Kasih Bertaut

fahdin




Pengenalan
 
Perbezaan pendapat adalah suatu yang biasa dalam sesuatu organisasi atau kumpulan. Apabila manusia dari pelbagai latar belakang ingin membuat suatu keputusan bersama mereka dijangka akan menghadapi satu masalah iaitu ketidak sepakatan dalam membuat keputusan. Dalam mencari jalan penyelesaian terhadap kewujudan konflik ini, ia mungkin akan membawa kepada pertambahan kekuatan organisasi atau tindakan mereka akan menjadi lebih berkesan. 

Kelahiran konflik amat berkait rapat dengan kewujudan perhubungan manusia. Jenis-jenis perhubungan yang boleh menerbitkan konflik ialah :
i. Percanggahan keinginan atau matlamat
ii. Perbezaan idea tentang cara atau kaedah pencapaian matlamat
iii. Ketidak fahaman atau nilai dan perasaan peribadi yang tersembunyi

Dalam membuat keputusan yang memerlukan suara ramai, walaupun matlamat telah dipersetujui bersama, namun cara untuk melaksanakan matlamat tersebut boleh mengundang konflik.

Mencari Kesepakatan
Dalam menyelesaikan kewujudan konflik, semua pihak harus mencari satu kesepakatan dalam mencari matlamat dan kepentingan yang boleh dikongsi bersama.

Ini merupakan asas kepada penyelesaian percanggahan yang wujud. Membangkitkan isu dalam bentuk persoalan biasanya akan memudahkan jalan penyelesaian yang mampu memuaskan hati semua pihak. Perkara-perkara berikut amat membantu seseorang untuk :

· Mengenalpasti dan sedar akan percanggahan yang wujud
· Bimbingan terbuka, komunikasi berkesan dan aktif mendengar
· Kekal pada objektif utama, misalnya kepada isu dan bukan kepada individu
· Cari satu persetujuan bersama mengenai matlamat
· Jika perlu buat pengubahsuaian, misalnya bagi mendapat kepastian dan keputusan.
· Perlu diingatkan bahawa percanggahan idea boleh membawa kepada kumpulan yang lebih mantap dan efektif


Konflik sebagai Percanggahan Pendapat
Konflik boleh juga dianggap sebagai satu percanggahan pendapat. Oleh yang demikian, adalah lebih mudah untuk kita melihat konflik sebagai suatu kebiasaan dalam suatu kumpulan komuniti dan perhubungan. Konflik lebih cenderung menggoyahkan keharmonian suatu kumpulan, malah boleh juga membawa kepada beberapa bentuk kerosakan. Malah kelahiran perasaan kurang senang atau bersalah akan cuma mengurangkan kecergasan kumpulan. Namun konflik juga boleh menerbitkan idea baru, menjurus kepada jalan penyelesaian yang lebih kreatif dan mengekalkan tahap penumpuan ahli terhadap kepentingan kumpulan. Selain itu, konflik boleh digunakan untuk membentuk kumpulan yang lebih responsif kepada ahli.

Al-Quran telah mengajar kita supaya bekerjasama, hidup bersama-sama dan saling menghormati antara satu sama yang lain.
"wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali." (Al-Hujuraat;49:13)

Bahagian 2 akan menyusul nanti ...
Labels: edit post
1 Response
  1. Unknown Says:

    mohon share utk esaimn..syukran


Post a Comment