapat menghapusnya. Biarkan catatan kebahagiaan itu tetap ada. Biarkan semuanya tersimpan."


Keduanya bersitatap dalam senyum mengembang...bekal air minum telah dapat, istirehat pun telah cukup. Kini saatnya untuk melanjutkan perjalanan. Kedua pengembra itu melangkah dengan ringan seringan angin yang bertiupmengiringi.


Teman, kesedihan dan kebahagiaan selalu hadir. Berselang seli dengan mewarnai panjangnya hidup ini.keduanya mengguratkan memori dihamparan fikiran dan hati kita. Namun,adakah kita bersikap seperti pengembara tadi yang mampu menuliskan setiap kesedihan dipasir agar angin keikhlasan membawanya pergi?adakah kita ni sosok tegar yang mampu melepaskan setiap kesusahan besama terbangnya angin ketulusan?


Teman , cubalah untuk selalu mengingat kebaikan dan kebahagiaan yang kita miliki. Simpanlah semua itu didalam kekukuhan hati kita agar tidak ada yang mampu menghapusnya. Torehlah kenangan bahagia itu agar tak ada angin kesedihan yang mampu melenyapkannya. InsyaAllah dengan begitu kita akan selalu optimistis dalam mengarungi panjangnya hidup ini....

fahdin
Dari Anas bin Malik r.a, dari nabi SAW sabdanya:”Tidak ada seorangpun yang telah masuk syurga ingin kembali semula ke dunia walaupun seluruh isi bumi ini diberikan kepadanya kecuali orang-orang yang mati syahid. Orang yang mati syahid itu ingin kembali ke dunia lalu dia tewas (syahid) di dunia hingga sepuluh kali, kerana dia telah menyaksikan bagaimana mulianya orang yang mati syahid.” (riwayat Muslim)





































































































terima kasih tok senyum





fahdin














RAJA DAN DEMOKRAS

1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.


2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.”


3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.


4. Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.


5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.


6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak. Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman. Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas. Firman Allah S.W.T. bermaksud : “Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).


Wallahua’lam.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Mursyidul Am PAS


Bertarikh : 9 Safar 1430

5 Februari 2009.


sumber: perakdaily

Labels: 0 comments | edit post
fahdin

Kejutan demi kejutan menggoncang bumi perak dan isisnya dengan isu politik yang begitu unik sehingga mendapat tempat pertama dalam carta buah mulut masyarakat Malaysia khususnya di Negeri Perak sendiri. tak kiralah di pejabat, di warung, mahupun di kampus. macam-macam pandangan dan telahan dari pelbagai pihak aku dengar untuk tempoh dua hari ini. sempat juga aku menjenguk beberapa blog yang memberi pelbagai ekspresi dari kaca mata penulis dan komen-komen dari pembaca blog tersebut.

Secara kolektifnya, aku melihat bahawa hampir kesemua orang membincangkan dan menelah tentang apakah keputusan yang bakal dibuat oleh Sultan Perak sama ada menerima cadangan MB perak supaya dun dibubarkan dan sekali lagi rakyat diberi mandat untuk memilih siapakah sebenarnya yang layak memegang tampuk pimpinan di negeri Perak ataupun memberi mandat terus kepada BN kerana memiliki majoriti kerusi dun untuk negeri ini.

Untuk tempoh sepanjang dua hari yang penuh kontrovesi ini, aku dapat mengumpul kata pakat dari rata-rata masyarakat, blog dan orang perseorangan tentang politik Perak yang boleh dikatakan agak genting ( walaupun memang genting ).

secara kasarnya ataupun secara rawaknya, aku dapati bahawa majoriti masyarakat lebih cenderung untuk bersetuju dengan pembubaran dun dan memberi peluang sekali lagi kepada rakyat untuk memilih siapa yang selayaknya untuk memimpin negeri Perak atas beberapa sebab berikut.

1) Rata-rata masyarakat tidak melihat kepada siapa yang bertanding dalam pilihanraya. sebaliknya mereka lebih cenderung untuk mengundi calon yang bertanding atas tiket parti yang mereka sokong. jika sekiranya calon yang mereka pilih itu telah menang dan melompat ke parti lain, sudah tentu terkeluar dari senarai pimpinan yang mereka sukai. dan jika calon yang sama bertanding sekali lagi atas tiket parti lain, berkemungkinan besar calon tersebut tidak akan mendapat undi dari rakyat yang mengundinya sebelum itu.

2) kes keluar parti kononnya terdapat kekurangan dan masalah dalaman dalam parti tersebut dan masuk ke dalam parti lawan. Kemudian kembali semula ke dalam parti yang kononnya dikatakan terdapat kekurangan dan masalah dalaman dengan alasan yang sama diletakkan ke atas parti lawan. ini lagilah tak boleh diterima. sah-sah pimpinan jenis ini tidak ada keteguhan dan pendirian yang jelas dan tetap dalam perjuangan.

3) kerajaan adalah untuk memimpin demi kesejahteraan rakyat, maka rakyatlah yang paling layah memilih siapa pemimpinnya dan sewajarnya pimpinan itu adalah dibawah kuasa rakyat.

atas faktor-faktor berikut, aku melihat bahawa Sultan Perak wajar menggunakan kuasanya untuk memulangkan kuasa pemilihan pimpinan negeri kepada rakyat sekali lagi demi kepentingan rakyat. Namun secara peribadi aku melihat kebarangkalian untuk perkara ini terjadi adalah agak tipis atas faktor-faktor yang tak dapat aku jelaskan. Sutlan sendiri mempunyai latar belakang yang baik dalam bidang perlembagaan. Apapun sebagai rakyat Perak, aku mewakili seluruh warga Negeri Perak berharap agar pilihan dan keputusan yang sultan buat adalah yang terbaik demi kebaikan semua dengan menilai dari pelbagai ceruk sudut dan kepentingan.




fahdin

KUALA LUMPUR 20 Januari - Kumpulan Pro-Mahasiswa UM mencatatkan sejarah penting di negara ini apabila memenangi pilihanraya kampus Universiti Malaya (UM) semalam apabila calon-calonnya memenangi 21 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Kekalahan tipis kumpulan Pro-Aspirasi (Gerak) itu diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM), Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris pada jam 3.30 pagi di Dewan Tunku Canselor (DTC) di UM.

Dalam pilihanraya kampus lalu, Pro-Mahasiswa memenangi 9 daripada 41 kerusi.Ini termasuk dua calon pakatan dari Fakulti Undang-Undang yang bertanding melalui tiket bebas.

Dan dalam pilihanraya kampus semalam, kumpulan yang dianggap anti-establishment itu berjaya menambah 12 lagi kerusi.Pro Mahasiswa memenangi 8 daripada 9 kerusi umum yang dipertandingkan dan 13 kerusi fakulti daripada 32 kerusi yang dipertandingkan.Jumlah itu tidak termasuk penyokong Pro Mahasiswa yang menang atas tiket Aspirasi.

Pengerusi pro-Mahasiswa Norazali Zainuddin ketika dihubungi mengesahkan kemenangan kumpulannya itu.Menurutnya, kemenangan tersebut tidak diijangkakan. Kali terakhir pro-Mahasiswa UM memenangi pilihanraya kampus ialah pada 2004.

Antara fakulti yang dimenangi oleh Pro Mahasiswa adalah APIUM (2) , APMUM (2), Fakulti Undang-Undang (2 - Bebas), Fakulti Sains (1), Fakulti Perniagaan dan Perakaunan (1), Fakuti Perubatan (1), Fakulti Pergigian (1), Fakulti Bahasa (1), Pusat Kebudayaan (1) dan Fakulti Pendidikan (1).

Saudara Hafiz Ilyas dari Akademi Pengajian Islam memperoleh undi tertinggi iaitu sebanyak 5999 undi diikuti oleh saudara Ahmad Syazwan Hasan (Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran) dan saudara Ridzuan Mohamad (Akademi Pengajian Islam).

Tewas 2 Undi

Seorang calon Pro Mahasiswa, saudara Alwi yang bertanding di kerusi Fakuti Sastera dan Sains Sosial hanya tewas sebanyak 2 undi kepada calon Aspirasi, saudari Avelyn.Pada asalnya saudara Alwi telah memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 7 kerusi namun setelah 3 kali kiraan semula dilakukan, Avelyn kemudiannya diumumkan sebagai pemenang.-mahasiswakini

Labels: 0 comments | edit post
fahdin
siang tadi saya terlihat sehelai kertas berwarna oren menjengah masuk melalui bawah pintu. Mulut mengukir senyum. Warna oren ini begitu familiar dengan ProM. Sempat jugak saya membelek kertas oren bersaiz A4 tersebut namun isi kandungannya jauh terpesong dari apa yang saya fikirkan.

Bermula dengan tajuk Masa Untuk Berfikir. Kemudian diikuti oleh satu persoalan kepada pembaca
"Apakah perubahan yang telah Penggerak Mahasiswa beri kepada kita?" Saya mula berfikir dan berkira-kira tentang sumbangan yang diberikan oleh Penggerak Mahasiswa.

Kemudian saya melihat ke muka seterusnya. Maka say spatutnya sedar bahawa saya tidak perlu membuang masa untuk berfikir sedangkan penulis juga telah menjawab sendiri persoalan yang ditanya kepada pembaca. Sumbangan yang dicatatkan bermula daripada Perkhidmatan bas percuma, Wifi, Papan Tanda, Tangki air utama (dalam fasa pembinaan), perhantian bas dan laluan OKU.

Maka penulis timbulkan satu lagi persoalan kepada pembaca. "Apakah semua ini masih tidak mencukupi?" cukup buat saya tersenyum. Agak lucu nadanya.

Di muka terakhir penulis sempat memberi sebaris kata yang saya sendiri tidak pasti sama ada saranan ataupun nasihat ataupun arahan. katanya dalam bait tersebut ialah "Jadilah warga yang bersyukur" sekaligus menukar riak senyuman yang terukir kepada beberapa garis kerutan kecil di dahi. timbul persoalan.

Pertamanya, saya tersenyum kerana dalam semua senarai yang dicatatkan semuanya perubahan fizikal. Namun tidak ada satupun disenaraikan perubah dan sumbangan berbentuk srpiritual yang lebih menjurus kepada pembentukan mentaliti dan keperibadian mahasiswa.

Keduanya, dahi saya berkerut kerana saya tidak tahu saranan untuk menjadi warga yang bersyukur itu diletakkan ke atas apa. Adakah bersyukur atas perubahan yang dibawa atau bersyukur kepada Allah atas nikmat kemudahan yang dikurniakan kepada hamba-hambaNya?
Jika merujuk kepada kertas tersebut, pembaca akan lebih cenderung memahami konsep kesyukuran atas perubahan yang dibawa Penggerak Mahasiswa. MAksudnya di sini, penulis menyarankan supaya mahasiswa perlu bersyukur kepada Gerakan Mahasiswa atas perubahan yang telah mereka lakukan.

Pada persepsi saya, Artikel ini boleh merosakkan pemikiran mahasiswa. khususnya yang beragama Islam. Sewajarnya penggunaan bahasa haruslah digunakan secara baik agar mudah difahami. Cuba anda bayangkan jika ada mahasiswa yang menerima secara bulat tanpa berfikir atas apakah kesyukuran itu patut diletakkan, berkemungkinan akidah boleh rosak tanpa disedari.

Apapun saya bersyukur dengan nikmat yang Allah beri dan berterima kasih kepada pimpinan mahasiswa sedia ada atas usaha murni dan sumbangan serta perubahan itu. Namun tidak bermakna kami perlu menerima pimpinan Gerakan Mahasiswa jika wujud kebobrokan dalam menjalankan tugas serta mentaliti boneka yang masih terbenam jauh kedalam diri pimpinan sedia ada. Dan sesiapapun berhak untuk memilih dan menentukan siapakah selayaknya menjadi pemimpin untuk memipin bumi Malaya ini.

Kepada sesiapa yang menaiki takhta pimpinan bumi Malaya ini nanti, saya harap jadilah pemimpin yang adil kerana pemimpin itu ibarat matahari. Cahaya menyinar seluruh alam. semua manusia dapat merasainya tidak kira baik ataupun jahat.


Labels: 0 comments | edit post
fahdin

Cerita budak-budak UM (dan IPTA-IPTA yang lain juga), khususnya budak-budak first year yang kena gertak, kena ugut atau kena paksa oleh Orang kuat Aspirasi di Kolej bukan cerita baru. Setiap kali ada pilihanraya kampus diadakan, tentu cerita-cerita sebegini akan timbul. Sudah tiba masanya untuk kita semua menghentikan semua gertakkan, ugutan atau paksaan ini. Takkan umur dah nak masuk 21 tahun, masih nak kena ugut dan paksa.

Ugutan dan paksaan ini biasanya dibuat secara halus. Ugutan ini biasanya dibuat dengan cerita-cerita tentang “kertas undi ada nombor siri dan kami boleh trace korong undi saper”; “kalau kami tahu korang undi group pembangkang, next sem korang akan dibuang kolej”; “kalau korang undi pembangkang universiti akan buang korang”; “kalau korang undi pembangkang hidup korang akan susah”; kalau korang undi pembangkang banyak benda korang tak boleh buat”; - ini adalah antara ugutan-ugutan yang biasa student khususnya budak first year terima.

Biasanya Orang kuat Aspirasi di kolej akan panggil budak-budak first year yang dilihat cenderung kepada group yang dilabelkan sebagai pembangkang ini, untuk berjumpa dengan mereka. Waktu berjumpa inilah mereka akan bertanya macam-macam soalan. Soalan-soalan ini adalah untuk menakut-nakutkan student tersebut. Kemudian cerita-cerita “kena buang kolej” “kertas undi bernombor siri” “kena buang universiti” semuanya akan ditabur ke dalam otak student-student yang dipanggil itu.

Jadi, soalnya sekarang kalau korang digertak, diugut atau dipaksa oleh orang-orang aspirasi, apa yang perlu korang buat?

Kalau korang berasa yang korang digertak, diugut atau dipaksa membuat sesuatu yang korang tak nak buat (seperti kena paksa undi calon Aspirasi, kena ugut jangan undi calon Pro M, kena paksa jadi calon, kena paksa jadi jentera Aspirasi, kena paksa jadi pak guard untuk berkawal di kolej, kena ugut buang kolej dan seumpamanya), berikut adalah beberapa perkara yang korang boleh lakukan:

Lepas selesai “kejadian gertakkan, ugutan atau paksaan” itu berlaku, cepat-cepat buat perkara berikut:

1. Catatkan nama orang yang memaksa atau mengugut korang.

2. Catatkan jawatan orang yang ugut dan paksa korang tu.

3. Catatkan tarikh, hari apa, pukul berapa dan tempat kejadian ugut atau paksaan tu berlaku.

4. Kalau yang paksa dan ugut korang tu ramai, senaraikan semua nama dia orang dan jawatan dia orang.

5. Tulis balik detail kejadian tu secara terperinci misalnya apa yang diugut, bagaimana ugutan itu dibuat, perkataan dan ayat yang digunakan untuk mengugut, nada suara yang digunakan atau body language yang ditunjukkan ketika mengugut. Jika ada kata-kata kesat yang dikeluarkan atau kekerasan fizikal dilakukan ke atas korang, make sure korang tuliskan dengan terperinci semua ini.

6. Kalau korang ada saksi kejadian tu, tulis nama saksi yang berada di tempat kejadian.

7. Lagi chantek, kalau korang ada handfone berkamera yang boleh rakam, make sure korang rakamkan kejadian ugutan tu. Halakan kamera handfone korang ke arah orang (atau orang-orang) yang mengugut korang tu secara sembunyi-sembunyi. Kalau susah nak rakam gambar, rakamkan je suara dia orang.

8. Selepas korang kena ugut atau paksa tu, tuliskan apa perasaan korang. Rasa takut ke, rasa tak selesa ke, rasa trauma ke, rasa tak adil ke, rasa berdebar ke, rasa gelabah ke, rasa gentar ke, rasa terkujat ke, rasa geram ke, dan sebagainya.

Setelah korang selesai tulis semua detail-detail di atas, kontek budak-budak yang bertanding bukan di atas tiket Aspirasi yang korang kenal dan berikan laporan aduan bertulis korang tu pada dia orang.

Yang penting, kalau korang rasa korang digertak, diugut atau dipaksa, tolong buat aduan secara bertulis mengikut garis panduan yang disediakan di atas.

Jangan jadi mahasiswa yang takut kerana takut itu hanya akan memanjangkan lagi penindasan. Jadilah mahasiswa yang berani kerana keberanian itu akan meruntuhkan penindasan yang sedang dijalankan.

Selamat Mengundi. Undilah kerana kerelaan dan bukan kerana ugutan.


P/s = kepada warga aspirasi, Anda juga boleh berbuat demikian jika anda juga mendapat nasib yang sama seperti yang dinyatakan....

("Jika" mempunyai konsep yang luas untuk dikupas)


( ubah suai dari sebuah wordpress UKM: terima kasih kepada sumber artikel)

Labels: 0 comments | edit post