Kasih Bertaut

fahdin
Bismillah ....


Lama betul aku tak mengupdate blog aku ni. Bak kate pepatah hidup segan mati tak mahu .... Apapun terima kasih kepada pengunjung yang sudi melawat blog yg tak berubah-ubah entry walaupun dah berkurun ....

Aku menulis hari ini kerana hati tergerak untuk berkongsi sedikit pengalaman yang amat memalukan aku hari ni .... Orang kata, kalau berkongsi, kuranglah bebanan yang kita tanggung . So kalau aku berkongsi perasaan malu aku ni sorang sikit ....kite rasalah malu tuh ramai-ramai ...x ke macam tuh ...(bak kata orang kampung aku, ayat cover)

Ceritanye begini, petang nih aku dan beberapa kawan pergi bermain bola tampar di Kolej Kediaman ke10. Walaupun bukanlah sehebat atlit, tapi bolehlah kalau nak buat latihan menampar murid-murid sesuka hati nanti ( memang tak de ciri-ciri guru yang baik ).

Budak-budak ni aku yg ajar semua nih.
Kalau setakat bola tampar tuh ...alah hujung jari ja
(cakap besar walhal sebaliknya)


Punyalah seronok main tak ingat dunia. Melompat, tekangkang ... gelak besar. Sampai lupa tuhan la bak kata mak aku.

Tengah syok main, datang bola kat aku. Apa lagi dengan gigih la aku mengejar seperti atlit olimpik yang dah pernah menag 3 tahun berturut .... tapi sayang bola jauh sedikit dari tangan, maka kakilah menjadi pengganti. Dan dengan konfidennya aku melompat mengangkang sebesar alam, punyalah nak sambut bola ...


Lebbih kurang macam nih la aku melompat sambil tekangkang
Sambil dalam hati berkata
" Sure ramai orang memandang dengan penuh kekaguman terhadapku"


tiba-tiba!!!!
Bola yang dikejar tak tercapai sebalikknya benda lain yang terjadi ...


Praaaak!!!
Nah ambik ko!
Terkoyak!>...
(sekadar gambar hiasan untuk menjelaskan situasi)

YA ALLAH!!! malunya .... Nasib baik la yang main tuh kawan-kawan yang memang aku dah kenal lame... tapi ada sorang mamat yang aku tak kenal dari fakulti lain yang turut menyaksikan insiden memalukan ni .... Entah la macam mana aku nak berhadapan di khalayak ramai lagi. Perlukah aku bertopeng atau buat surgery? ...

I'm not Faden ...
Saye orang lain
Bukan orang yg terkoyak seluar semalam tuh
...Eh, cam ne aku boleh tau ade org terkoyak seluar semalam (curiga)


Malunye .... Tapi dah kurang sikit sebab dah bagi sikit kat pembaca sekalian ... Terima kasih kerana sudi memalukan diri dengan membaca entry ini.
fahdin


Anak-anak di Palestina
buminya rekah dan resah
dicekau senjata dan dengki;
batinnya terasak rosak
dicakar dendam yang ngeri.
Kini mentari tenat dan remuk,
cinta ditelan sekam malam.
Bumi Palestina cacat dan sakit,
sengat, racun menyentap nafasnya.
Antara duri dan kerikil mencengkam,
tempur dan cungap bersanggah,
mulut-mulut muda terus berdarah.

Anak-anak Palestina yang resah,
bara berang mengunyah alamnya
meretakkan watak dan wajah,
derita paling sengsara.
Bunga-bunga kering berapungan–
darah membuak berontak.
Kekacauan menggigit kalut jiwa–
cacar dan cemar; getir dan perit;
gigil dan hangus. Nisan yang nisan.
Api yang api. Api dan api.

Anak-anak Palestina bentengnya cekal.
Bapa-bapa nazak di sisi pusara;
ibu-ibu asuhi warisan yang garang–
mereka tenaga gempa
yang panjang menggugat
tank, kopter dan peluru, menggelorakan
wira yang syahdu.

Musafir Palestina yang termangsa
mendobrak peragut akar watan.
Mereka – pewaris sabar dan waja
mengasihi setiap pasir buminya
–melawan taufan syaitan
yang merasuk pelosok buananya–
penuh gamam, penuh dendam.
Mereka retak yang tajam. Denyut menyala.
Mereka kawah marak paling merah.
Dan sengat zaman.

Anak-anak Palestina yang tergugah,
unta-unta tersisih yang luka–
dalam kedurjanaan liar kasar,
dalam kemusnahan golak gelegak–
belajar hidup utuh dan indah
mengutip sisa dan nadi maruah
daripada sejarah yang kusut.
Mereka rahsia telaga mesra,
pohon-pohon kurma remaja,
diranumi nurani
amarah dan sumpah bangsa
yang pantang menyerah.

Dan di sini–
angin Ranau, nafas Semantan, degup Melaka,
mengucupi jantungmu yang terkelar.
Anak-anak Palestina yang tabah,
unta-unta tersingkir yang cedera,
sengat racun menyentap nafasnya.
Angin Ranau, nafas Semantan, degup Melaka,
suara saka, sakti dan sasa
menggemakan jerit dan raungmu. Dan kau,
dalam debu dan udara yang bisa,
kawah ledak saling gelegak,
enggan hangus atau pupus; dan enggan kalah.

-A Samad Said




Ihsan dari Nota Jalanan
fahdin
Bismillah ....

Pertamanya nak ucapkan selamat menyambut tahun baru. Di harap usia yang semakin bertambah ini mematangkan lagi fikiran. Cerita tengtang matang ini mengingatkan aku pengalaman yang mengajar aku apakah makna matang dan tanggapan manusia terhadap kematangan.

Kisah ini berlaku ketika aku masih belajar di peringkat asasi sekitar pertengahan tahun 2006. Waktu itu aku dan seorang kenalan dalam sebuah bas yang bertolak dari Bidor ke Ipoh untuk bercuti di rumahnya yang terletak di Pulau Pinang sambil melancong di sana.



Jom becuti ...best2



Oleh kerana dah lama tak naik bas ke ipoh, aku pun bertanye pade 2 orang perempuan yang lebih kurang sebaya atau muda setahun dua dari aku yang duduk sebarisan dengan kami. Maka berlakulah perbualan mudah antara aku (A) dan perempuna tuh (B)


(A) "Nanti bas ni trun kat Medan Gopeng erk?"

(B) "Yup."

(A) "Owh ok. Terima kasih."

Lega la hati. Tak payah nak terjengok-jengok takut terlepas pulak Medan Gopeng.

(B) "Sebenarnye kitorang pun nak turun kat sane jugak."

(A) "Owh iye? Ok."

(B) "Awak orang mane ye?" <- tetibe kan? Dah la mengantok. Ada pulak orang ajak sembang.

(A) "Erm, org $^&%?@!"

(B) "Eh awak kenal tak Si Bedah (name rekaan sebab dah lupe)? Ala yang duduk kat &^%$#@*. Kenal tak? <- Motip? Cari sedare hilang ker?

(A) "Saye tak kenal." <- Jujur. Dah tak kenal

(B) "Alah ....., Yang ..... " <- Entah segala ciri yang dibagi. Memang aku tak kenal.

(A) "Saye tak kenal"

(B) "Eh, sekampung pun tak kenal." <- La.... Dah tak kenal.

(A) "....." <- malas nak jawab.



Ko ni ape masalah sebenarnye?
Ko ingat aku kerja banci dari rumah ke rumah ke?



Lepas tuh aku pun dengarlah sesi mengumpat dan mengkritik antara dia (B) dengan kawannya (C) yang dari tadi asyik tersengih-sengih.


(B) "Tak matang betul mamat sebelah kita nih."

(C) "Ha ah, tak pandai nak layan perempuan."

(B) "tak macam balak kite kan? Matang ...."

(C) "Ha ah kan?"



Balak I matang keh.
Die pandai melayan perempuan macam I


Aku dengan kawan aku hanya tersenyum. Tak mahu membalas. Mungkin ada perkara yang perlu kita diamkan. Dan hari ini aku nukilkan untuk kita fikirkan bersama.

Apakah makna dan sejauh manakah erti kematangan pada diri anda? Adakah anda bersefahaman seperti 2 orang gadis tadi. Sayang rasanya bila kita mentafsir apa itu kematangan tanpa memahami erti kematangan itu sendiri.
fahdin


Bismillah.....

Sesi kuliah sudah bermula. Maka tak hairanlah masing-masing sudah ade azam baru. Ditambah pulak nak masuk tahun 2010 dan dah masuk tahun hijrah yg baru. Ade yang kereta baru. Mungkin ug sedang belajar nak tingkatkan pointer PNGK. Macam-macam. Ade jugak yg nak kawen kot .Ahaha

Tapi hari ni bukan berniat nak bincang tentang azam baru nih. Aku sekadar nak kongsi sedikit pengalaman semasa aku nak balik ke hostel setelah lame bercuti.

Kisahnye begini ..... Pade suatu hari ( buang mase!). Time tuh ako tengah landing kat bus stop ... Buat pe? Memasak la .... takkan tunggu bas kan?


ni ler bus stop yang aku maksudkan tu


Mule-mule aku sorang jer kat situ. Selang beberape minit datang sorang kakak duduk kat sudut tepi sambil bace novel. lepas tuh pulak datang 3 orang warga asing datang nak tunggu bas kot. Takkan nak tolong aku memasak kat situ.


Actually I'm Malaysian. TApi dah lame duduk luar negare. So bile dah balik Malaysia nih, I jadi tak pandai nak speak Malay. Eh tercakap melayu la plak.


Salah sorang daripada diorang nak ambik sesuatu dalam poket. Tetibe "gedebuk"(efek bunyi semate) ade bende jatuh. Ako dan akak tadi pun bepaling la. Nak tau jugak berapa juta duit yang jatuh dari poket mamat tuh.

Sekali! Ako terus buat-buat tak nampak. Akak sebelah aku plak terus gigih membaca novel seolah-olah terlalu khusyuk sampai tak sedar ape yg berlaku.


Akak tak nampak ape-ape. Sumpah! Akak cume dengar bunyi jer tapi akak tak paling. Akak tengah bace nih. Ingat tau akak tak nampak ape-ape.


Nak tau ape yang jatuh?



Aku tahu mamat tuh serba salah. Nak ambik takut aku nampak. Walhal memang aku dah nampak. So pura-pura tak sedar jelah benda tuh jatuh dari poket die dan dengan selamba badak die duduk sebelah aku.


motip! name aku ko sebut.


So tak lame lepas tuh bas pun sampai. Kakak tuh tanpa memandang kiri dan kanan terus masuk dalam bas. Tak tunggu orang turun dah. Lepas tuh aku pun naik bas jugak. Saje ambik port belakang. Mamat yang 3 orang tadi tak naik. Bile bas gerak je, die terus gi amik barang yang jatuh tadi sebelum diambik orang lain.

Kesimpulannya : Kehadirang pendatang asing mungkin ade kebaikan dan keburukan. Kadang-kadang kita tak dapat berfikir dan bertindak untuk sesuatu situasi yang agak mendesak (Aku la tu)



fahdin
Bismillah .... Seinfiniti kesyukuran aku panjatkan kepada Allah. Hari ini aku masih bisa menulis walaupun kekangan waktu agak menjerut aku untuk meluang lebih masa di sini.

Sudah lama aku berkampung di kampus sejak bermulanya cuti semester. Cuma sempat pulang beraya lebih kurang 3 hari. Aku ditugaskan sebagai sukarelawan untuk membantu menguruskan Pertandingan Debat DiRaja IPT Malaysia. bukannya apa. Sekadar mahu mencari sedikit pengalaman. Mungkin sebelum ini aku pernah bergelar pendebat. Tapi hari ini aku lebih selesa menjadi orang yang membantu mengurus proses pertandingan debat.

Walau apapun, bukan ini yang ingin aku sentuh. Cuma ingin meluahkan sedikit buah fikiran yang aku kira mungkin tidak disenangi dan disokong oleh beberapa pihak. Cuma aku sekadar menggunakan hak aku untuk meluahkan apa yang terbuku tentang dunia intelek ini ( dunia perdebatan ) Dari sudut kaca mata aku sendiri berdasarkan sedikit pengalaman yang singkat yang pernah membawa aku ke dunia yang pernuh dengan fakta dan hujah serta pengalaman aku menjadi comuniti yang menghadapi dan menguruskan mereka ini.

Pada aku hari ini aku melihat penganjuran debat mungkin berjaya melahirkan manusia yang hebat dengan hujah, yang mempunyai kekuatan kepimpinan dah bersuara, yang bisa konsisten menegak dan menyanggah hujah, manusia yang kemas tutur katanya. Namun
kita masih gagal melahirkan manusia yang menjiwai kehebatan, kepimpinan, konsistensi dalam dunia realiti.

Kegagahan itu hanya di medan persidangan. Kepimpinan itu hanya di meja perwakilan. Konsisten itu hanya di pangkalan kerajaan atau pembangkang. Semua ini tidak ada dalam realiti.
Maka aku dapat merasakan satu kerugian besar.

Apapun aku tidak menyanggah sesiapa. Apatah lagi medan ini pernah aku lalui dan aku sudah pelajarinya. Maka sewajarnya aku tudingkan dahulu jari kepada diriku sediri. Apakah kegagahan, kepimpinan, konsistensi aku dalam perwakilan di medan perdebatan telah aku bawa dalam realiti sehari-hari? .....
( Aku harus bermuhasabah kembali)


GAMBAR KENANGAN KETIKA SEMPAT MERASAI DUNIA PERDEBATAN




fahdin
Bismillah.
Agak lama aku tidak menulis dalam blog ini. Maklumlah belum ada kesempatan sehinggalah hari ini. Alhamdulillah Allah memberi sedikit ruang untuk aku membuat titipan ringkas sebelum blog ini akan kesunyian. Maklumlah. cuti semester sudah bermula. Tentu sekali di kampung aku tidak berpeluang menulis.
Apapun begitu untuk tempoh cuti semester ini aku ingin mengambil peluang kelapangan masa yang ada dengan satu projek percubaanku. Dalam perangcangan, aku ingin cuba untuk menulis. Jika diperkenankan Allah, karya bakal aku tulis nanti akan aku serahkan untuk semakan dan kritikan kenalan yang lebih berpengalaman.
Mungkin usaha ini boleh menjadi jalan untuk aku bergelar penulis suatu hari nanti. Semangnya aku berminat dalam bidang penulisan sejak di bangku sekolah lagi. cuma belum ada kesempatan dan masih wujud kekangan lain yang membatasi aku untuk bergerak. Kekangan terbesar ialah aku sendiri mengakui bahwa kemahiranku dalam bidang penulisan masih ditahap sifar. Apapun aku bersykur kerana ada teman yang sudi menawarkan diri untuk emmbantu memberi tunjuk ajar.
Harapanku semoga sesiapa yang sempat membaca bingkisan ini dapat mendoakan usahaku ini semoga dipermudahkan.
Hakikatnya, bukan keinginan ini yang ingin aku sampaikan. Apa yan penting adalah menjadi satu kerugian apabila kita tidak mampu mengaplikasi dan mengurus keseluruhan kemudahan yang ada disekitar kita dengan sebaiknya. Tambahan pula bagi golongan akademik. Alangkah rugi jika ilmu yang tersemat jauh didalam hati tidak kita kongsi dengan cara yang pelbagai.
Maka atas kesedaran ini, menggerak hati untuk aku bertindak sekadar temampu. Cuma yang membimbangkan ialah apabila kita tidak mampu konsisten dengan usaha sendiri. Aku sendiri akui telah beberapa kali mencuba untuk menulis namun semuanya tidak selesai. Maka untuk kali ini, aku harapkan hati ini lebih bertekad bulat menulis hingga selesai. Biarlah lambat asalkan ada.
fahdin