Kasih Bertaut

fahdin

Kejutan demi kejutan menggoncang bumi perak dan isisnya dengan isu politik yang begitu unik sehingga mendapat tempat pertama dalam carta buah mulut masyarakat Malaysia khususnya di Negeri Perak sendiri. tak kiralah di pejabat, di warung, mahupun di kampus. macam-macam pandangan dan telahan dari pelbagai pihak aku dengar untuk tempoh dua hari ini. sempat juga aku menjenguk beberapa blog yang memberi pelbagai ekspresi dari kaca mata penulis dan komen-komen dari pembaca blog tersebut.

Secara kolektifnya, aku melihat bahawa hampir kesemua orang membincangkan dan menelah tentang apakah keputusan yang bakal dibuat oleh Sultan Perak sama ada menerima cadangan MB perak supaya dun dibubarkan dan sekali lagi rakyat diberi mandat untuk memilih siapakah sebenarnya yang layak memegang tampuk pimpinan di negeri Perak ataupun memberi mandat terus kepada BN kerana memiliki majoriti kerusi dun untuk negeri ini.

Untuk tempoh sepanjang dua hari yang penuh kontrovesi ini, aku dapat mengumpul kata pakat dari rata-rata masyarakat, blog dan orang perseorangan tentang politik Perak yang boleh dikatakan agak genting ( walaupun memang genting ).

secara kasarnya ataupun secara rawaknya, aku dapati bahawa majoriti masyarakat lebih cenderung untuk bersetuju dengan pembubaran dun dan memberi peluang sekali lagi kepada rakyat untuk memilih siapa yang selayaknya untuk memimpin negeri Perak atas beberapa sebab berikut.

1) Rata-rata masyarakat tidak melihat kepada siapa yang bertanding dalam pilihanraya. sebaliknya mereka lebih cenderung untuk mengundi calon yang bertanding atas tiket parti yang mereka sokong. jika sekiranya calon yang mereka pilih itu telah menang dan melompat ke parti lain, sudah tentu terkeluar dari senarai pimpinan yang mereka sukai. dan jika calon yang sama bertanding sekali lagi atas tiket parti lain, berkemungkinan besar calon tersebut tidak akan mendapat undi dari rakyat yang mengundinya sebelum itu.

2) kes keluar parti kononnya terdapat kekurangan dan masalah dalaman dalam parti tersebut dan masuk ke dalam parti lawan. Kemudian kembali semula ke dalam parti yang kononnya dikatakan terdapat kekurangan dan masalah dalaman dengan alasan yang sama diletakkan ke atas parti lawan. ini lagilah tak boleh diterima. sah-sah pimpinan jenis ini tidak ada keteguhan dan pendirian yang jelas dan tetap dalam perjuangan.

3) kerajaan adalah untuk memimpin demi kesejahteraan rakyat, maka rakyatlah yang paling layah memilih siapa pemimpinnya dan sewajarnya pimpinan itu adalah dibawah kuasa rakyat.

atas faktor-faktor berikut, aku melihat bahawa Sultan Perak wajar menggunakan kuasanya untuk memulangkan kuasa pemilihan pimpinan negeri kepada rakyat sekali lagi demi kepentingan rakyat. Namun secara peribadi aku melihat kebarangkalian untuk perkara ini terjadi adalah agak tipis atas faktor-faktor yang tak dapat aku jelaskan. Sutlan sendiri mempunyai latar belakang yang baik dalam bidang perlembagaan. Apapun sebagai rakyat Perak, aku mewakili seluruh warga Negeri Perak berharap agar pilihan dan keputusan yang sultan buat adalah yang terbaik demi kebaikan semua dengan menilai dari pelbagai ceruk sudut dan kepentingan.




Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment