Kasih Bertaut

fahdin

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-




PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.


2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.




RUJUKAN

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.
2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani
3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.



Labels: 0 comments | edit post
fahdin

Semalam di pejabat, ketika saya nak balik, saya sempat melihat seorang ibu dengan wajah seperti sedang marah bersama anak wanitanya yg merupakan pelajar di sekolah tempat saya menjalani latihan mengajar . Ibu tersebut sedang berbincang sesuatu dengan seorang guru. Jelas sekali terpancar diwanjahnya riak tidak senang .

Selepas beberapa minit, ibu tersebut bangun bersama anaknya dan meluru ke pintu berhampiaran tempat saya berdiri untuk keluar . Ketika dimuka pintu saya sempat mendengar ibu itu berkata sesuatu dengan nada yang sedikit tinggi ..

" Islam ! Islam ! @#%#$&^** " .. bahasa yang tidak saya fahami kerana saya berbangsa melayu.

Selepas seketika saya duduk di tempat ibu tadi duduk dan bertanya sesuatu kepada guru yang berbincang dengan ibu tadi . Saya ingatkan mereka berbincang tentang masalah disiplin @ sebagainya.

Rupa-rupanya menurut cikgu tersebut , Ibu itu ingin membuat permohonan untuk menukarkan subjek Pendidikan Islam yang diambil anaknya itu kepada subjek Moral . Permohonan itu ditolak kerana nama dan agama anak tersebut menurut ‘ic’nya adalah Islam.

Ayahnya adalah seorang muslim manakala ibunya beragama hindu. Walaupun begitu, diceritakan bahawa cara hidup dan amalan seharian anak itu dirumah adalah lebih kepada Agama hindu. Jadi saya hairan, bagaimana seorang Ayah Muslin dengan Anak yang muslim boleh membiarkan anaknya hanya menjadi muslim pada nama …..

Dan menurut cikgu, ibunya juga pernah membuat permohonan untuk anak lelakinya sebelum ini yang juga ditolak atas sebab yang sama …

Maka saya bertanya pada diri sendiri …Apa ertinya Nama Islam dan Agama Islam ..kalau cara hidup tidak langsung menggambarkan cirri-ciri islam. Sedang berusaha untuk jauh dari Islam ….. Dan pada saya perkara seperti ini bukanlah sesuatu perkara pertama atau asing di Negara kita … Selebihnya saya sedih kalau masih wujud permasalahan Agama dalam institusi rumahtangga yang gagal dibendung sendiri oleh Pemimpin keluarga .

Kalau seorang ayah rela membiarkan anaknya beramal dengan agama lain, bagaimana pula agaknya amalan dirinya sendiri? …. Cukup lah saya menginsafi apa yang berlaku sebagai pengajaran kepada diri bahawa hidayah Allah itu adalah anugerah yang paling berharga dan tidak mampu dibayar dengan apa sekalipun hatta selruh dunia dan Isinya ..Semoga Allah memaskan diriku dengan keteguhan Iman KepadaNya dan menjadikanku serta seluruh generasiku sebagai hamba yang hanya sujud menyembahNya.

fahdin


Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Pasti anda sudah biasa mendengar lagu dari Kumpulna Ungu ini dan barangkali anda telah menghafal lirik lagu ini. Tapi persoalannya, Apakah kita benar-benar tahu bilakah masanya kita akan dijemput oleh Allah dan meninggalkan seluruh apa yang kita miliki melainkan amal yang akan menemani kita di alam yang satu lagi ...

Sebenarnya hari ini saya dikhabarkan bahawa salah seorang guru ( Gikgu Ani - bukan nama sebenar ) di tempat saya menjalani latihan mengajar telah dimasukkan ke hospital minggu lalu kerana menghidap kanser usus . Saiz kanser juga sudah mencapai saiz 16cm. ( Takziah buat Gikgu Ani ) dan semoga Allah memberikan yang terbaik buat Gikgu Ani.

Sedang saya bersembang-sembang dengan guru tentang musibah yang melanda Gikgu Ani, ada juga guru yang memberitahu bahawa doktor menjangkakan tempoh hayat Gikgu Ani hanya berbaki sekitar 6 bulan sahaja lagi. Sedih kan .... saya sendiri berasa sedih walaupun tidak benar-benar mengenali beliau. sekurang-kurangnya saya rasa beruntung kerana masih diberikan nikmat kesihatan tubuh badan.

Namun sedang saya leka membelek-belek kertas ujian sendirian, saya terfikir kembali tentang perbualan kami sebelum ini. Saya rasa dari sudut yang lain, Gikgu Ani adalah agak beruntung daripada kita kerana Gikgu Ani sekurang-kurangnya dapat menjangkakan bila masanya dia akan dijemput Allah. Sedang kita ????

Walaupun anggaran tempoh hayat itu hanya dibuat oleh doktor yang juga manusia seperti kita. Dan semestinya Allah lebih mengetahui tentang semua itu ...... tapi sekurang-kurangnya dipihak Gikgu Ani, dia boleh membuat persediaan, memohon maaf atas kesilapan, bertaubat, menunaikan apa yang tidak ditunaikan, menggantikan apa yang belum diganti ..... Tapi kita ????




Kadang-kadang saya terfikir, sudah cukupkah amalan kalau saya mati nanti? sudah termaafkah saya daripada siapa-siapa yang pernah saya sakiti atau gurisi? tertunaikah sudah hutang-hutang saya?

Kita sendiri tidak tahu bilakah kita akan dijemput. barangkali tempoh kita lebih lama dari Gikgu Ani. Tapi tidak mustahil juga lebih singkat dari Gikgu Ani. Segala-galanya adalah pasti, cuma kita yang tidak pasti. Entah esok, entah lusa, entak sekejap lagi ... kita akan dijemputNya ...... Maka renungkanlah .... Sebanyak manakah persediaan kita untuk bertemuNya.

p/s : Semoga cikgu Ani cepat sembuh dan dipanjangkan umur.
fahdin
fahdin
Bismillah.

Semalam saya mengajar pelajar ting4 tentang tajuk Zikrullah Pengubat Hati . Topik ini saya kira kalau diurus dan disampaikan dengan baik mampu menjentik hati-hati pelajar dan menimbulkan kesedaran dalam diri mereka. Antara fokus yang diletakkan dalam tajuk ini ialah adab-adab ketika berzikir. Dan salah satunya ialah tidak berzikir ketika di dalam tandas.

Kemudian ade pelajar angkat tangan dan bertanya .... maka berlakulah satu sesi soal jawab ringkas antara saya dengan pelajar tersebut.

Pelajar A : " Ustaz, cube ustaz bayangkan .... saya nak masuk tandas, tiba-tiba saya ternampak anjing dalam tandas dan saya terkejut ... saya pun menjeritlah Allahu Akbar !!! ... Macam mane tuh ustaz ? "

Anjing ? Dalam tandas ?


Saya tak kisah soalan tuh, soalan tuh memang menarik dan saya percaya ramai pelajar lain pun nak tahu jawapan kepade soalan tersebut .... tapi yang lawaknya sampai saya nak tergelak ialah .... Kenape mesti anjing yang mengambil watak di dalam tandas ??? kenapa tak ular ke, atau lipan ke ... logik la jugak .... Apapun setiap soalan pelajar mesti dilayan dan dihormati kerana setiap pertanyaan mereka adalah berdasarkan keinginan untuk mengambil tahu apa yang mereka tak tahu .... maka saya pun menjawab ...

Saya : " Itu tak ape, sebab itu adalah secara spontan dan tidak disengajakan. tapi ..... " belum saya habis menjawab dah ade pelajar lain menyampuk .

Pelajar B : " tapi kenape anjing yang ko jumpe dalam tandas tuh ..... ? " dengan muke yang serius .... nampak sangat pelajar B tuh pun macam blur ... die tak rase lawak ker??? kalau die rase lawak, mesti soalan tuh ditanye dan diiringi dengan gelak kan? kan ? kan?





Saya memang nak tergelak .... siap pelajar B ulang soalan tuh macam nak tahu sangat kenape mesti anjing ..... kenape ??? blur kan ??? memang lawak la ... tapi saya tahan jer ....


Again .... ! Why Me ??? Why Me ???


Itulah, kadang-kadang walaupun menjadi seorang yang bergelar pendidik ini perlukan ketahanan mental dan fizikal yang tinggi, sampai ada guru yang mengalami tekanan jiwa, tapi Allah ada ketikanya menghiburkan kite dengan cara yang tidak disangka-sangka. Sekurang-kurangnya saya terhibur ...walaupun pelajar saya memang blur tentang kelakuan diorang sampai tak dapat kesan apa itu lawak ..... Walaubagaimanapun, saye gembira mempunyai anak didik seperti mereka, biarpun tidak sebijak kawan-kawan mereka yang lain, kelas di hujung-hujung .... tapi mereka menghormati guru dan saya dapat rasakan keinginan mereka yang dahagakan ilmu. Saya doakan Allah melapangkan hati mereka dan semoga mereka mudah memperoleh ilmu yang bermanfaat ....




Tapi serius memang lawak bile tengok muke orang yang blur...x sure la korang rase lawak ke tak ... Tpi sebagai seorang yang melalui saat itu, saya rasa memang lawak .... haha


fahdin

Mendongak ke langit tinggi ....
melihat awanan memutih lelangit membiru ......
Mahu saja aku bicara pada langit dan awan
bahawa impianku lebih tinggi drimu ...
Aku ingin bertemu Allah sebagai hamba yang berjaya ...
Ya Allah, andai sudah tiba masa,
Kau ambillah aku
dalam keadaan Kau mengampuni dan meredhaiku ....
Sesungguhnya Engkau tempatku bergantung ...


( mood : jgn berhenti berharap )
fahdin

Menerobos hakikat kendiri
membawa kita untuk terus berkoreksi
tentang apa yang wajar dan sebaliknya
menjadikan kita manusia yg sedar
dan mampu mengurus sistem
Ramai manusia hari ini
hidup dalam keadaan hatinya mati
kerana gagal untuk mengenal siapa dirinya ...