Kasih Bertaut

fahdin
Bismillah ...





Duhai hati
Maafkan aku
Andai aku gagal mmbendung diri
Hingga kau jatuh ke lembah cinta
Yang bukan pada waktunya
Yang bukan pada pemiliknya

Duhai hati
Maafkan aku
Andai membiarkanmu dilanda keresahan
Menahan rindu dendam
Yang hanya sia-sia
Yang menyakitkan jiwa


Duhai hati
Maafkan aku
Andai aku merelakanmu terluka
Dibelenggu kelalaian
Oleh mainan perasaan
Yang direka-reka
Yang isinya hanya kepalsuan






Duhai hati
Maafkan aku
Andai membiarkan kau derita kecewa
Oleh cinta dusta
Bukan cinta pencipta

Duhai hati
Maafkan aku
Aku ingin kembali
Meraih cinta suci
Yang lahir dari hati
Dari Pemilik Cinta Hakiki
Yang membuahkan cinta dua hati.....

Duhai hati
Damailah dikau
Maafkanlah aku ....

Fahd - 20 Ogos 2010 (12.00pm)

Labels: 0 comments | edit post
fahdin










Labels: 0 comments | edit post
fahdin
Bismillah.

Hari ini aku masuk ke kelas Kanak-kanak Berkeperluan Khas di fakulti pendidikan. Pengenalan serba sedikit tentang kursus ini sedikit sebanyak membakar semangat aku untuk mendekati dan mendalami kanak-kanak khas. Mungkin belum ada peluang buat aku saat ini.

Dalam sedikit kelapangan yang ada, aku sempat mengambil gambaran awal tentang anak-anak khas ini melalui Youtube. ternyata mereka sangat hebat dan kadang kala kehebatan mereka melebihi anak-anak normal yang lain ....

Andai aku punya peluang untuk mendekati mereka, pasti aku takkann lepaskan peluan seperti ini...





fahdin
Bismillah,

Alhamdullah, diberi kesempatan dan kesihatan hingga aku mampu meninggalkan coretan ringkas untuk perkongsian semua.

Sedar tak sedar, aku dan rakan-rakan sudah masuk ke tahun akhir pengajian kami. Bermakna tidak lama lagi kami akan melangkah ke alam realiti sebagai warga pendidik yang bertanggungjawab melahirkan generasi yang mampu membangunkan Agama, bangsa dan negara. ( macam serius ) ...

Aku percaya, semua rakan-rakan terutama yang bergelar guru ataupun bakal guru tahu bahawa setiap orang (pelajar) mempunyai perangai dan sikap serta altenatif masing-masing. Namun sebagai guru semua ini adalah cabaran.


Namun hari ini aku lebih cendenrung untuk memfokuskan kepada altenatif dan sikap pelajar dalam beralasan. Kita ambil contoh kes yang paling mudah. " kes tidak menghantar kerja sekolah ".
Jom sama-sama kita semak apakah alasan biasa yang pelajar selalu buat.
" Saya terlupa, cikgu "
" Saya dah buat,tapi tertinggal "
" Buku saya hilang "

Tapi bagaimana pula kalau kita terpaksa menghadapi alasan luar biasa seperti ini .... sama-sama kita fikirkan.




fahdin
Bismillah.
Sedang asyik melayan alunan lagu-lagu, hati ini jadi tersentuh dengan lenggok bahasa dan makna sebuah lagu nanyian Kumpulan Nasyid Hijjaz. Maka saya kongsikan lirik lagu lama ini .... Sudah jarang untuk kita dengar lagu ini.



MENITI MIMPI


Kau terdengar kicauan beburung
yang menyanyi di dada pelangi
kau menggapai awan di langit memutih
dirimu lebur dimamah mentari

Kau impikan harapan menggunung
di lorong hanyir kehidupanmu
kau hirup sari madu bunga beracun
mewarnai dunia misteri mimpimu

Kau calari setangkai hati ibunda
yang menanti di bilahan hari-hari
kau hitamkan wajah ayahda
yang mengharapkan sinar kehidupan

Apalah yang hendak dikatakan lagi
semua ini sudah jadi tak pasti
bangkitlah segera dari mimpi ngeri
pulihkan kembali sebuah harga diri

Sinar hidupmu tiada nyalaan api
berlabuhlah di muara ini
pasrahkanlah hatimu ke lorong Ilahi
Di sana menanti, syurga yang abadi
di sana menanti , syurga yang hakiki.
Labels: 0 comments | edit post
fahdin
Bismillah ....



Pejam celik, pejam celik ....

masa sudah jauh lalu ...
Kali pertama melihat dunia pernah dirasai suatu ketika dahulu.
Pejam celik, pejam celik ....
kaki sudah kuat untuk merangkak dan melangkah.
Pejam celik,pejam celik ....
Sudah duduk di bangku sekolah.
Comel dan lincah. Bijak dan petah.
Pejam celik, pejam celik ....
Sudah melangkah ke alam remaja.
Lebih tinggi dari orang yang melahirkannya.
Lebih tinggi dari orang yang pernah mendukungnya.
Pejam celik, pejam celik ....
Sudah besar rupanya aku.


Selamat tinggal masa lalu.
Moga terlakar sejarah indah buat diri.
Selamat merasa masa kini.
Moga berjalan dengan lancar.
Selamat datang masa depan.
Semoga mati dalam Keimanan ....
Pejam celik, pejam celik.


Masa yang berlalu ibarat penawar.
Bisa merawat luka dihati
Masa juga ibarat racun
Dendam yang disimpan memakan diri
Masa bisa menghubung manusia
Menyemai rindu bertunaskan cinta
Masa juga pisahkan manusia
BILA SUDAH TIBA MASANYA


fahdin

Saat bertemu dengan orang yang benar-benar engkau kasihi
haruslah berusaha untuk memperoleh kesempatan

untuk bersamanya seumur hidupmu
kerana ketika dia telah pergi

segalanya telah terlambat

Saat bertemu teman yang dipercayai
rukunlah bersamanya

kerana seumur hidup manusia

teman sejati tidak mudah ditemukan


Saat bertemu penolongmu
ingat untuk berterima kasih kepadanya
kerana dialah orang yang mengubah hidupmu


Saat bertemu dengan orang yang pernah engkau cintai
ingatlah dan tersenyum untuk berterima kasih
kerana dialah orang yang membuatmu lebih mengerti

tentang kasih


Saat bertemu dengan orang yang pernah kau benci
sapalah dengan tersenyum
kerana dia membuatmu semakin teguh dan kuat


Saat bertemu dengan orang yang pernah mengkhianatimu
baik-baiklah berbincang dengannya

kerana jika bukan kerana dia
hari ini engkau tak memahami dunia ini

Saat bertemu dengan orang yang pernah diam-diam kau cintai
berkatilah dia
kerana saat kau mencintainya
bukankah kau berharap dia bahagia


Saat bertemu dengan orang yang tergesa-gesa meninggalkanmu
berterima kasihlah
bahawa dia pernah ada dalam hidupmu
kerana ia adalah bahagian dari nostalgiamu


HIDUP BIARLAH SELALU MENGHARGAI


Terima kasih kepada yang pernah menjadi sebahagian nostalgiaku .... terima kasih kepada semua yang mengenali diri ini. Andai perjalanan hidup ini benar-benar mematangkan aku. maka kalian adalah sebahagian dari kematangan itu..


p/s = begitu tertarik ketika kali pertama saya membacanya. maka saya kongsikan dengan rakan sekalian ...