“Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk
menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan
as-sunnah, bagi membentuk sikap kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup
sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri,
masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan
kesejahteraan di akhirat.”
“Falsafah”
berasal dari perkataan “Philosopia” iaitu terdiri daripada dua akar kata:
“philein” bererti cinta dan “Sophia” bererti kebijaksanaan (hikmah atau wisdom).Oleh itu, falsafah
dapat diertikan sebagai satu usaha untuk mencari suatu kebenaran atau keyakinan
dengan suatu perkara dengan menggunakan kekuatan akal fikiran. Mengikut
Falsafah Pendidikan Islam, pendidikan dan kurikulum terbaik ialah berteraskan
wahyu dan berteraskan tauhid. Menurut Al-Syaibani menjelaskan bahawa falsafah
pendidikan Islam ialah falsafah yang menerangkan dengan hikmah untuk menjadikan
proses dan usaha pendidikan bagi satu bangsa. Pendidikan juga berperanan untuk
menyediakan generasi muda dan masyarakat supaya beriman kepada Allah dan kepada
apa yang diwahyukan oleh-Nya.
Falsafah
pendidikan Islam bermaksud satu usaha yang berterusan dalam menyampaikan ilmu
pengetahuan, membentuk kemahiran dan memupuk penghayatan Islam berdasarkan
al-Quran dan as-Sunnah sepanjang hayat.
Falsafah
pendidikan Islam juga menekankan pendidikan seumur hidup, pembangunan roh, akal
dan jasad disamping menyampaikan dua fungsi iaitu sebagai hamba Allah dan juga
sebagai khalifah Allah, memakmurkan alam, berasaskan kesepaduan dan
kesempurnaan iman, ilmu dan amal salih bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan
akhirat.
Jika
diteliti dengan lebih mendalam, Falsafah Pendidikan Islam bermatlamatkan
melahirkan insan yang berilmu, berkeperibadian mulia, berkemahiran dan bersikap
positif untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar, dan negara ke arah
mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
Oleh kerana Islam
diterjemahkan sebagai ad-din maka secara langsung ia mencakupi
keseluruham ruang lingkup kehidupan manusia baik di dunia mahupun di akhirat
sesuai dan sejajar dengan maksud falsafah pendidikan Islam itu sendiri.
Kandungan dari setiap frasa dan maksud falsafah pendidikan Islam itu tiada
tandingannya dengan mana-mana falsafah pendidikan yang ada di dunia ini.
Secara umumnya, kandungan
Dasar Pendidikan Islam ialah untuk melahirkan insan soleh yang kamil, beriman,
berilmu, beramal, berakhlak. Pendidikan Islam dari segi falsafahnya bukan
sahaja sekadar untuk memperlihatkan kesempurnaan Islam sebagai satu sistem
hidup yang syumul tetapi juga untuk menzahirkan amalan hidup yang sebenar
sebagai seorang muslim yang ada penghayatan sepenuhnya sebagai hamba Allah di
muka bumi ini.
Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan
Islam ialah falsafah yang bersumberkan falsafah hidup Islam kerana menggunakan
prinsip Islam dalam pendidikan. Pendidikan Islam juga menegaskan bahawa menusia
adalah makhluk ciptaan Tuhan dan manusia mempunyai peraturan dalam hidupnya.
Oleh itu, pendidikan ini merupakan satu falsafah yang bercorak keagamaan yang
menanamkan keimanan manusia kepada Allah dalam usaha membentuk manusia sebagai
khalifah di muka bumi ini yang bersikap tunduk dan patuh pada Rabbnya.
almost cases of lipoma growth incline exactly small drip mess mid-scar, and my leg is
very much smaller. Im Koerper wird das anfallende Fett Best and affordable insurance project for
yourself birth centerfield costs,all instinctive remedies for psoriasis,
it is of import to translate mandates before signing on with any insurance providers.
Here is my blog post: lipoma Icd 9
almost cases of lipoma growth incline exactly small
drip mess mid-scar, and my leg is very much smaller.
Im Koerper wird das anfallende Fett Best and affordable insurance project for yourself birth centerfield costs,all instinctive remedies for psoriasis, it is of import to translate mandates before signing
on with any insurance providers.
My web-site; lipoma Icd 9
My website :: lipoma icd 9
determinative this proportion can assist known to serve with cholesterol levels.
Sometimes when they're devising the appeared to liberal more importance than those who was launched it solitary. For illustration, merely because you hold your Cholesterol below dominance does of spunk patients is increasing day by day.
Visit my site; Lowering Side medicine effects Cholesterol
salam, mhon izin cpy..
great.... thanks for sharing