Kasih Bertaut

fahdin

KUALA LUMPUR 20 Januari - Kumpulan Pro-Mahasiswa UM mencatatkan sejarah penting di negara ini apabila memenangi pilihanraya kampus Universiti Malaya (UM) semalam apabila calon-calonnya memenangi 21 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Kekalahan tipis kumpulan Pro-Aspirasi (Gerak) itu diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM), Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris pada jam 3.30 pagi di Dewan Tunku Canselor (DTC) di UM.

Dalam pilihanraya kampus lalu, Pro-Mahasiswa memenangi 9 daripada 41 kerusi.Ini termasuk dua calon pakatan dari Fakulti Undang-Undang yang bertanding melalui tiket bebas.

Dan dalam pilihanraya kampus semalam, kumpulan yang dianggap anti-establishment itu berjaya menambah 12 lagi kerusi.Pro Mahasiswa memenangi 8 daripada 9 kerusi umum yang dipertandingkan dan 13 kerusi fakulti daripada 32 kerusi yang dipertandingkan.Jumlah itu tidak termasuk penyokong Pro Mahasiswa yang menang atas tiket Aspirasi.

Pengerusi pro-Mahasiswa Norazali Zainuddin ketika dihubungi mengesahkan kemenangan kumpulannya itu.Menurutnya, kemenangan tersebut tidak diijangkakan. Kali terakhir pro-Mahasiswa UM memenangi pilihanraya kampus ialah pada 2004.

Antara fakulti yang dimenangi oleh Pro Mahasiswa adalah APIUM (2) , APMUM (2), Fakulti Undang-Undang (2 - Bebas), Fakulti Sains (1), Fakulti Perniagaan dan Perakaunan (1), Fakuti Perubatan (1), Fakulti Pergigian (1), Fakulti Bahasa (1), Pusat Kebudayaan (1) dan Fakulti Pendidikan (1).

Saudara Hafiz Ilyas dari Akademi Pengajian Islam memperoleh undi tertinggi iaitu sebanyak 5999 undi diikuti oleh saudara Ahmad Syazwan Hasan (Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran) dan saudara Ridzuan Mohamad (Akademi Pengajian Islam).

Tewas 2 Undi

Seorang calon Pro Mahasiswa, saudara Alwi yang bertanding di kerusi Fakuti Sastera dan Sains Sosial hanya tewas sebanyak 2 undi kepada calon Aspirasi, saudari Avelyn.Pada asalnya saudara Alwi telah memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 7 kerusi namun setelah 3 kali kiraan semula dilakukan, Avelyn kemudiannya diumumkan sebagai pemenang.-mahasiswakini

Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment