Kasih Bertaut

fahdin
siang tadi saya terlihat sehelai kertas berwarna oren menjengah masuk melalui bawah pintu. Mulut mengukir senyum. Warna oren ini begitu familiar dengan ProM. Sempat jugak saya membelek kertas oren bersaiz A4 tersebut namun isi kandungannya jauh terpesong dari apa yang saya fikirkan.

Bermula dengan tajuk Masa Untuk Berfikir. Kemudian diikuti oleh satu persoalan kepada pembaca
"Apakah perubahan yang telah Penggerak Mahasiswa beri kepada kita?" Saya mula berfikir dan berkira-kira tentang sumbangan yang diberikan oleh Penggerak Mahasiswa.

Kemudian saya melihat ke muka seterusnya. Maka say spatutnya sedar bahawa saya tidak perlu membuang masa untuk berfikir sedangkan penulis juga telah menjawab sendiri persoalan yang ditanya kepada pembaca. Sumbangan yang dicatatkan bermula daripada Perkhidmatan bas percuma, Wifi, Papan Tanda, Tangki air utama (dalam fasa pembinaan), perhantian bas dan laluan OKU.

Maka penulis timbulkan satu lagi persoalan kepada pembaca. "Apakah semua ini masih tidak mencukupi?" cukup buat saya tersenyum. Agak lucu nadanya.

Di muka terakhir penulis sempat memberi sebaris kata yang saya sendiri tidak pasti sama ada saranan ataupun nasihat ataupun arahan. katanya dalam bait tersebut ialah "Jadilah warga yang bersyukur" sekaligus menukar riak senyuman yang terukir kepada beberapa garis kerutan kecil di dahi. timbul persoalan.

Pertamanya, saya tersenyum kerana dalam semua senarai yang dicatatkan semuanya perubahan fizikal. Namun tidak ada satupun disenaraikan perubah dan sumbangan berbentuk srpiritual yang lebih menjurus kepada pembentukan mentaliti dan keperibadian mahasiswa.

Keduanya, dahi saya berkerut kerana saya tidak tahu saranan untuk menjadi warga yang bersyukur itu diletakkan ke atas apa. Adakah bersyukur atas perubahan yang dibawa atau bersyukur kepada Allah atas nikmat kemudahan yang dikurniakan kepada hamba-hambaNya?
Jika merujuk kepada kertas tersebut, pembaca akan lebih cenderung memahami konsep kesyukuran atas perubahan yang dibawa Penggerak Mahasiswa. MAksudnya di sini, penulis menyarankan supaya mahasiswa perlu bersyukur kepada Gerakan Mahasiswa atas perubahan yang telah mereka lakukan.

Pada persepsi saya, Artikel ini boleh merosakkan pemikiran mahasiswa. khususnya yang beragama Islam. Sewajarnya penggunaan bahasa haruslah digunakan secara baik agar mudah difahami. Cuba anda bayangkan jika ada mahasiswa yang menerima secara bulat tanpa berfikir atas apakah kesyukuran itu patut diletakkan, berkemungkinan akidah boleh rosak tanpa disedari.

Apapun saya bersyukur dengan nikmat yang Allah beri dan berterima kasih kepada pimpinan mahasiswa sedia ada atas usaha murni dan sumbangan serta perubahan itu. Namun tidak bermakna kami perlu menerima pimpinan Gerakan Mahasiswa jika wujud kebobrokan dalam menjalankan tugas serta mentaliti boneka yang masih terbenam jauh kedalam diri pimpinan sedia ada. Dan sesiapapun berhak untuk memilih dan menentukan siapakah selayaknya menjadi pemimpin untuk memipin bumi Malaya ini.

Kepada sesiapa yang menaiki takhta pimpinan bumi Malaya ini nanti, saya harap jadilah pemimpin yang adil kerana pemimpin itu ibarat matahari. Cahaya menyinar seluruh alam. semua manusia dapat merasainya tidak kira baik ataupun jahat.


Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment