Kasih Bertaut

fahdin
Agak lama aku tidak menulis dalam blog ini. Mungkin tugasan yang semakin bertambah menagih lebih banyak waktu untuk dikorbankan. Apapun, aku dapat rumuskan perjalanan hidup aku dalam seminggu dua ini agak baik, menggembirakan, penat, kesempitan dan pengalaman.
Justify Full
Apa yang pasti, aku menulis ini bukan untuk menceritakan perjalanan hidup aku untuk seminggu ini, tapi aku sekadar mahu berkongsi sedikit kata-kata yang aku dapat daripada seorang kenalan melalui pesanan ringkas (sms). Pada aku, kata-katanya cukup mudah, jelas dan itulah hakikat sebenar dalam kehidupan kita sehari-hari.

Berjalanlah dengan penuh harapan
walau hidup ini tak selalu bahagia...,
Sedekahlah satu senyuman
walau di hati tak mampu lagi bertahan...,
Belajarlah memaafkan
walau diri terluka dan dikecewakan...,
Berhentilah memberikan alasan
walau ingin menyatakan kebenaran...,
Hiduplah dalam iman
Walau hari dipenuhi godaan...,
Berpeganglah pada Allah
walau Dia tidak kelihatan...,
Bukti kasihnya,
kita wujud di dunia pinjaman.


Aku tahu, aku yakin dan aku percaya bahawa teman-teman yang membaca penulisanku ini faham dan lebih tahu apa yang ingin disampaikan. Maka aku tidak berhasrat unutk mengulas panjang tentang apa yang sama-sama kita telah tahu. Namun aku sekadar mahu bertanya. Cukup bermula kepada diri sendiri.

Mampukah aku tega bertahan kalau aku dihimpit dugaan?
Mampukah aku tersenyum kalau hati penuh dengan dendam?
Murahkah sebuah kemaafan kalau hati dilukakan?
Kuatkah aku untuk terus diam dalam mempertahankan pendirian?

Jika semua persoalan ini tidak mampu untuk aku mendapat jawapan yang memuaskan daripada diri sendiri, sekurang-kurangnya aku berharap aku mampu untuk hidup dalam iman dan berpegang pada Allah dengan harapan akan terbuka jalan untuk akulalui liku-liku kehidupan dan mendapat keredhaanNya.

fahdin

Tak sangka Acik boleh terjebak dengan hobi mengumpul setem. Dari suka-suka sehingga jadi minat. Semuanya gara-gara abang acik yang mendapat hadiah sebuah album setem dan beberapa keping setem dari Mesir (kalau tak silap) sempena hari lahir dia lebih sepuluh tahun yang lalu.Justify Full

Ketika itu acik baru berusia 8 tahun. Waktu itu, hobi mengumpul setem di kalangan bebudak sekolah rendah adalah hobi yang paling digilai kanak-kanak. Kebetulan pulak abang acik tak berminat nak mengumpul setem jadi dia bagi albumnya kepada acik. maka bermulah epilog seorang pengumpul setem.haha

Zaman sekolah rendah, siapa yang ada setem luar negara adalah orang yang hebat dan dikagumi mengumpul setem yang lain di sekolah. Acik pun antara orang yang berusaha nak kumpul setem dari luar. Waktu tu jugak kakak acik bekerja sebagai kerani di sebuah sekolah menengah. So memang banyaklah setem yang acik dapat. tapi rata-ratanya setem padi. kan?

Memang waktu tu semua orang terlalu obeses nak tambah koleksi setem luar negara termasuk acik. Sehinggakan ada ketikanya acik sanggup menggadaikan sepuluh setem tempatan semata-mata sekeping setem luar yang taklah cantik sangat. lucu betul bile teringat balik. maklumlah, otak pun tak fikir banyak.

Pernah jugak acik dengan kawan-kawan yang cerdik ckit pekena kawan yang slow tapi setem diorang memang giler best. maklumlah setem warisan ayah diorang. Kitorang bagi 2o sen dah boleh dapat sekeping setem Malaya yang memang susah nak dapat sekarang. Banyak jugak acik dapat. Haha. Dulu 20 sen tuh dah besar bagi budak-budak baya-baya acik.

Bila acik dah berumur sekitar 11 tahun, abang acik pulak kerja sebagai kerani di sebuah kilang. So dia selalu berurusan dengan pejabat pos, Sejak dari mase tu, acik mule berjinak-jinak dengan setem Malaysia yang keluar mengikut tema. Tapi biasalahkan, kanak-kanak mana ada duit sangat. So acik beli yang mana sempat je.

Dalam keluarga acik, Arwah ayah adalah antara orang yang banyak menyokong acik dengan hobi mengumpul setem nih. Selalunye acik akan cari uban di kepala Arwah ayah. 10 helai same dengan 10 sen. Tapi arwah ayah tak bagi upah duit sebaliknya dia bagi upah setem mengikut banyak mana uban yang acik dapat. kalau 30 helai, dapat setem 30 sen.

Selepas tamat sekolah rendah, acik masuk ke sekolah berasrama. Sejak dari tahun tersebut, Komitmen terhadap setem makin kurang dan hobi acik hampir terkubur. Kalau ada pun, tidaklah sebanyak dulu. Tamat SPM, acik menyambung pelajaran di Kelantan.

Pada 2007, acik menyambug pelajaran di Kuala Lumpur. So Sejak dari itu minat kembali membara. Sehingga hari ni, acik masih mengumpul kembali setem-setem yang dah terlepas. Nasib baik tempat belajar acik dekat dengan pejabat pos besar Daya Bumi. Dekat sana ada galeri setem yang menjual setem-setem lepas dengan harga yang sama. so bolehlah acik lengkapkan ape-ape yang kurang. Tapi agak terhad. Sehigga sekarang, masih banyak lagi setem acik yang belum lengkap.

InsyaAllah, nanti kalau ada kelapangan, acik letakkan koleksi acik dalam blog ni.

(Sekadar berkongsi)
Labels: 0 comments | edit post
fahdin

Pagi sabtu lalu aku bangun lebih awal daripada biasa. Dengan semangat baru, matlamat yang satu. Niat untuk ke perhimpunan rasaksa aku matikan. bukan tidak mahu. aku mahu dan memang teringin memandangkan aku tidak berpeluang ke perhimpunan bersih tahun lalu. namun hatiku lebih terpanggil untuk ke destinasi yang lain.

pagi itu aku dengan 20 teman menaiki 2 buah van ke subah rumah perlindungan di Ampang. Atau lebih dikenali sebagai Pusat Perlindugan Pernim.Perjalanan yang mengambil masa hampir sejam itu diisi dengan melayan merasaan sendiri sambil melihat panorama di sepanjang perjalanan yang sedikit sesak.

Kira-kira jam 9.20 aku dan teman-teman tiba di puat perlindungan tersebut dan disambut oleh kanak-kanak yang comel di muka pintu. Antaranya adik Danial dan Ayief yang sudah aku kenali sebelum itu lagi.

Belum sempat aku membuka kasut, aku sudah diserbu oleh adik-adik yang mahu bersalam, minta didukung dan tak kurang jugak ada yang sudahpun memanjat belakangku. Itulah cara tetamu di situ disambut saban waktu.

Pada mulanya program yang dirancang adalah berbentuk modul dan dikhususkan kepada yang bersekolah sahaja, namun serta merta bertukar sepenuhnya kepada khidmat masyarakat memandangkan program berbentuk modul dilihat tidak relevan saat itu. Kami membantu adik-adik membasuh kasut sekolah mereka, menggosok baju, menyusun perabot, dan macam-macam lagi.

Selepas selesai semua tugas, aku dan teman-teman sempat beramah mesra dengan adik-adik di situ.



Hati begitu tersentuh apabila aku didekati oleh seorang kanak-kanak kecil yang begitu ramah dan sentiasa tersenyum. Murni namanya. Aku akui bahawa adik murni agak ramah orangnya namun setiap patah kata yang keluar dari mulutnya agak sukar untuk aku fahami sdikit sebanyak menyukarkan komunikasi antara aku dan adik murni. Walau bagaimanapun aku kagum dengan kesungguhanya untuk bersembang denganku.

tubuhnya sangat kecil, dan kurus. dengan kulit yang sedikit pucat dan kepala sedikit botak. tersentuh hatiku melihat keadaan adik Murni. Dan sebab itulah aku begitu teringin untuk mendekatinya. Di saat-saat akhir pertemuan aku lebih banyak meluangkan masa bersamanya. melihat senyumnya walaupun aku tahu payah untuk dia hadiahkan senyuman itu.

Aku difahamkan bahawa Adik murni adalah penghidap HIV positif tahap ke4. tahap kritikal. Sebelum ini adik murni sudah 4 kali nazak. Namum ketabahan dan kekuasaan Allah, adik murni masih mampu tersenyum sehigga hari ini. Aku sangat kagum dengan kekuatan hati gadis kecil ini.

susuk tubuhnya yang kecil itu seolah-olah meggambarkan usianya yang menjangkau 5 tahun. namun hakikatnya dia sudah 10 tahun bernafas di bumi ini. sedikitpun dia tidak menzahirkan kesakitan yang ditanggungnya. Sehingga hari ini, nama dan wajah serta senyuman adik murni melekat terus ke hati.



siapa sangka wajah comel seperti adik Ayief ini sebenarnya adalah merupakan suspek HIV positif. penykitnya masih belum dapat dikesan sepenuhnya memandangkan usianya baru menjangkau satu setengah tahun. Melihat wajah comel ini hatiku merintih hiba.

Usia semuda itu, adik Ayief dan Adik murni terpaksa mewarisi hukuman di atas kesalahan orang lain. Namun aku mengerti bahawa semua ini adalah urusan Allah yang banyak hikmah disebaliknya.

Jauh di sudut hati, aku bersyukur dengan apa yang aku kecapi selama ini. Saban waktu kita mengeluh apabila melihat orang lain di atas kita. Sewajarnya kita bersyukur kerana masih ada orang di bawak kita yang diuji oleh Allah lebih hebat dari kemampuan kita.

Entah bila lagi agaknya aku bisa bertemu dengan Adik Ayief dan Adik murni lagi... Ada seorang lagi adik comel yang menarik perhatian dan mecuit hati. lebih glamour dengan panggilan comot dan paling rapat dengan aku. Memanjang mintak didukung. Ramah dan suka becerita tapi sepatahpun aku tak faham. So aku pun bercakaplah dengan bahasa yang aku pun tak paham. maka lahirlah perbualan antara itik dengan ayam. Sama-sama tak faham. Penat melayan comot sampai dia tertidur kat tepi aku tengah-tengah ruang tamu. Melihat wajah comot yang terlena keletihan membuatkan aku rasa begitu bersyukur kerana comot disahkan normal seperti kanak-kanak lain.



Aku pasti akan merindui mereka semua. Kepada sesiapa yang ingin menyumbang, bolehlah menghubungi pihak Pernim di talian 03-42950775 atau terus menghubungi Mama Lina - 017-8860208. Ataupun anda boleh bank in wang ke no Akaun Pusat: RHB Bank (2-14013-6000-3173) .





fahdin

Ayahanda, maafkan anakanda ini. Agak lama anakanda tidak menjenguk pusaramu. Anakanda akui kesibukan membataskan anakanda mengunjungi pusaramu. Entah bersih entahkan tidak. Atau pun lalang mungkin sudah melangit. Namun anakanda tidak pernah sekalipn melupakan ayahda.

Anakanda akan kirimkan segugus doa buat ayahanda setiap kali selepas solat. Paling tidak anakanda akan sedekahkan al-Fatihah tatkala hati ini teringatkanmu.Anakanda sentiasa berharap dan bermohon kepada Allah agar ayahanda dijauhkan dari siksa kubur, dilapangkan dan disimabah cahaya di alam barzah. Semoga ayahanda dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman.

Ayahanda, Syawal lalu anakanda sempat mengambil sedikit masa bersama adik beradik yang lain dan mak untuk menziarahimu. Anakanda tidak pasti ayahanda sedar ataupun tidak kerana kita sudah berada di alam yang berbeza. Jauh di sudut hati berharap agar ayah gembira dengan kunjungan kami.

Ayahanda, sedar atau tidak, sudah lebih 4 tahun kami menjalani hidup tanpamu di sisi. Tempoh itu bukanlah sekejap, namun dirimu terasa seakan-akan ada di segenap hati kami. Senyummu dan tawamu membuatkan kami turut tersenyum dan tertawa ketika mengenangkanmu. Air matamu turut mengundang airmata kami tatkala mengenangkan sikap dan perilakumu dihari-hari terakhir sebelum pemergianmu.



Ayahanda, sejak pemergianmu, sudah banyak perubahan belaku di sini. Ada yang mengembirakan dan ada yang menyedihkan. Pertamanya anakanda telah berjaya melunaskan janji anakanda untuk memperoleh keputusan yang terbaik dalam SPM. Walaupun agak terkilan kerana tidak sempat menunjukkannya kepadamu, anakanda tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya Emak masih ada untuk berkongsi segala kegembiraan.

Tidak dapat digambarkan betapa gembiranya mak ketika anakanda menghubunginya untuk mengkhabarkan berita gembira itu. Betapa tersentuhnya hati anakanda apabila mak sempat memberitahu anakanda bahawa ayahanda langsung tidak ke ladang dan langsung tidak membawa pekerja kilang dengan vanmu selama sebulan hanya kerana ingin menghadiahkan solat hajatmu demi kejayaan anakanda dan abang Ali yang kebetulan menganbil STPM serentak dengan ankanda. Tidak mampu rasanya anakanda untuk bayar kepayahan dan kesanggupanmu demi melihat kami berjaya.

Ayahanda, Kehidupan kami sekeluarga semakin baik dan semakin bermakna. Sejak ayahanda tiada, keluarga sering berkumpul hujung minggu. Cuma anakanda dan angah saja yang jarang balik ke kampung kerana batasan jarak dan waktu.

Anakanda kini sudah melanjutkan pelajaran anakanda di menara gading. Inilah yang anakanda, ayahanda dan keluarga harap-harapkan. Kamal juga bakal mengetahui keputusan STPM tidak lama lagi. Aziz yang bongsu sudah besar dan lebih tinggi dari yang lain. Abang Ali lebih berisi si dari yang lain. Makan gaji agaknya. Enjang masih dalam pengajiannya.

Ayahanda, Keluarga kita semakin besar. Kakak dengan 3 anaknya yang meningkat ramaja. Angah sudah mempunyai 4 orang anak. Alang sudah berkahwin dan memiliki 2 orang cahaya mata yang comel dan nakal. Bemakna bilangan cucu ayahanda sudah ledih daripada bilangan anak-anakmu.

Ayah, permintaanmu sedang anakanda usahakan. Anakanda yakin dan percaya bahawa inilah berkat doamu ketika hayatmu dan kesungguhan mu dalam didikan yang penuh dengan hikmah. Walaupun anakanda akui pernah memberontak demi sebuah kebebasan. Namun hari ini anakanda sedar bahawa apa yang ayahanda lakukan adalah demi kebaikan semua.

Anakanda masih teringat kata-kata yang sering ayahanda ungkap tatkala bercerita tentang agama. Ayahanda sering akui ayahanda tidak terlalu bijak untuk mendidik kami semua tentang agama, dan kerana itulah ayahanda menghantar kami ke sekolah beraliran agama. Ayahanda juga pernah berkata bahawa ayahanda tidak begitu mengharapkan anak-anak yang berjaya dalam kerjaya. Namun jika itu yang boleh dikecapi, maka adalah satu anugerah yang berharga. Apa yang Ayahanda harapkan adalah supaya kami semua menjadi manusia yang berakhlak mulia dan berpegang dengan agama.

Ayahanda jangan bimbang dengan mak. Akhir-akhir ini keluarga kita sering dihiasi dengan air mata gembira dan kesyukuran. Sehingga hari ini, anakanda masih dalam fasa perjuangan untuk mengotakan harapan dan impian ayahanda untuk menjadi pendidik yang berbakti kepada bangsa dan agama.

Ayahanda. Jauh di sudut hati, anakanda akui bahawa anakanda terlalu rindukan ayahanda. Andai air mata ini mengalir jatuh ke pipi, anakanda berharap agar air mata ini menjadi doa semoga ayahanda bahagia di sana. Anakanda bersyukur kepada Allah kerana dilahirkan ke dunia sebagai anakmu. Semoga kita berkumpul semula di syurga. Salam rindu, salam sayang, salam doa dari anakanda yang rindukan ayahanda.