Kasih Bertaut

fahdin

Hari in adalah antara hari yang paling memenatkan aku sepanjang seminggu kuliah. Bermakna setiap minggu aku akan menempuh hari yang memenatkan ini. Kurang waktu untuk berehat dari pagi sampailah ke petang. Apapun hidup mesti diteruskan. Bak kata mak aku mase aku ber'dating' dengan die dulu, "Alah itu baru belajar. Pergi kelas duduk je. Orang yang perang tu sampai dah tak sempat nak fikir penat ke, lapar ke, mengantuk ke .... tak ada pun yang mengeluh." Maka hujahku terbunuh sepenuhnya. Walaupun aku sedar masih ada yang boleh aku pertikaikan. Tapi aku tahu apa yang dia nak maksudkan adalah supaya kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Sesekali jangan tengok orang di atas, tetapi kadang-kadang tunduk jugak ke bawah lihat orang yang kurang bernasib baik berbanding kite. "Biasalah manusia". Suke mengeluh dan tak tahu nak bersyukur.

Hari ini jugak aku masuk ke kelas, ada test. Menggelupur jugak aku dibuatnya. Maka dengan lafaz Bismilah.... aku pun kamikaze menjawab soalan-soalan yang memutarbelitkan urat-urat kat otak aku yang memang dah berselirat. Bukannya ustaz tak pesan, cuma kadang-kadang nih kita sambil lewa dan pandang ringan. Lepas tu baru nak menyesal. Macam tu jugak dalam hidup seharian. Allah dah syariatkan macam-macam. Kita dok tangguh-tangguh. Kononnya dah tua nanti baru nak bertaubat. Tapi kita tak sedar yang mati tu bukan nak tunggu bila tua. Bila-bila pun boleh terjadi. Bila dah terlewat baru nak menyesal tak buat amalan mase muda. Hati ni sempat berbisik "Biasalah manusia". Suka tangguh-tangguh benda yang baik.

Tengah hari ni aku sempat duduk-duduk bersama teman di surau lepas solat zohor sementara nak tunggu hujan reda. Walaupun sepatutnya kelas dah mule (masuk lewat...eheh). Sesekali aku berpaling kepada satu kumpulan pelajar kat belakang surau duduk berlonggok sambil sembang-sembang bende apa tah yang aku pun tak dapat nak dengar dengan jelas. Dalam kelompok tu aku tengok seorang jer yang bercakap dan gelak-gelak. yang lain ada yang menguap, ade yg terlena sambil tersenyum (cover) ade yang blur. So aku pun teringat sesuatu ... Mungkin aku pernah jugak jadi macam tu. Tapi patut disedari bahawa sesekali kita ini kene jugak jadi pendengar. Takkan asyik nak bercerita, nak mengadu. Kawan-kawan kita pun manusia. Ada masa nak berkongsi cerita dan ada masa nak mengadu. Allah dah jadikan manusia 2 telinga dan 1 mulut. Kenapa ya Allah jadikan telinga lebih dari mulut? Sebab Allah nak kita nih lebih banyak mendengar dari bercakap (aku rasa). Aku pun tersenyum sendirian sambil dalam hati berkata "biasalah manusia". Sebab selalu pentingkan diri.

Dan sepanjang perjalanan hari ini, aku bukan saja belajar banyak ilmu dalam kelas tapi aku jugak belajar tentang manusia. Maka betambahlah keyakinanku bahawa ilmu itu memang ada di mana-mana dan bermacam-macam. Kire hari ni aku belajar tentang sikap dan kebiasaan manusia. Maka aku pun lakarkan apa yang aku dapat dalam blog ni untuk dikongsi dengan teman-teman yang membaca sebagai ilmu bersama. "biasalah manusia"


fahdin

Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program “Malam Selamatkan Palestin” di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada teman saya dan diceritakan kepada saya di dalam emailnya :

Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.

Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah. Justify Full
Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.

Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian puti dan melemparkan pasir ke matanya.

Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.
Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.


Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.


“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. “ (Fussilat:52).
fahdin
Beberapa hari lepas ade seorang teman menjenguk bilik hostelku. Aku ingatkan die nak melawat aku. Rupe-rupenye nak mintak kopi segera 3 in 1 ... Ceh, apa barang.

Sempat jugak die membelek seisi ruang bilik aku yang lebih cantik dari biliknya (konon) dengan ekor mata. Sesekali dia tersenyum dan ada jugak dia mencebik. Dalam hati sempat jugak aku mengomel "Macamlah bilik die bersih sangat" haha.

Tidak lama selepas itu dia menghampiri sebuah meja kecil yang terletak di hujung kepala katilku. Mungkin dia tertarik dengan sebuah akuarium kecil dan sebuah balang kaca yang ada di atas meja tersebut. Aku biarkan saja tindakannya dan dalam masa yang sama aku teringin benar nak melihat reaksinya.

"eeeee........ Faden kau gile ker?" Aku sekadar tersenyum walaupun suara temanku itu cukup untuk membingitkan telinga aku yang duduk hanya beberapa hasta dengannya.

"Kau bela labah-labah? eeee....gelilah."

Aku terus terenyum. Maklumlah, sudah lali dengan reaksi macam tu. Yang lebih teruk dari itu pun ada cuma malas aku nak ceritakan. Haha. Seingat aku, kalau ada lima puluh orang yang masuk bilik aku dan jenguk meja kecik aku, mungkin 45 orang diripada mereka akan memberi reaksi yang sama macam teman aku yang sorang nih. Dia adalah salah satu daripada 45 orang tersebut termasuk roomate aku yang penakut mengalahkan ape tah.

Maknanya ada 5 orang jer yang bagi respon baik dan menyokong minat ku terhadap haiwan exotik sebagai peliharaan manja. Pelik apanya? Kat Malaysia nih dah belambak orang yang mempunyai minat macam aku.

Aku mula membela labah-labah sejak tahun 2006. Ketika itu pada cuti semester dua tahun 1 di nilam puri. Tapi tak lama sebab aku terpaksa lepaskan labah-labah tu kat hutan sebab aku kene balik semula ke Kelantan. Takkan nak bawak naik bas kot. haha

So kebetulan mase balik kampung kat Kedah awal tahun ni, aku sekali lagi berpeluang untuk memelihara labah-labah ni. Takkan aku nak sia-siakan.

Labah-labah nih aku tak tahu nama saintifiknya, tapi orang kampung panggil labah-labah lutung. Antara spesis labah-labah berbisa di Malaysia. Bisanya tak membunuh manusia, tapi memang ler sakit kalau kene sengat. Bisanya hanya untuk membunuh haiwan kecil sebagai makanannya. Tapi tak bermakna boleh biarkan die sengat kite kan?

Saiznya kira-kira 3 inci. dengan tubuh dan abdomennya berbulu halus dan berwarna kekuningan. kakinya pulak berwarna hitam dan setiap ruas kakinya berwarna putih. Macam warna negeri perak pulak. . . Sangat gemuk dan kuat makan.


Koleksi terbaru

Yang terkini, aku membela seekor baby tarantula dari brazil yang aku beli dari seorang remaja cina melalui internet. Oklah, kat bawah adalah serba sedikit maklumat tentang baby tarantula yang sangat comel n manje tu. haha

Nama : Buyut (sebab sangat gemuk dan kuat makan)
Spesis : Giant white knee
Nama saintifik : Acanthoscurria geniculata
Asal : Brazil
Status : Spiderling @ baby (manje lak tu...suke panjat tangan aku)
Saiz : 1.5 cm mase start bela
Saiz dewasa : 8.5 inci (besar muke tuh!)
tumbesaran : cepat ( very hungry and greedy)
Jangka hayat : 15 -19 tahun
Jenis : Defensive, non agressive, bulu yang boleh ditanggalkan dan ada kesan kepada kulit manusia ( gatal-gatal dan merah )
Bisa : tak membunuh manusia, boleh demam bagi yang alah, kekuatan bisa bergantung kepada saiz (bisa die just utk bunuh mangsa sebagai makanan jer)
harga pasaran : Sedikit mahal ( sebab cantik n comel )
Makanan : spiderling makan cengkerik, mealworm, serangga kecil lain. Adult makan cngkerik, cicak ataupun anak tikus (pinky mice) dan serangga besar yang lain

Target aku, aku nak tambah koleksi dengan spesis cobalt blue. Comel giler! Erm kat bawah ni aku letakkan pic baby tarantula aku n rupe die bile die dah besar nanti... Eeee geli r! Tapi aku suke...

















Labels: 2 comments | edit post
fahdin

Suatu hari aku sedang berbual dengan seorang teman yang sangat rapat denganku. Banyak benda yang kami bualkan walaupun sekadar bual-bual kosong. Mungkin kerana agak lama rasanya tidak meluangkan masa untuk berkongsi cerita bersama.

Dalam perbualan kami, dia sempat bertanyakan satu soalan yang membuatkan aku terdiam seketika. Terdiam bukan kerana tidak tahu, tapi terdiam kerena berfikir. Soalannya mudah tetapi jawapannya agak payah. "Agaknya kita ini ibarat apa ye?" itulah soalannya.

Sebenarnya aku sendiri tak pasti tentang niat di sebalik soalan seperti itu. Aku cuma beranggapan dia mungkin berseloroh namun dalam masa yang sama mungkin juga dia mengharapkan jawapan yang jelas.

Lama jugak aku berfikir membuatkan suasana menjadi bungkam seketika. Herm...apalah jawapan paling mudah supaya sama-sama puas.

Akhirnya aku aku berkata "Kita ni macam putih." Aku tahu dia keliru. Sebab aku nampak ada kerutan kecil di dahinya. Aku sekadar tersenyum. itu saja. Aku tahu dia mahukan jawapannya. tapi aku mahu dia berfikir seperti aku berfikir. Tak jugak bermaksud mahu memulangkan buah keras kepadanya.

Namun jauh di sudut hati aku cuma mahu dia faham apa yang aku maksudkan. Aku cuba melihat kepada fitrah putih dan falsafahnya. Mudah, objektif dan konkrit.

Putih itu hanya perlukan putih. Warna lain akan mencemar dan merubah komposisi fizikalnya.

Maksudnya, aku adalah putih dan dia adalah putih. Aku perlukan dia dan dia perlukan aku. Aku melihat dia sebagai putih dan dia melihat aku sebagai putih. Bermakna dari kaca mata kami, adalah putih.

Putih ada kekuatan juga ada kelemahan. Aku melihat kekuatan dan kelemahannya dan begitu juga dia. Aku menjaga kekuatan dan kelemahannya kerana aku juga putih dan begitu juga dia kerana dia juga putih.

Aku faham manusia perlukan kepelbagaian individu tersendiri. Maka lahirlah variasi. Namun aku lebih suka melihat dari sudut keperluan. Kerana dalam hubungan lebih memerlukan kepada memberi, bukan menuntut. Menuntut akan menagih kepada tuntutan lain.

Apapun aku melihat kami seputih warna putih. Kerana putih itu adalah putih.

fahdin


Lama rasanya aku tidak mengemaskini email yang aku terima dari teman-teman. Entah kenapa malam itu hatiku tergerak untuk membaca email yang aku terima dari teman-teman. Rata-rata email yang tidak begitu penting aku delete-kan saja. Malas nak belek email yang tidak penting. Namun banyak juga email menarik yang sempat aku baca malam itu. Salah satunya email yang bertajuk 'Batu dan Pasir'. Aku rasa sewajarnya aku berkongsi dengan pembaca Ekspresi dari hati ini sebab aku fikir bukanlah satu kerugian kalau kita berkongsi. Sekurang-kurangnya, sahabat-sahabat yang sempat membaca di sini boleh menyebarkannya kepada orang lain. Sama-sama kita ikuti ....


PASIR DAN BATU

Dua orang pengembara sedang melakukan perjalanan. Mereka tengah melintasi padang pasir yang sangat luas. Sepanjang mata memandang hanya ada pasir membentang.


Jejak-jejak kaki mereka meliuk-liuk dibelakang membentuk kurva yang berujung disetiap langkah yang mereka tapaki. Debu-debu pasir yang beterbangan memaksa mereka berjalan menunduk.


Tiba-tiba badai datang. Angin besar menerjang mereka. Hembusannya membuat tubuh dua pengembara itu limbung. Pasir betebaran disekeliling mereka. Pakaian mereka mengelepak, menambah berat langkah mereka yang terbenam di pasir. Mereka saling menjaga dengan tangan berpegangan erat. Mereka cuba melawan ganasnya badai.


Badai reda, tapi musibah lain menimpa mereka. Kontang bekal air mereka terbuka saat badai tadi. Isinya tertumpah. Entah gundukan pasir mana yang meneguknya. Kedua pengembara itu duduk termenung, menyesali kehilangan itu. "ah..., tamatlah riwayat kita,"kata pengembara pertama. lalu ia menulis dipasir dengan ujung jarinya."kami sedih, kami kehilangan bekal minuman kami ditempat ini."


Kawannya si pengembara dua pun nampak bingung. Namun, cuba tabah. Membereskan perlengkapannya dan mengajak kawannya meneruskan perjalanan. Setelah lama menyusuri padang pasir , mereka terlihat air di kejauhan . "kita selamat" seru salah seorang di antara mereka.


Dengan sisa tenaga yang ada, mereka menuju ke air tersebut. Untung bukan fatamorgana. Benar-benar sebuah kolam. Miskipun kecil tapi airnya cukup banyak. Keduanya pun segera minum sepuas-puasnya mengisi bekalan air.


Sambil beristirehat , pengembara pertama mengeluarkan pisau genggamnya dan memahat diatas sebuah batu."kami bahagia. kami dapat melanjutkan perjalanan kerana menemukan tempat ini."
Pengembara kedua hairan."mengapa kini engkau menulis diatas batu, sementara tadi kau menulis diatas pasir?"


Yang ditanya tersenyum."saat kita mendapat kesusahan , tulislah semua itu dipasir. Biarkan angin keikhlasan membawanya jauh dari ingatan. Biarkan catatan itu hilang bersama menyebarnya pasir ketulusan. Biarkan semuanya lenyap dan pupus,"jawabnya dengan bahasa cukup puitis." Namun ingatlah saat kita mendapat kebahagiaan pahatlah kemuliaan itu dibatu agar tetap terkenang dan membuat kita gembira. Torehlah kenangan kesenangan itu dibatu agar tidak ada yang dapat menghapusnya. Biarkan catatan kebahagiaan itu tetap ada. Biarkan semuanya tersimpan."


Keduanya bersitatap dalam senyum mengembang...bekal air minum telah dapat, istirehat pun telah cukup. Kini saatnya untuk melanjutkan perjalanan. Kedua pengembra itu melangkah dengan ringan seringan angin yang bertiupmengiringi.


Teman, kesedihan dan kebahagiaan selalu hadir. Berselang seli dengan mewarnai panjangnya hidup ini.keduanya mengguratkan memori dihamparan fikiran dan hati kita. Namun,adakah kita bersikap seperti pengembara tadi yang mampu menuliskan setiap kesedihan dipasir agar angin keikhlasan membawanya pergi?adakah kita ni sosok tegar yang mampu melepaskan setiap kesusahan besama terbangnya angin ketulusan?


Teman , cubalah untuk selalu mengingat kebaikan dan kebahagiaan yang kita miliki. Simpanlah semua itu didalam kekukuhan hati kita agar tidak ada yang mampu menghapusnya. Torehlah kenangan bahagia itu agar tak ada angin kesedihan yang mampu melenyapkannya. InsyaAllah dengan begitu kita akan selalu optimistis dalam mengarungi panjangnya hidup ini....

fahdin
Dari Anas bin Malik r.a, dari nabi SAW sabdanya:”Tidak ada seorangpun yang telah masuk syurga ingin kembali semula ke dunia walaupun seluruh isi bumi ini diberikan kepadanya kecuali orang-orang yang mati syahid. Orang yang mati syahid itu ingin kembali ke dunia lalu dia tewas (syahid) di dunia hingga sepuluh kali, kerana dia telah menyaksikan bagaimana mulianya orang yang mati syahid.” (riwayat Muslim)





































































































terima kasih tok senyum





fahdin














RAJA DAN DEMOKRAS

1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.


2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.”


3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.


4. Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.


5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.


6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak. Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman. Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas. Firman Allah S.W.T. bermaksud : “Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).


Wallahua’lam.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Mursyidul Am PAS


Bertarikh : 9 Safar 1430

5 Februari 2009.


sumber: perakdaily

Labels: 0 comments | edit post
fahdin

Kejutan demi kejutan menggoncang bumi perak dan isisnya dengan isu politik yang begitu unik sehingga mendapat tempat pertama dalam carta buah mulut masyarakat Malaysia khususnya di Negeri Perak sendiri. tak kiralah di pejabat, di warung, mahupun di kampus. macam-macam pandangan dan telahan dari pelbagai pihak aku dengar untuk tempoh dua hari ini. sempat juga aku menjenguk beberapa blog yang memberi pelbagai ekspresi dari kaca mata penulis dan komen-komen dari pembaca blog tersebut.

Secara kolektifnya, aku melihat bahawa hampir kesemua orang membincangkan dan menelah tentang apakah keputusan yang bakal dibuat oleh Sultan Perak sama ada menerima cadangan MB perak supaya dun dibubarkan dan sekali lagi rakyat diberi mandat untuk memilih siapakah sebenarnya yang layak memegang tampuk pimpinan di negeri Perak ataupun memberi mandat terus kepada BN kerana memiliki majoriti kerusi dun untuk negeri ini.

Untuk tempoh sepanjang dua hari yang penuh kontrovesi ini, aku dapat mengumpul kata pakat dari rata-rata masyarakat, blog dan orang perseorangan tentang politik Perak yang boleh dikatakan agak genting ( walaupun memang genting ).

secara kasarnya ataupun secara rawaknya, aku dapati bahawa majoriti masyarakat lebih cenderung untuk bersetuju dengan pembubaran dun dan memberi peluang sekali lagi kepada rakyat untuk memilih siapa yang selayaknya untuk memimpin negeri Perak atas beberapa sebab berikut.

1) Rata-rata masyarakat tidak melihat kepada siapa yang bertanding dalam pilihanraya. sebaliknya mereka lebih cenderung untuk mengundi calon yang bertanding atas tiket parti yang mereka sokong. jika sekiranya calon yang mereka pilih itu telah menang dan melompat ke parti lain, sudah tentu terkeluar dari senarai pimpinan yang mereka sukai. dan jika calon yang sama bertanding sekali lagi atas tiket parti lain, berkemungkinan besar calon tersebut tidak akan mendapat undi dari rakyat yang mengundinya sebelum itu.

2) kes keluar parti kononnya terdapat kekurangan dan masalah dalaman dalam parti tersebut dan masuk ke dalam parti lawan. Kemudian kembali semula ke dalam parti yang kononnya dikatakan terdapat kekurangan dan masalah dalaman dengan alasan yang sama diletakkan ke atas parti lawan. ini lagilah tak boleh diterima. sah-sah pimpinan jenis ini tidak ada keteguhan dan pendirian yang jelas dan tetap dalam perjuangan.

3) kerajaan adalah untuk memimpin demi kesejahteraan rakyat, maka rakyatlah yang paling layah memilih siapa pemimpinnya dan sewajarnya pimpinan itu adalah dibawah kuasa rakyat.

atas faktor-faktor berikut, aku melihat bahawa Sultan Perak wajar menggunakan kuasanya untuk memulangkan kuasa pemilihan pimpinan negeri kepada rakyat sekali lagi demi kepentingan rakyat. Namun secara peribadi aku melihat kebarangkalian untuk perkara ini terjadi adalah agak tipis atas faktor-faktor yang tak dapat aku jelaskan. Sutlan sendiri mempunyai latar belakang yang baik dalam bidang perlembagaan. Apapun sebagai rakyat Perak, aku mewakili seluruh warga Negeri Perak berharap agar pilihan dan keputusan yang sultan buat adalah yang terbaik demi kebaikan semua dengan menilai dari pelbagai ceruk sudut dan kepentingan.