Kasih Bertaut

fahdin

Ini getusan aku
Sebagai anak muda
Bahasaku memang Nampak kasar
Tapi kekasaranku tidak melukis kebodohan …

Aku peduli apa
Dengan kelukaan hati
Aku tak kisah
Kerana aku juga punyai hati
Bahkan lebih terluka
Lebih sakit.

Pergi mampus kau
Bila hatimu direntap sepi
Aku tak kisah
Kerana aku sendiri  dalam kesepian
Bahkan lebih sayup
Lebih dalam



“luka sepi” – 2 Syawal 1434 , 9 ogos 2013

“ puisi ini aku hadiahkan buat mereka-mereka yang sedang mengisi jalan hidupku. Saat ini aku ceritakan kesedihan hati bila kita akan berpisah”