Kasih Bertaut

fahdin




Pagi itu cerah. Ahmad sudah berada di pinggir padang dengan pakaian sukannya. hari ini adalah hari yang besar buatnya. dia perlu membuktikan kemampuannya mengatasi yang lain. Dia siap. Siap untuk pertandingan akhir. selang beberapa minit, namanya dan nama peserta akhir yang lain dipanggil ke tengah padang. 

Dia berdiri di garisan yang paling hujung. sesekali matanya menangkap susuk tubuh pesaingnya. jauh lebih besar dan tinggi kalau dibandingkan dirinya. Tapi dia tidak gentar. sesekali dia menghenjakkan kaki dan mengurut-urut lehernya untuk meregangkan otot. hari ini hari penentu. sama ada dia akan membawa pulang pingat emas atau pulang dengan tangan kosong. namun dalam hatinya tuntas. Emas. \

Saat semua peserta sedang bersedia meletakkan kedua-dua tangan ke tanah selepas mendengar kalimah "kegarisan" .. Ahmad masih berdiri. tangannya ditadah, kepalanya mendongak ke langit. mulutnya terkumat-kamit menutur sesuatu. kemudian baru dia ke posisi yang sepatutnya.



Selepas sahaja bunyi tembakan kedengaran, Ahmad terus memecut. pandangannya tajam. betul-betul menuju ke garisan penamat. dia tidak peduli dia di kedudukan ke berapa. yang penting dia harus sampai merentap tali penamat dengan tubuhnya sebelum yang lain melakukan hal itu. Di langkah-langkah terakhir, dia memejamkan mata dan terus melangkah.

Selang beberapa saat, bunyi tepukan dan sorakan bergema di setiap penjuru padang. Pemenangnya sudah ada. Dan ternyata, Ahmadilillah pemenang itu. Hatinya berombak kencang dengan sisa-sisa nafas yang masik bersesak-sesak mengasah hidungnya. 

Saat namanya dipanggil untuk menerima pingat, penyampai bertanyakan sesuatu. "Pasti kamu sedang berdoa agar Allah menangkan kamu saat kamu menadah tangan tadi. Kan?" Ahmad hanya tersenyum sambil menjawab. "Tidak adil rasanya untuk aku berdoa agar Allah kalahkan yang lain." wajah penyampai sedikit berkerut. Ahmad menyambung "Cukuplah aku berdoa agar aku tidak menangis jika aku kalah." ... Kata-kata Ahmad membuatkan ramai orang tersentuh dam memberi tepukan yang gemuruh buatnya ...