Kasih Bertaut

fahdin

Bismillah ....

Setinggi kesyukurasn kepada Tuhan Pencipta seluruh alam dan seisinya. Selawat dan salam buiat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Herm, sekian lama menyepi membuatkan blog ini sedikit bersawang. Maklumlah, masa untuk beristirehat setelah bergelumang dengan masyarakat kampus dan kertas-kertas nota dan ujian. Akhirnya Allah memberi sedikit kelonggaran untuk merasai nikmat rehat. Namun pada acik, rehat itu tidak bermakna berhenti. Selagi ada peluang dan kesempatan serta ruang, selagi itu jari jemari ini terus menari menaip kisah dan perkongsian bersama. Biar sedikit asalkan ada.

Bila dikenangkan kembali, kepenatan dan tekanan apabila menyelam sebagai pelajar, sedikit sebanyak mengganggu-gugat kesabaran dan ketabahan dan kadang kala mengundang putus asa dan mungkin air mata. Badan dan minda jadi lemah. Tapi lemah itu tak bermakna kalah.

Semasa di musim peperiksaan, sempat berbincang dengan teman-teman. Sekadar sembang kosong mengisi waktu rehat setelah mengadap nota dan buku. haha. Biasalah. Kadang-kadang tabiat 'last minute' tetap menjadi pilihan walaupun tahu tabiat tersebut betul-betul membawa kita ke tepi juram sama ada lulus atau gagal..tak kurang juga cemerlang. satu lagi tabiat ialah soalan spot walaupun kita tahu tabiat menspot soalan bererti taruhan hidup atau mati. kerana kita hanya tahu dan pada acik tahu tak bermakna sedar. Sekian lama acik masik di tahap tahu, belum sedar. begitulah lebih kurang.

Tak kiralah sama ada yang sedar ataupun tahu, yang pasti ada yang mampu tersenyum girang walaupun dia hanya tahu, dan ada yang bermasam muka walaupun dia sedar. maklumlah, kadang-kadang nasib tidak menyebelahi kita. Tapi anggaplah semua ini ujian buat kita. bagi yang tahu dan bagi yang sedar. Ujian tak bermakna menyakitkan. Yang pasti Allah tidak pernah menzalimi hambanya. Yakinlah! Bukan percaya. Kerana pada Acik, percaya itu tak bermakna yakin.

Cukuplah 5 perkara dahulu untuk difikirkan... maklumlah... biar sedikit asalkan ada. InsyaAllah jika ada kelapangan, akan kita bincangkan lagi nanti...

Wallahua'lam.