Kasih Bertaut

fahdin

Pagi sabtu lalu aku bangun lebih awal daripada biasa. Dengan semangat baru, matlamat yang satu. Niat untuk ke perhimpunan rasaksa aku matikan. bukan tidak mahu. aku mahu dan memang teringin memandangkan aku tidak berpeluang ke perhimpunan bersih tahun lalu. namun hatiku lebih terpanggil untuk ke destinasi yang lain.

pagi itu aku dengan 20 teman menaiki 2 buah van ke subah rumah perlindungan di Ampang. Atau lebih dikenali sebagai Pusat Perlindugan Pernim.Perjalanan yang mengambil masa hampir sejam itu diisi dengan melayan merasaan sendiri sambil melihat panorama di sepanjang perjalanan yang sedikit sesak.

Kira-kira jam 9.20 aku dan teman-teman tiba di puat perlindungan tersebut dan disambut oleh kanak-kanak yang comel di muka pintu. Antaranya adik Danial dan Ayief yang sudah aku kenali sebelum itu lagi.

Belum sempat aku membuka kasut, aku sudah diserbu oleh adik-adik yang mahu bersalam, minta didukung dan tak kurang jugak ada yang sudahpun memanjat belakangku. Itulah cara tetamu di situ disambut saban waktu.

Pada mulanya program yang dirancang adalah berbentuk modul dan dikhususkan kepada yang bersekolah sahaja, namun serta merta bertukar sepenuhnya kepada khidmat masyarakat memandangkan program berbentuk modul dilihat tidak relevan saat itu. Kami membantu adik-adik membasuh kasut sekolah mereka, menggosok baju, menyusun perabot, dan macam-macam lagi.

Selepas selesai semua tugas, aku dan teman-teman sempat beramah mesra dengan adik-adik di situ.



Hati begitu tersentuh apabila aku didekati oleh seorang kanak-kanak kecil yang begitu ramah dan sentiasa tersenyum. Murni namanya. Aku akui bahawa adik murni agak ramah orangnya namun setiap patah kata yang keluar dari mulutnya agak sukar untuk aku fahami sdikit sebanyak menyukarkan komunikasi antara aku dan adik murni. Walau bagaimanapun aku kagum dengan kesungguhanya untuk bersembang denganku.

tubuhnya sangat kecil, dan kurus. dengan kulit yang sedikit pucat dan kepala sedikit botak. tersentuh hatiku melihat keadaan adik Murni. Dan sebab itulah aku begitu teringin untuk mendekatinya. Di saat-saat akhir pertemuan aku lebih banyak meluangkan masa bersamanya. melihat senyumnya walaupun aku tahu payah untuk dia hadiahkan senyuman itu.

Aku difahamkan bahawa Adik murni adalah penghidap HIV positif tahap ke4. tahap kritikal. Sebelum ini adik murni sudah 4 kali nazak. Namum ketabahan dan kekuasaan Allah, adik murni masih mampu tersenyum sehigga hari ini. Aku sangat kagum dengan kekuatan hati gadis kecil ini.

susuk tubuhnya yang kecil itu seolah-olah meggambarkan usianya yang menjangkau 5 tahun. namun hakikatnya dia sudah 10 tahun bernafas di bumi ini. sedikitpun dia tidak menzahirkan kesakitan yang ditanggungnya. Sehingga hari ini, nama dan wajah serta senyuman adik murni melekat terus ke hati.



siapa sangka wajah comel seperti adik Ayief ini sebenarnya adalah merupakan suspek HIV positif. penykitnya masih belum dapat dikesan sepenuhnya memandangkan usianya baru menjangkau satu setengah tahun. Melihat wajah comel ini hatiku merintih hiba.

Usia semuda itu, adik Ayief dan Adik murni terpaksa mewarisi hukuman di atas kesalahan orang lain. Namun aku mengerti bahawa semua ini adalah urusan Allah yang banyak hikmah disebaliknya.

Jauh di sudut hati, aku bersyukur dengan apa yang aku kecapi selama ini. Saban waktu kita mengeluh apabila melihat orang lain di atas kita. Sewajarnya kita bersyukur kerana masih ada orang di bawak kita yang diuji oleh Allah lebih hebat dari kemampuan kita.

Entah bila lagi agaknya aku bisa bertemu dengan Adik Ayief dan Adik murni lagi... Ada seorang lagi adik comel yang menarik perhatian dan mecuit hati. lebih glamour dengan panggilan comot dan paling rapat dengan aku. Memanjang mintak didukung. Ramah dan suka becerita tapi sepatahpun aku tak faham. So aku pun bercakaplah dengan bahasa yang aku pun tak paham. maka lahirlah perbualan antara itik dengan ayam. Sama-sama tak faham. Penat melayan comot sampai dia tertidur kat tepi aku tengah-tengah ruang tamu. Melihat wajah comot yang terlena keletihan membuatkan aku rasa begitu bersyukur kerana comot disahkan normal seperti kanak-kanak lain.



Aku pasti akan merindui mereka semua. Kepada sesiapa yang ingin menyumbang, bolehlah menghubungi pihak Pernim di talian 03-42950775 atau terus menghubungi Mama Lina - 017-8860208. Ataupun anda boleh bank in wang ke no Akaun Pusat: RHB Bank (2-14013-6000-3173) .





Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment