Kasih Bertaut

fahdin

Esok aku akan pulang ke kampung. Maklumlah cuti semester pun sudah bermula sehingga penghujung Disember. Bermakna selama tempoh itulah juga blog aku nih menyepi. Apapun aku mengharapkan tamatnye cuti akan datang menjadi permualaan yang baik buat aku umumnya dan blog nih khususnya. Selamat tinggal semua. Jumpa lagi nanti..



Mintak maaf atas segala kekurangan dan kesilapan diri

Assalamualaikum

fahdin

Herm...semester ini sudah tamat. Hati sape tak melonjak riang. Termasuk aku yang dah lama tak balik kampung. Bukannya apa, rindu ler kat keluarga. Tapi selain sedara mare kat kampung yang aku rindu ade lagi buah hati yang dah lame aku tak belek dan belai. haha

Ape lagi kalau bukan setem kesayangan kat dalam bilik yang aku rase dah bersawang sebab dah lama tak balik. So tak de sape yang masuk. Rindu bangat. Macam manalah agaknye keadaan setem-setem aku tuh. masih baik ker atau pun dah dikebas tikus dan lipas, tak pun adik aku bawak pegi sekolah dan kekah kat kawan-kawan die. Biasalah kan.

Sebab sesetengah orang berpendapat mengumpul setem nih hobi budak-budak sekolah. lepas tuh semua tah kemana. adelah sekerat dua yang masih setia dengan hobi nih. Antaranya ialah aku dan kamu-kamu yang sehobi denganku.

Minggu lepas Pos Malaysia baru melancarkan keluaran setem diorang yang terbaru pada 11.11.08 . dah lah time tuh musim peksa. Aku tak kesah janji aku dapat ape yang aku nak. Haha. So aku pun pergilah kat Pejabat Pos Daya Bumi. Beruntung la dapat dok dekat dengan Daya Bumi.

Memang puas bile apa yang kite nak ade dalam tangan. Lepas tuh aku masuk galeri setem plak kat tempat yang sama. Galeri nih ade mempamerkan setem-setem yang lepas-lepas termasuk yang klasik. Setem tahun yang lepas-lepas pun masih ade lagi dijual kat situ.

Aku memang dah lama nak cari setem yang lepas-lepas sebab banyak set setem aku yang tak lengkap lagi. Pilih punya pilih, akhirnya aku menghabiskan sekitar Rm45 semata-mata kerana setem. Kawan aku bukan main lagi membebel sepanjang jalan. Aku tak kisah asalkan aku puas. Bahkan aku merasakan minatku terhadap setem semakin membara.

Kepada yang ade kelapangan bolehlah ke BERJAYA TIMES SQUARE pada 1-7 DIS nih dari pukul 10pg hingga 10mlm sebab ade pesta MINGGU SETEM 2008. Macam-macam ada. Antaranya ialah jualan setem, jualan pasport filateli, game dan lain-lain.

Dan sesiapa yang tak minat kumpul setem, bolehlah menyumbang setem korang kat aku yang tak pernah puas dengan setem yang aku ada. haha. Jangan lupe
Labels: 0 comments | edit post
fahdin

"1. 4,428 rakyat berpendapatan kurang 700 ringgit diberi bekalan air percuma sebanyak RM 10.00 sebulan.

2. Meluluskan 1000 hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan penanaman sawit.

3. RM 6 juta diperuntukan untuk sumbangan derma siswa RM 1000 seorang kepada 6000 anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.

4. RM 4.9 juta diperuntukan untuk pendidikan Islam iaitu dengan menaikan elaun guru KAFA, Penyelia KAFA, guru Tadika Islam dan mengembalikan bantuan perkapita kepada 22 buah sekolah Agama Rakyat.

5. RM 1 Juta diperuntukan untuk Takaful Kifalah kepada warga emas berusia 65 tahun ke atas, setiap waris akan diberi sumbangan RM 1000 bagi meringankan beban pengebumian jenazah.

6. RM 4.88 juta pula diperuntukan untuk menaikan elaun bulanan Ketua Kampung dari RM 200 ke RM 400, dan elaun Setiausaha JKKK sebanyak RM 200 sebulan

7. Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat dengan memperuntukan RM 2 juta. Tabung ini ditubuhkan bagi tujuan membantu dan memelihara kebajikan rakyat yang menghadapi kesusahan seperti mengalami penyakit kronik, anak-anak yatim, ibu tunggal, kebajikan ahli keluarga mangsa ISA, warga tua dan Orang Kurang Upaya (OKU), menaikkan bantuan kebajikan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan mengikut kategori dengan kadar minimum RM 200 dan tidak melebihi RM 400.

8. Menubuhkan Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil tanpa faedah bagi membantu ibu tunggal menceburi perniagaan kecil dan juga peniaga-peniaga kecil dengan peruntukan sebanyak RM 1 juta.

9. RM 2 Juta diperuntukan kepada Urusetia Hal Ehwal Bukan Islam bagi tujuan membantu orang-orang bukan Islam dalam menjalankan dan mengamalkan aktiviti kebudayaan, keagamaan serta pendidikan.

10. Peruntukan EXCO dinaikan dari RM 100 ribu ke RM 150 ribu setahun, manakala ADUN dari RM 150 ribu setahun ke RM 200 ribu setahun.

11. Menaikkan Tabung Pusingan Bantuan Bencana Alam kepada seluruh Pejabat Daerah dari RM 30 ribu ke RM 50 ribu.

12. Meluluskan 138 kawasan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) khas untuk setinggan yang melibatkan kawasan seluas 4,299 ekar dan boleh menyediakan 34,392 lot tapak rumah. Ini bermakna 34 ribu lebih rakyat yang menempati kediaman setinggan akan memiliki tapak rumah untuk didirikan rumah kediaman.

13. RM 60 juta diperuntukan kepada JKR untuk melaksanakan pelbagai projek baru, manakala JPS pula mendapat peruntukan sebanyak RM 8.82 juta untuk rancangan tebatan banjir.

( dipetik daripada http://www.tranungkite.net/ . Dikhabarkan Bajet 2009 ini telah diluluskan Dewan Undangan Negeri Perak yang bersidang sejak Isnin lepas yang telah meluluskan Enekmen Perbekalan 2009 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2009 apabila Speaker Dewan, V. Sivakumar memberi peluang kepada dewan untuk mengundi secara suara. )
Labels: 0 comments | edit post