Kasih Bertaut

fahdin
Bismillah ... Saya ingin mengucapkan selamat tahun baru bagi sahabat pembaca muslim.


Labels: 0 comments | edit post
fahdin



Kaedah menangani konflik
Pelbagai kaedah boleh digunakan apabila berhadapan dengan kontrovesi. Kebanyakan kaedah berfokuskan kepada mengekalkan perhubungan dan penyelesaian isu dan yang lain lebih cenderung kepada keputusan yang negatif. Di antara kaedah yang biasa digunakan ialah :
· Mengelaksesetengah orang cuba untuk menyelesaikan keseluruhan situasi konflik manakala sesetengahnya cuba untuk mengelakkan sesetengah jenis konflik. Dengan strategi mengelak biasanya tidak memberi kita kepuasan yang tinggi.
· Melambatkan ( menangguhkan ) satu strategi yang melambatkan tindakan yang cuba untuk meredakan situasi sekurang-kurangnya untuk sementara waktu sahaja.
· Konfrantasi boleh dibahagikan kepada kalah atau menang strategi (kuasa) dan menang atau menang strategi. Strategi kuasa termasuk menggunakan kaedah fizikal, rasuah dan hukuman. Tektik ini adalah berjaya dari sudut mencari menang dan kalah.
· Arbitration (timbangtara) timmbangtara selalunya berkesudahan dengan strategi berlawan. Apabila kedua-dua belah pihak sama kuat dan sama benar akan menyebabkan pihak ketiga akan diminta untuk menyelesaikan konflik. Pihak yang kalah selalu merasa bahawa pihak ketiga yang diminta untuk membuat pengadilan adalah tidak adil. Walaupun penyelesaian konflik telah dicapai tetepi ketidakpuasan pihak terbabit akan menyebabkan konflik baru timbul.
· Mengundi mengundi adalah satu kaedah berlawan yang bertamadun. Ketegangan boleh dielakkan dengan cara pengundian sekiranya terdapat sebab-sebab yang berikut :
1. sukar bagi calon dalam konflik mengubah penderitaan terhadap sesuatu isu sekiranya mereka terlibat. Contoh kempen pilihanraya
2. mereka percaya dan berpegang kepada prinsip atau kepada organisasi yang memegang mereka bersama dalam perhubungan yang berterusan
3. calon akan secara dasarnya mematuhi suara rama
· bertolak ansurstrategi ini mengguunakan kaedah rundingan dan tawar menawar untuk menyelesaikan pertikaian. Adalah lebih baik mendapat sesuatu daripada tidak mendapat apa-apa langsung.
· Sebulat suara keputusan sebulat suara akan menyebabkan konflik dapat diselesaikan.apabila kedua-dua pihak mempunyai keputusan yang sama, keputusan sebulat suara boleh dicapai.
· Gabungan gabungan adalah penyelesaian konflik yang paling tinggi. Strategi penggabungan mengelakkan kita menggunakan akal fikiran, sumber dan nilai untuk menungkatkan kemungkinan kemenangan. Dalam strategi menang manang bertujuan menyelesaikan konflik yang memuaskan hati semua pihak yang terlibat di dalam konflik.

bahagian seterusnya Akan menyusul InsyaAllah.
fahdin



Bagaimana konflik boleh timbul ?
Dapatlah dikenalpastikan bahawa konflik berpunca daripada perkara-perkara berikut :
§ Masalah komunikasi iaitu kegagalan memahami seseorang, seperti memahami perasaan dan idea
§ Konflik nilai antara dua individu akibat perbezaan pendirian, kepercayaan dan jangkaan atau harapan.
§ Daya kepimpinan yang kurang berkesan atau kegagalan membuat keputusan. Konflik berpunca daripada kurang persetujuan mengenai ‘siapa yang berkuasa’ dan ‘bagaimana kita melaksanakan sesuatu’.
§ Perselisihan pendapat mengenai peranan yang dimainkan dan ekspektasi terhadap main peranan.
§ Produktiviti rendah yang diakibatkan oleh kegagalan mencapai matlamat atau melaksanakan tugasan yang diberikan.
§ Perubahan yang membawa kepada ketidak seimbangan yang berpunca daripada sesuatu yang diluar jangkaan.
§ Konflik lama yang masih belum selesai yang diumpamakan seperti parut luka lama yang boleh berdarah kembali.

Kitaran Konflik
Konflik-konflik yang wujud dapat digambarkan dalam satu kitaran konflik dan terkandung di dalamnya; pembinaan ketegangan, peranan yang mewujudkan dilema, pakatan yang tidak adil, konfrantasi dan pengubahsuaian.
  • Pembinaan ketegangan berpunca daripada kegagalan mencapai persetujuan atau kesepakatan yang mewujudkan pepecahan atau berpuak-puak.
  • Peranan yang mewujudkan dilema berpunca daripada persoalan mengenai ‘apa yang terjadi’, ‘siapa yang betul’ dan ‘siapa harus saya pilih’.
  • Pakatan yang tidak adil boleh wujud apabila wujud pihak-pihak yang ingin meraih sokongan dan cuba meraih kemenangan.
  • Konfrantasi wujud apabila berlaku pertembungan dua pihak saling menegakkan pendirian. Namun konfrantasi boleh dikurangkan atau dielakkan apabila dua pihak sudi melakukan pengubah suaian.
  • Pengubahsuaian akan berlaku apabila satu pihak lebih kuat berbanding pihak lain dan pihak yang kuat akan menang dan mendominasikan keadaan tetapi akan wujud konflik. Jika dua-dua pihak sama kuat, maka akan wujud ‘perang dingin’ dan suatu pihak akan cuba melemahkan pihak lain. Mereka mungkin saling mengelak, namun apabila mereka sudi berkompromi maka mereka akan menang sebahagian dan kalah sebahagian. Kerjasama adalah perlu dan pengambilan bahagian yang aktif akan membawa kepada manfaat kepada kedua-dua pihak.
  • Kompromi sebenarnya tidak mengorbankan prisip utama tetapi sekadar mengorbankan prinsip yang kurang penting dan inilah pengubah suaian yang dikehendaki. 
 
 Bahagian 3 akan menyusul InsyaAllah
fahdin




Pengenalan
 
Perbezaan pendapat adalah suatu yang biasa dalam sesuatu organisasi atau kumpulan. Apabila manusia dari pelbagai latar belakang ingin membuat suatu keputusan bersama mereka dijangka akan menghadapi satu masalah iaitu ketidak sepakatan dalam membuat keputusan. Dalam mencari jalan penyelesaian terhadap kewujudan konflik ini, ia mungkin akan membawa kepada pertambahan kekuatan organisasi atau tindakan mereka akan menjadi lebih berkesan. 

Kelahiran konflik amat berkait rapat dengan kewujudan perhubungan manusia. Jenis-jenis perhubungan yang boleh menerbitkan konflik ialah :
i. Percanggahan keinginan atau matlamat
ii. Perbezaan idea tentang cara atau kaedah pencapaian matlamat
iii. Ketidak fahaman atau nilai dan perasaan peribadi yang tersembunyi

Dalam membuat keputusan yang memerlukan suara ramai, walaupun matlamat telah dipersetujui bersama, namun cara untuk melaksanakan matlamat tersebut boleh mengundang konflik.

Mencari Kesepakatan
Dalam menyelesaikan kewujudan konflik, semua pihak harus mencari satu kesepakatan dalam mencari matlamat dan kepentingan yang boleh dikongsi bersama.

Ini merupakan asas kepada penyelesaian percanggahan yang wujud. Membangkitkan isu dalam bentuk persoalan biasanya akan memudahkan jalan penyelesaian yang mampu memuaskan hati semua pihak. Perkara-perkara berikut amat membantu seseorang untuk :

· Mengenalpasti dan sedar akan percanggahan yang wujud
· Bimbingan terbuka, komunikasi berkesan dan aktif mendengar
· Kekal pada objektif utama, misalnya kepada isu dan bukan kepada individu
· Cari satu persetujuan bersama mengenai matlamat
· Jika perlu buat pengubahsuaian, misalnya bagi mendapat kepastian dan keputusan.
· Perlu diingatkan bahawa percanggahan idea boleh membawa kepada kumpulan yang lebih mantap dan efektif


Konflik sebagai Percanggahan Pendapat
Konflik boleh juga dianggap sebagai satu percanggahan pendapat. Oleh yang demikian, adalah lebih mudah untuk kita melihat konflik sebagai suatu kebiasaan dalam suatu kumpulan komuniti dan perhubungan. Konflik lebih cenderung menggoyahkan keharmonian suatu kumpulan, malah boleh juga membawa kepada beberapa bentuk kerosakan. Malah kelahiran perasaan kurang senang atau bersalah akan cuma mengurangkan kecergasan kumpulan. Namun konflik juga boleh menerbitkan idea baru, menjurus kepada jalan penyelesaian yang lebih kreatif dan mengekalkan tahap penumpuan ahli terhadap kepentingan kumpulan. Selain itu, konflik boleh digunakan untuk membentuk kumpulan yang lebih responsif kepada ahli.

Al-Quran telah mengajar kita supaya bekerjasama, hidup bersama-sama dan saling menghormati antara satu sama yang lain.
"wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali." (Al-Hujuraat;49:13)

Bahagian 2 akan menyusul nanti ...