Seorang lelaki berhenti di sebuah kedai bunga untuk membeli sekarangan bunga yang akan dikirimkan kepada ibunya yang tinggal sejauh 250 KM darinya. Apabila dia keluar dari keretanya, dia melihat seorang gadis kecil berdiri di tebing jalan sambil menangis tersedu-sedu. Lelaki itu bertanya kenapa dan dijawab oleh gadis kecil itu “ saya ingin membeli setangkai bunga mawar merah buat ibu saya. Tapi wang saya tidak mencukupi.”
Lelaki itu tersenyum dan berkata, “mari, abang akan belikan kamu bunga yang kamu mahukan itu.” Kemudia dia membelikan gadis kecil itu setangkai mawar merah, sekaligus memesan karangan bunga untuk dikirim kepada ibunya.
Ketika selesai dan hendak pulang, lelaki itu menawarkan diri untuk menghantar gadis kecil itu pulang ke rumah. Gadis kecil itu melonjak gembira, katanya “ ya sudah pasti. Benarkah abang mahu menghantar saya ke tempat ibu saya?” lelaki itu tersenyum dan mengangguk.
Kemudian mereka berdua menuju ke tempat yang ditunjukkan gadis kecil itu. Tempat yang dimaksudkan ialah saebuah kawasan perkuburan. Lalu gadis kecil itu meletakkan mawar merah itu di atas sebuah kubur yang masih basah.
Melihat peristiwa itu, hati lelaki itu benar-benar tersentuh dan teringatkan sesuatu. Bergegas, dia kembali ke kedai bunga tadi dan membatalkan kirimannya. Dia mengambil karangan bunga yang dipesannya dan membawanya sendiri sejauh 250KM menuju ke rumah ibunya.
( diadaptasi dari : Rose for Mama – C.W.McCall )
P/s ... Saat terindah takkan dikenang sebagai kenangan selagi tiada perpisahan yang merindukan.
Post a Comment