Kasih Bertaut

fahdin


“Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-sunnah, bagi membentuk sikap kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.”

“Falsafah” berasal dari perkataan “Philosopia” iaitu terdiri daripada dua akar kata: “philein” bererti cinta dan “Sophia” bererti kebijaksanaan (hikmah atau wisdom).Oleh itu, falsafah dapat diertikan sebagai satu usaha untuk mencari suatu kebenaran atau keyakinan dengan suatu perkara dengan menggunakan kekuatan akal fikiran. Mengikut Falsafah Pendidikan Islam, pendidikan dan kurikulum terbaik ialah berteraskan wahyu dan berteraskan tauhid. Menurut Al-Syaibani menjelaskan bahawa falsafah pendidikan Islam ialah falsafah yang menerangkan dengan hikmah untuk menjadikan proses dan usaha pendidikan bagi satu bangsa. Pendidikan juga berperanan untuk menyediakan generasi muda dan masyarakat supaya beriman kepada Allah dan kepada apa yang diwahyukan oleh-Nya.

Falsafah pendidikan Islam bermaksud satu usaha yang berterusan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan, membentuk kemahiran dan memupuk penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah sepanjang hayat.

Falsafah pendidikan Islam juga menekankan pendidikan seumur hidup, pembangunan roh, akal dan jasad disamping menyampaikan dua fungsi iaitu sebagai hamba Allah dan juga sebagai khalifah Allah, memakmurkan alam, berasaskan kesepaduan dan kesempurnaan iman, ilmu dan amal salih bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

 

Jika diteliti dengan lebih mendalam, Falsafah Pendidikan Islam bermatlamatkan melahirkan insan yang berilmu, berkeperibadian mulia, berkemahiran dan bersikap positif untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar, dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
            Oleh kerana Islam diterjemahkan sebagai ad-din maka secara langsung ia mencakupi keseluruham ruang lingkup kehidupan manusia baik di dunia mahupun di akhirat sesuai dan sejajar dengan maksud falsafah pendidikan Islam itu sendiri. Kandungan dari setiap frasa dan maksud falsafah pendidikan Islam itu tiada tandingannya dengan mana-mana falsafah pendidikan yang ada di dunia ini.
            Secara umumnya, kandungan Dasar Pendidikan Islam ialah untuk melahirkan insan soleh yang kamil, beriman, berilmu, beramal, berakhlak. Pendidikan Islam dari segi falsafahnya bukan sahaja sekadar untuk memperlihatkan kesempurnaan Islam sebagai satu sistem hidup yang syumul tetapi juga untuk menzahirkan amalan hidup yang sebenar sebagai seorang muslim yang ada penghayatan sepenuhnya sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

            Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang bersumberkan falsafah hidup Islam kerana menggunakan prinsip Islam dalam pendidikan. Pendidikan Islam juga menegaskan bahawa menusia adalah makhluk ciptaan Tuhan dan manusia mempunyai peraturan dalam hidupnya. Oleh itu, pendidikan ini merupakan satu falsafah yang bercorak keagamaan yang menanamkan keimanan manusia kepada Allah dalam usaha membentuk manusia sebagai khalifah di muka bumi ini yang bersikap tunduk dan patuh pada Rabbnya.
fahdin


Bismillah ... Lagu ini memang indah, mengingatkan kita akan kecintaan rakyat Mesir terhadap tanah airnya ... Jom kita hayati lagu indah yang mampu menyentuh hati kecil kita ...Kat sini saya sertakan video, lirik dan terjemahan . Selamat menghayati.


يابــــــــــــــــلادى يابــــــــــــــــلادى انا بحبك يا بلادى
يابــــــــــــــــلادى يابــــــــــــــــلادى انا بحبك يا بلادى
يابــــــــــــــــلادى يابــــــــــــــــلادى انا بحبك يا بلادى
يابــــــــــــــــلادى يابــــــــــــــــلادى انا بحبك يا بلادى

قولوا لأمى متزعليش وحياتى عندك متعيطيش
قولوا لأمى متزعليش وحياتى عندك متعيطيش
قولولها معلش يا امى اموت اموت وبلادنا تعيش
امانه تبوسولى ايديها وتسلمولى على بلادى

يابــــــــــــــــلادى يابــــــــــــــــلادى انا بحبك يا بلادى
يابــــــــــــــــلادى يابــــــــــــــــلادى انا بحبك يا بلادى

فى جسمى نار ورصاص وحديد علمك فى ايدى واسمى شهيد
فى جسمى نار ورصاص وحديد علمك فى ايدى واسمى شهيد
بودع الدنيا وشايفك يا مصر حلوه ولبسه جديد
لأخر نفس فيا بناااادى باموت وانا بحب بلادى

يابــــــــــــــــلادى يابــــــــــــــــلادى انا بحبك يا بلادى
يابــــــــــــــــلادى يابــــــــــــــــلادى انا بحبك يا بلادى

طايرين ملايكة حواليا طير لحظة فراقك يا حبيبتى غير
طايرين ملايكة حواليا طير لحظة فراقك يا حبيبتى غير
همشى معاهم وهسيبك واشوف يا مصر وشك بخير
قالولى يلا ع الجنه قولتلهم الجنة بلااااادى

يابــــــــــــــــلادى يابــــــــــــــــلادى انا بحبك يا بلادى
يابــــــــــــــــلادى يابــــــــــــــــلادى انا بحبك يا بلادى

My country My country, I love you my country
Tell my mother not to feel sad
Please mom don't cry
Tell her it's alright mother
I might be dead but the country lives!
I'm asking you to kiss her hands for me, and send my greetings n hellos to my country
My country My country, I love you my country
• • In my body lays fire, bullets and shatters of iron
My flag is my hand and I'm being called a martyr
I'm bidding this life farewell yet I see you Egypt looking beautiful in your new look
till the last breath in me I'm stating," I might be dead but the country lives!"
My country My country, I love you my country
• • Angels are flying around me n flipping their wings
This moment of separation from you feels like nothing I've known
I'm leaving you and going with them (the angels) and may we meet again in good times
They told me lets go to heaven now, I said heaven is my country
My country My country, I love you my country

Labels: 0 comments | edit post
fahdin


Apa yang kita miliki sekarang adalah hasil dari usaha-usaha kecil yang kita lakukan terus menerus. Keberhasilan bukanlah sesuatu yang datang begitu sahaja. Bila kita yakin pada tujuan dan jalan kita, maka kita harus memiliki ketekunan untuk tetap berusaha.


Ketekuanan adalah kemampuan kita untuk terus bertahan di tengah gelodak tekanan dan kesulitan. Kita harus tetap mengambil langkah seterusnya. Jangan hanya berdiri di langkah pertama.


Memang makin jauh kita berjalan, makin banyak rintangan yang menghadang. Bayangkan kalau semalam kita berhenti, maka sudah pasti kita tidak akan sampai di sini sekarang ini.setiap langkah menaikkan hargi diri kita. Apapun yang kita lakukan, jangan sampai kehilangan ketekunan kita. Kerana ketekunan adalah daya ketahanan kita.




Pepatah ada mengatakan bahawa ribuan batu perjalanan kita adalah bermula dari satu langkah. Sebuah langkah yang besar sebenarnya terdiri dari banyak langkah-langkah kecil. Dan langkah pertama keberhasilan harus kita mulai daru rumah kita. Rumah kita yang paling baik ialah hati kita. Kemudian fikiran kita, dan usaha-usaha kita. Ketekunan akan hadir bila apa yang kita lakukan benar-benar berasal dari hati kita.

p/s : Allah tak akan merubah nasib kita, selagi tak usaha kepada yang lebih baik.
fahdin

Cerita yang ingin saya kongsi ini rasanya semua sudah tahu dan maklum, tapi saya ingin mengulangi kisah ini. Maklumlah, manusia kan mudah lupa .. bak kata pepatah arab " la yusamma al-insan bil-insan illa bi nisyan" tidak dinamakan manusia itu dengan manusia melainkan dengan sifat pelupa ... maka sama-samalah kita saling ingat mengingatkan .... jom hayati kisah ringkas ini ...


Suatu ketika, ada seorang pemuda lelaki yang bersifat pemarah. Untuk mengurangi kebiasaan marah si anak, ayahnya memberikan sekarung paku dan menyuruh anaknya itu memakukan sebatang paku di tiang pagar belakang rumah setiap kali dia marah. 


Hari pertama sahaja si anak telah memakukan 48 batang paku menunjukkan kekerapan marahnya itu. Namun secara berperingkat jumlah paku yang dipasakkan semakin berkurang. Dia menyedari bahawa ternyata lebih mudah dia menahan marahnya daripada memakukan paku ke tiang pagar. 

Akhirnya tibalah hari dimana si anak merasakan bahawa dia sudah mampu mengawal kemarahannya dan tidak cepat hilang kesabarannya. Dia memberitahu hal ini kepada ayahnya. Kemudian ayahnya menyuruhnya mencabut satu paku setiap hari di mana dia tidak marah. 

Hari terus berlalu dan si anak itu akhirnya memberitahu ayahnya bahawa semua paku telahpun dicabut olehnya. Lalu si Ayah mengajak anaknya ke pagar. 

“Hmm, kamu telah Berjaya anakku, tapi lihatlah lubang-lubang di pagar ini. Pagar ini tak akan pernah menjadi sama seperti sebelumnya. Ketika kamu mengatakan sesuatu dalam kemarahan, kata-katamu meningggalkan bekas seperti lubang ini … di hati orang lain. “ 

Si anak terdiam. Kemudian si ayah kembali bersuara.

“kamu dapat menusukkan pisau pada seseorang, lalu kamu mencabut pisau itu …. Tidak kiralah berapa kali kamu meminta maaf, parut luka itu akan tetap ada. Parut luka dihati kerana kata-kata samalah kekalnya seperti parut luka di tubuh badan

p/s : Kekuatan manusia bukanlah terletak pada kehebatan di medan perang, tatapi kekuatan sebenar adalah terletak pada kekuatan ketikan menaran marah.
fahdin


Cubalah untuk menguasai satu hari anda dengan niat untuk memberi. Mulainya dengan sesuatu yang kecil yang tidaklah begitu besar di mata anda. Mulai dari wang baki kecil yang mungkin kamu longgokkan dalam laci yang mungkin tercicir di sana-sini, hanya untuk satu tujuan : DIBERIKAN.

Di saat anda bersiar-siar di tengah-tengar pekan yang disimbahi perit mentari, atau saat anda berada di dalam kereta yang berhawa dingin lalu sepasang tangan kecil mengetuk cermin pintu meminta-minta. Tidak perduli bagaimanapun pandangan anda tentang kemalasan, kemiskinan dan sebagainya. Tak perlu berfikir panjang, berikanlah satu dua keping kepada mereka.



Barangkali ada rasa enggan dan kesal. Mendapkan perasaan itu seiring dengan pemberian anda. Bukankah tak seorang pun ingin memburukkan dirinya dengan menjadi pengemis. Ingat bahawa, kali ini kita hanyalah “berlatih” untuk memberi. Hulurkan tangan dengan jumlah yang tidaklah begitu memberi makna bersar buat kita. Rasakan saja sesuatu yang mengalir dari telapak tangan anda. Sesuatu yang dipanggil KASIH SAYANG.

Memberi tanpa menyoal bagai menyingkirkan batuan besar penyekat arus sungai yang mengalir. Arus sungai adalah rasa kasih dalam diri. Sedangkan batu adalah kepentingan yang berpusat pada diri sendiri. Sesungguhnya bukanlah wang atau berlian yang kamu telah berikan. Tapi kasih sayang. Kemurahan itu tidak terletak pada tangan, melainkan di hati.

P/s : Keindahan hidup pada memberi


fahdin


Seorang lelaki berhenti di sebuah kedai bunga untuk membeli sekarangan bunga yang akan dikirimkan kepada ibunya yang tinggal sejauh 250 KM darinya. Apabila dia keluar dari keretanya, dia melihat seorang gadis kecil berdiri di tebing jalan sambil menangis tersedu-sedu. Lelaki itu bertanya kenapa dan dijawab oleh gadis kecil itu “ saya ingin membeli setangkai bunga mawar merah buat ibu saya. Tapi wang saya tidak mencukupi.”

Lelaki itu tersenyum dan berkata, “mari, abang akan belikan kamu bunga yang kamu mahukan itu.” Kemudia dia membelikan gadis kecil itu setangkai mawar merah, sekaligus memesan karangan bunga untuk dikirim kepada ibunya.

Ketika selesai dan hendak pulang, lelaki itu menawarkan diri untuk menghantar gadis kecil itu pulang ke rumah. Gadis kecil itu melonjak gembira, katanya “ ya sudah pasti. Benarkah abang mahu menghantar saya ke tempat ibu saya?” lelaki itu tersenyum dan mengangguk.

Kemudian mereka berdua menuju ke tempat yang ditunjukkan gadis kecil itu. Tempat yang dimaksudkan ialah saebuah kawasan perkuburan. Lalu gadis kecil itu meletakkan mawar merah itu di atas sebuah kubur yang masih basah.

Melihat peristiwa itu, hati lelaki itu benar-benar tersentuh dan teringatkan sesuatu. Bergegas, dia kembali ke kedai bunga tadi dan membatalkan kirimannya. Dia mengambil karangan bunga yang dipesannya dan membawanya sendiri sejauh 250KM menuju ke rumah ibunya.

( diadaptasi dari : Rose for Mama – C.W.McCall )

P/s ... Saat terindah takkan dikenang sebagai kenangan selagi tiada perpisahan yang merindukan.

fahdin


Bismillah ....

Bila kita memandang diri kita kecil, dunia ini akan kelihatan sempit, lantas tindakan kita turut jadi kecil.

Namun bila kita memandang diri kita besar, dunia ini seakan luas, kita pun melakukan perkara-perkara penting dan berharga.

Tindakan kita adalah cerminan bagaimana kita melihat dunia. Sedangkan dunia tidaklah seluas apa yang kita fikirkan tentang diri kita. Kerana itulah kita sering diajar untuk berfikiran positif terhadap diri, supaya kita mampu melihat dunia dengan lebih indah, serta bertindak selaras dengan kebaikan-kebaikan yang wujud dalam fikiran kita.

Dunia sebenarnya langsung tidak memerlukan apa-apa penilaian dari kita. Dunia hanya memantulkan apa yang ingin kita lihat, Dunia menggemakan apa yang ingin kita dengar. Saat kita berasa takut menghadapi dunia, hakikatnya kita takut untuk menghadapi diri sendiri.

Maka, tidak hanya persoalan apakah kita berprasangka baik atau tidak terhadap diri sendiri, bahkan lebih daripada itu, kita perlu jujur melihat diri kita seadanya. Dan dunia ….. akan menzahirkan realitinya yang selama ini tersembunyi di sebalik penilaian-penilaian kita.

P/s: Pada saat tertentu, kelebihan mungkin sekadar satu nilai tambah, sedangkan kelemahan ada ketikanya mampu menjadi senjata yang begitu hebat buat diri .

fahdin

Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang,
lihatlah dia sewaktu dia sangat marah;
Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya
lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca & membencinya
Jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya,
lihatlah cara dia berbincang dengan pandangan berbeza dengannya.
Labels: 0 comments | edit post
fahdin

Memikirkan dan bercerita tentang masa lalu benar-benar menjadikan aku malu pada diri sendiri. Entah kekhilafan apa yang aku telah lakukan. Biarpun kesilapanku ini tidak sehebat kisah silam Saidina Umar yang pernah membunuh anak gadisnya yang tersayang hanya kerana maruah yang direka-reka . Sedang aku pernah mencalarkan maruah sendiri ....

Memikirkan dan bercerita tentang zaman lalu juga mnjadikan aku bangga melihat diri aku pada hari ini kerana zaman lalu yang berlalu, membiarkan masa menjadi penawar merawat calaran itu sehigga parut-parut silam sembuh. Walaupun aku tidak sehebat Saidina Umar yang punyai kisah siam yang hitam kelam, namun akhirnya Dijanji sebagai penghuni Syurga Allah, namun sekurang-kurangnya aku kini menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya.

Kalau dulu aku pernah menjadikan Allah marah kepadaku, namun hari ini aku ingin meraih cintaNya kembali, kerana Dia tidak pernah menolak cinta yang dihulur hambaNya. Bahkan Dia makin hampir dengan hambaNya yang kian jauh.

Maka aku merayu dan memohon kepada teman-temanku. Maafkan aku atas keterlanjuranku yang lalu. Terimalah aku seperti aku pada hari ini, doakan kesejahteraanku, doakan aku agar menjadi teman terbaik buatmu. Doakan aku menjadi manusia yang paling beruntung kerana memiliki teman sepertimu .... Aku merayu agar kalian terus bimbingi aku ke jalan yang lurus.

Andai langkahku begitu jauh ketinggalan pimpinlah aku, andai langkahku terlalu kehadapan, tariklah aku ..aku bimbang untuk menongkah arus kehidupan sendirian ... Jalanlah beriringan denganku, agar aku punya teman saat aku perlukan.

Aku bimbang aku akan kembali seperti dulu pada masa hadapan. Maka aku merayu, tegurlah aku saat aku jauh menyimpang dari landasan.
fahdin

Time is free, but it's priceless.

You can't own it, but you can use it.

You can't keep it, but you can spend it.

Once you've lost it you can never get it back.

Labels: 0 comments | edit post
fahdin

Bismillah ...
Masih ingat lagi kisah al-Qamah?
Jom sama-sama kita hayati kisah tauladan ini.

يقال : أن شابا يسمى علقمه مرض وأشتد مرضه فقيل له قل لا اله الا الله فلم يستطع أن ينطقها بلسانه فأخبر الرسول صلى الله عليه وسلم بذلك ,

فقال عليه السلام هل له أبوان؟)

فقيل أما أبوه فقد مات, وله أم كبيره, فأرسل اليها فجاءت فسالها الرسول عن ابنها

فقالت : كان يصلي كذا وكذا ( مدحت صلاته) وكان يصوم كذا وكذا وكان يتصدق بحمله دراهم وما ندري ما وزنها وما عددها!

فقال لها عليه السلام : ( فما حالك وحاله؟) "أي كيف هو معك "

قالت يا رسول الله أنا عليه ساخطه

فقال لها ولم ذلك؟

قالت: لانه كان يؤيد امرأته ويطيعها دوني .

فقال عليه السلام : ( سخط أمه حجب لسانه عن شهادة لا اله الا الله اي انه لم يعد يعرف ان ينطق بالشهاده بسبب سخط وزعل امه عليه) ثم قال عليه السلام : ( يا بلال انطلق واجمع حطبا كثيرا حتى احرقه بالنار )

فقالت الام وهي خائفه مرعوبه : يا رسول الله ابني وثمرة فؤادي تحرقه بالنار أمام ناظري وكيف يحتمل قلبي ذلك ؟!

فقال عليه السلام (اذا كان يسرك أن يغفر الله له فأرضي عنه فوالذي نفسي بيده لا ينتفع بصلاته ولا بصيامه ولا بصدقته ما دمت ساخطه عليه) . فرفعت الام يديها الى السماء

وقالت : أشهد الله في سمائه وأنت يا رسول الله ومن حضر اني قد رضيت عنه,

فقال عليه السلام يا بلال انطلق فانظر هل يستطيع علقمه أن يقول لا اله الا الله فلعل أمه قد تكلمت مما ليس في قلبها حياءً من رسول الله(أي لم تصفح عنه من قلبها)) فانطلق بلال فلما وصل الى باب بيت علقمه سمعه يقول:لا اله الا الله ومات من يومه وغسل وكفن وصل عليه الرسول ثم قام على حافة القبر وقال
"
يا معشر المهاجرين والأنصار من فضل زوجته على امه فعليه لعنة الله ولا يقبل منه التوبه ولا الفديه ".