Kasih Bertaut

fahdin

Cerita yang ingin saya kongsi ini rasanya semua sudah tahu dan maklum, tapi saya ingin mengulangi kisah ini. Maklumlah, manusia kan mudah lupa .. bak kata pepatah arab " la yusamma al-insan bil-insan illa bi nisyan" tidak dinamakan manusia itu dengan manusia melainkan dengan sifat pelupa ... maka sama-samalah kita saling ingat mengingatkan .... jom hayati kisah ringkas ini ...


Suatu ketika, ada seorang pemuda lelaki yang bersifat pemarah. Untuk mengurangi kebiasaan marah si anak, ayahnya memberikan sekarung paku dan menyuruh anaknya itu memakukan sebatang paku di tiang pagar belakang rumah setiap kali dia marah. 


Hari pertama sahaja si anak telah memakukan 48 batang paku menunjukkan kekerapan marahnya itu. Namun secara berperingkat jumlah paku yang dipasakkan semakin berkurang. Dia menyedari bahawa ternyata lebih mudah dia menahan marahnya daripada memakukan paku ke tiang pagar. 

Akhirnya tibalah hari dimana si anak merasakan bahawa dia sudah mampu mengawal kemarahannya dan tidak cepat hilang kesabarannya. Dia memberitahu hal ini kepada ayahnya. Kemudian ayahnya menyuruhnya mencabut satu paku setiap hari di mana dia tidak marah. 

Hari terus berlalu dan si anak itu akhirnya memberitahu ayahnya bahawa semua paku telahpun dicabut olehnya. Lalu si Ayah mengajak anaknya ke pagar. 

“Hmm, kamu telah Berjaya anakku, tapi lihatlah lubang-lubang di pagar ini. Pagar ini tak akan pernah menjadi sama seperti sebelumnya. Ketika kamu mengatakan sesuatu dalam kemarahan, kata-katamu meningggalkan bekas seperti lubang ini … di hati orang lain. “ 

Si anak terdiam. Kemudian si ayah kembali bersuara.

“kamu dapat menusukkan pisau pada seseorang, lalu kamu mencabut pisau itu …. Tidak kiralah berapa kali kamu meminta maaf, parut luka itu akan tetap ada. Parut luka dihati kerana kata-kata samalah kekalnya seperti parut luka di tubuh badan

p/s : Kekuatan manusia bukanlah terletak pada kehebatan di medan perang, tatapi kekuatan sebenar adalah terletak pada kekuatan ketikan menaran marah.
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment