Kasih Bertaut

fahdin

Lembah Pantai 8 Ogos 12.32p.m DYTM Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah menitahkan agar Naib Canselor Universiti Malaya Prof. Dr. Ghauth Jasmon menyampaikan junjungan penghargaan dan sekalung pujian atas penganjuran Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM’09) Khamis
lalu.

“Baginda menitahkan kepada saya untuk memberitahu kepada sidang hadirin sekalian bahawasanya baginda merasa kagum dan merasakan ini merupakan FESKUM yang terbaik setakat ini.”

.Demikian pengumuman spontan Naib Canselor tersebut dalam Majlis Adat Istiadat Konvokesyen Universiti malam tersebut.

Sidang hadirin yang hadir ke majlis perasmian itu juga turut menyaksikan baginda Raja Dr Nazrin Shah membisikkan perkara tersebut kepada beliau ketika sesi penganugerahan cenderahati kenangan kepada baginda.

Yang dipertua Majlis perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM),Ridzuan Mohamad ketika dihubungi menyatakan rasa bangga beliau atas pujian tersebut serta merakamkan ribuan terima kasih kepada seluruh jawatakuasa yang terlibat dalam menjayakan majlis perasmian petang tadi.

Sebelum itu,pengarah FESKUM 09,Syazwan Ahmad dalam ucapannya menyatakan tentang perubahan serta kelainan yang akan di bawa pada FESKUM kali ini adalah adalah berteraskan enam halatuju utama yang telah digariskan iaitu intelektual,perpaduan,kebudayaan dan kesenian,sukan dan kesihatan,keisahawanan dan kerjaya serta modal insan.

Hasrat dan wawasan tersebut juga dilihat turut disokong bersama oleh Prof dr Ghauth Jasmon yang turut berucap dalm majlis tersebut.Selain itu,beliau juga berhasrat agar budaya usahawan dan nilai kepimpinan yang ada pada mahasiswa terus dikembangkan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Majlis Perasmian tersebut yang bermula pukul 3 petang turut diserikan dengan persembahan sajak,tarian dan persembahan seni alat muzik dari kolej-kolej kediaman dan pusat kebudayaan universiti tersebut.-UMtoday

P/s = tahniah kepada penganjur. Feskum kali ni lebih ilmiah. Tak payah habiskan banyak duit nak jemput artis buat konsert yang tade beri manfaat langsung. Sebaliknya membakar pengaruh hedonisme dalam kalangan mahasiswa.

Labels: 0 comments | edit post
fahdin



Bismillah ....

Dah lame aku tak kongsi cerita tentang tarantula kesayangan aku nih .... Dah betambah besar ke? Dah betambah bilangan spesis ke?

So hari ni aku rase nak kongsi gambar-gambar yang sempat aku ambil.... harap anda semua enjoy ...


1) 3" Brazilian Giant White Knee


2) Chilean Rose

3) Mexican Red Knee


4)Orange Baboon Tarantula




5&6) Salmon Pink Bird eater

7) Singapore Blue




8) C. Andersoni
9) Scorpling


P/s : ini actual specimen yang aku ade. Maklumlah, dah ade kamera baru ... eheh =p
Labels: 0 comments | edit post