Pagi itu cerah. Ahmad
sudah berada di pinggir padang dengan pakaian sukannya. hari ini adalah hari
yang besar buatnya. dia perlu membuktikan kemampuannya mengatasi yang lain. Dia
siap. Siap untuk pertandingan akhir. selang beberapa minit, namanya dan nama
peserta akhir yang lain dipanggil ke tengah padang.
Dia berdiri di garisan
yang paling hujung. sesekali matanya menangkap susuk tubuh pesaingnya. jauh
lebih besar dan tinggi kalau dibandingkan dirinya. Tapi dia tidak gentar.
sesekali dia menghenjakkan kaki dan mengurut-urut lehernya untuk meregangkan
otot. hari ini hari penentu. sama ada dia akan membawa pulang pingat emas atau
pulang dengan tangan kosong. namun dalam hatinya tuntas. Emas. \
Saat semua peserta
sedang bersedia meletakkan kedua-dua tangan ke tanah selepas mendengar kalimah
"kegarisan" .. Ahmad masih berdiri. tangannya ditadah, kepalanya
mendongak ke langit. mulutnya terkumat-kamit menutur sesuatu. kemudian baru dia
ke posisi yang sepatutnya.
Selepas sahaja bunyi
tembakan kedengaran, Ahmad terus memecut. pandangannya tajam. betul-betul
menuju ke garisan penamat. dia tidak peduli dia di kedudukan ke berapa. yang
penting dia harus sampai merentap tali penamat dengan tubuhnya sebelum yang
lain melakukan hal itu. Di langkah-langkah terakhir, dia memejamkan mata dan
terus melangkah.
Selang beberapa saat,
bunyi tepukan dan sorakan bergema di setiap penjuru padang. Pemenangnya sudah
ada. Dan ternyata, Ahmadilillah pemenang itu. Hatinya berombak kencang dengan
sisa-sisa nafas yang masik bersesak-sesak mengasah hidungnya.
Saat namanya dipanggil
untuk menerima pingat, penyampai bertanyakan sesuatu. "Pasti kamu sedang berdoa agar Allah menangkan kamu
saat kamu menadah tangan tadi. Kan?" Ahmad
hanya tersenyum sambil menjawab. "Tidak
adil rasanya untuk aku berdoa agar Allah kalahkan yang lain." wajah penyampai sedikit berkerut. Ahmad menyambung "Cukuplah aku berdoa agar aku tidak menangis jika aku
kalah." ... Kata-kata Ahmad membuatkan
ramai orang tersentuh dam memberi tepukan yang gemuruh buatnya ...
Post a Comment