Kasih Bertaut

fahdin

Saat bertemu dengan orang yang benar-benar engkau kasihi
haruslah berusaha untuk memperoleh kesempatan

untuk bersamanya seumur hidupmu
kerana ketika dia telah pergi

segalanya telah terlambat

Saat bertemu teman yang dipercayai
rukunlah bersamanya

kerana seumur hidup manusia

teman sejati tidak mudah ditemukan


Saat bertemu penolongmu
ingat untuk berterima kasih kepadanya
kerana dialah orang yang mengubah hidupmu


Saat bertemu dengan orang yang pernah engkau cintai
ingatlah dan tersenyum untuk berterima kasih
kerana dialah orang yang membuatmu lebih mengerti

tentang kasih


Saat bertemu dengan orang yang pernah kau benci
sapalah dengan tersenyum
kerana dia membuatmu semakin teguh dan kuat


Saat bertemu dengan orang yang pernah mengkhianatimu
baik-baiklah berbincang dengannya

kerana jika bukan kerana dia
hari ini engkau tak memahami dunia ini

Saat bertemu dengan orang yang pernah diam-diam kau cintai
berkatilah dia
kerana saat kau mencintainya
bukankah kau berharap dia bahagia


Saat bertemu dengan orang yang tergesa-gesa meninggalkanmu
berterima kasihlah
bahawa dia pernah ada dalam hidupmu
kerana ia adalah bahagian dari nostalgiamu


HIDUP BIARLAH SELALU MENGHARGAI


Terima kasih kepada yang pernah menjadi sebahagian nostalgiaku .... terima kasih kepada semua yang mengenali diri ini. Andai perjalanan hidup ini benar-benar mematangkan aku. maka kalian adalah sebahagian dari kematangan itu..


p/s = begitu tertarik ketika kali pertama saya membacanya. maka saya kongsikan dengan rakan sekalian ...