Kasih Bertaut

fahdin


Anak-anak di Palestina
buminya rekah dan resah
dicekau senjata dan dengki;
batinnya terasak rosak
dicakar dendam yang ngeri.
Kini mentari tenat dan remuk,
cinta ditelan sekam malam.
Bumi Palestina cacat dan sakit,
sengat, racun menyentap nafasnya.
Antara duri dan kerikil mencengkam,
tempur dan cungap bersanggah,
mulut-mulut muda terus berdarah.

Anak-anak Palestina yang resah,
bara berang mengunyah alamnya
meretakkan watak dan wajah,
derita paling sengsara.
Bunga-bunga kering berapungan–
darah membuak berontak.
Kekacauan menggigit kalut jiwa–
cacar dan cemar; getir dan perit;
gigil dan hangus. Nisan yang nisan.
Api yang api. Api dan api.

Anak-anak Palestina bentengnya cekal.
Bapa-bapa nazak di sisi pusara;
ibu-ibu asuhi warisan yang garang–
mereka tenaga gempa
yang panjang menggugat
tank, kopter dan peluru, menggelorakan
wira yang syahdu.

Musafir Palestina yang termangsa
mendobrak peragut akar watan.
Mereka – pewaris sabar dan waja
mengasihi setiap pasir buminya
–melawan taufan syaitan
yang merasuk pelosok buananya–
penuh gamam, penuh dendam.
Mereka retak yang tajam. Denyut menyala.
Mereka kawah marak paling merah.
Dan sengat zaman.

Anak-anak Palestina yang tergugah,
unta-unta tersisih yang luka–
dalam kedurjanaan liar kasar,
dalam kemusnahan golak gelegak–
belajar hidup utuh dan indah
mengutip sisa dan nadi maruah
daripada sejarah yang kusut.
Mereka rahsia telaga mesra,
pohon-pohon kurma remaja,
diranumi nurani
amarah dan sumpah bangsa
yang pantang menyerah.

Dan di sini–
angin Ranau, nafas Semantan, degup Melaka,
mengucupi jantungmu yang terkelar.
Anak-anak Palestina yang tabah,
unta-unta tersingkir yang cedera,
sengat racun menyentap nafasnya.
Angin Ranau, nafas Semantan, degup Melaka,
suara saka, sakti dan sasa
menggemakan jerit dan raungmu. Dan kau,
dalam debu dan udara yang bisa,
kawah ledak saling gelegak,
enggan hangus atau pupus; dan enggan kalah.

-A Samad Said




Ihsan dari Nota Jalanan
fahdin
Bismillah ....

Pertamanya nak ucapkan selamat menyambut tahun baru. Di harap usia yang semakin bertambah ini mematangkan lagi fikiran. Cerita tengtang matang ini mengingatkan aku pengalaman yang mengajar aku apakah makna matang dan tanggapan manusia terhadap kematangan.

Kisah ini berlaku ketika aku masih belajar di peringkat asasi sekitar pertengahan tahun 2006. Waktu itu aku dan seorang kenalan dalam sebuah bas yang bertolak dari Bidor ke Ipoh untuk bercuti di rumahnya yang terletak di Pulau Pinang sambil melancong di sana.



Jom becuti ...best2



Oleh kerana dah lama tak naik bas ke ipoh, aku pun bertanye pade 2 orang perempuan yang lebih kurang sebaya atau muda setahun dua dari aku yang duduk sebarisan dengan kami. Maka berlakulah perbualan mudah antara aku (A) dan perempuna tuh (B)


(A) "Nanti bas ni trun kat Medan Gopeng erk?"

(B) "Yup."

(A) "Owh ok. Terima kasih."

Lega la hati. Tak payah nak terjengok-jengok takut terlepas pulak Medan Gopeng.

(B) "Sebenarnye kitorang pun nak turun kat sane jugak."

(A) "Owh iye? Ok."

(B) "Awak orang mane ye?" <- tetibe kan? Dah la mengantok. Ada pulak orang ajak sembang.

(A) "Erm, org $^&%?@!"

(B) "Eh awak kenal tak Si Bedah (name rekaan sebab dah lupe)? Ala yang duduk kat &^%$#@*. Kenal tak? <- Motip? Cari sedare hilang ker?

(A) "Saye tak kenal." <- Jujur. Dah tak kenal

(B) "Alah ....., Yang ..... " <- Entah segala ciri yang dibagi. Memang aku tak kenal.

(A) "Saye tak kenal"

(B) "Eh, sekampung pun tak kenal." <- La.... Dah tak kenal.

(A) "....." <- malas nak jawab.



Ko ni ape masalah sebenarnye?
Ko ingat aku kerja banci dari rumah ke rumah ke?



Lepas tuh aku pun dengarlah sesi mengumpat dan mengkritik antara dia (B) dengan kawannya (C) yang dari tadi asyik tersengih-sengih.


(B) "Tak matang betul mamat sebelah kita nih."

(C) "Ha ah, tak pandai nak layan perempuan."

(B) "tak macam balak kite kan? Matang ...."

(C) "Ha ah kan?"



Balak I matang keh.
Die pandai melayan perempuan macam I


Aku dengan kawan aku hanya tersenyum. Tak mahu membalas. Mungkin ada perkara yang perlu kita diamkan. Dan hari ini aku nukilkan untuk kita fikirkan bersama.

Apakah makna dan sejauh manakah erti kematangan pada diri anda? Adakah anda bersefahaman seperti 2 orang gadis tadi. Sayang rasanya bila kita mentafsir apa itu kematangan tanpa memahami erti kematangan itu sendiri.