Di dalam pendidikan negara kita sama ada kita sedari mahupun tidak,
ada meletakkan satu usaha untuk menyemai dan menyuburkan sikap dan unsur
kepimpinan islam. Usaha ini boleh dilihat melalui dua proses yang menjadi rutin
kepada masyarakat di institusi pendidkan iaitu pertama, proses penyemaian
melalui proses pengajaran dan pembelajaran sama ada secara langsung di dalam
kelas ataupun secara tidak langsung melalui aktiviti luar kelas dan
kokurikulum. Kedua, proses pengukuhan melalui pengaplikasian pelajar dan sikap
guru sebagai role model.
Melalui proses ini, empat sifat Nabi Muhammad SAW digariskan
sebagai empat elemen utama yang harus dibina dalam diri pelajar. Usaha ini juga
cuba dilihat sebagai satu matlamat jangka panjang. Sekolah hanya diibarat
sebagai satu akademi memupuk sifat dan sikap kepimpinan Islam. Sebaliknya,
lapangan masyarakat adalam medan utama untuk mengukur sejauhmana keberkesanan
usaha ini melalui pengaplikasian pelajar di dalam masyarakat.
Empat
elemen utama yang harus dibina dalam diri pelajar tersebut ialah :
1.
Siddiq ( Benar )
2.
Amanah ( Jujur )
3.
Tabligh ( Menyampaikan )
4.
Fatanah ( Bijaksana )
Sebagai usaha
menyemai empat elemen utama ini, model kepimpin yang dibawa oleh Nabi Muhammad
cuba dilaksanakan dalam pendidikan.
1.
Pengajaran ( Tauhid / Akidah )
Guru
memainkan peranan mengajar pelajar tentang akidah dan tauhid. Tugas ini tidak
hanya dipikulkan ke atas bahu guru agama semata-mata. Sebaliknya, guru akademik
juga berperanan menanam pengajaran tauhid dan akidah melalui subjek
masing-masing. Sebagai contoh, guru sains boleh mengaitkan proses kejadian hujan
sebagai satu tanda kekuasaan Allah dan sebagai tanda kasihNya kepada
hamba-hambaNya.
Tujuannya
adalah untuk membina perkara paling asas didalam diri pelajar sebelum melalui
proses yang lain. Penanaman tauhid dan akidah dalam diri pelajar ini begitu
penting ibarat akar yang menjadi pengukuh kepada sebatang pohon. Jika lemah
akarnya maka lemahlah juga pohonnya. Begitu juga dengan manusia. Jika lemah
akidahnya, maka lemahlah segalanya.
Penanaman
tauhid dan akudah ini juga adalah bertujuan untuk memupuk satu perasaan takut
kepada Allah. Perasaan takut ini mendorong manusia supaya sentiasa berwaspada
daripada melakukan kesilapan yang boleh menimnulkan kemarahan Allah seperti
salah guna kuasa dan penyelewengan dalam menjalankan tugas.
2.
Perhubungan
Hubungan
juga tidak kurang pentingnya. Usaha membina hubungan ini dilakukan melalui
perbagai program bersama sama ada melibatkan pejar sahaja ataupun melibatkan
pelajar, guru dan ibubapa.
Program-program
yang disusun adalah bertujuan supaya pelajar dapat membina dan menghubungkan
tali persaudaraan di antara sesama pelajar dan juga pelajar dengan guru serta
masyarakat.
Di dalam kepimpinan Islam juga melihat
hubungan yang baik adalah satu kelebihan yang patut ada dalam kepimpinan. Ini
bertujuan untuk membina satu kelompok masyarakat yang mempunyai kebersamaan dan
berbaik tanpa sebarang perbalahan demi kebahagiaan bersama.
3.
Al-Falah
Al-falah
ini lebih menggambarkan kesejahteraan sinergi atau lebih mudah, mencapai
kejayaan bersama. Kejayaan bersama ini sewajarnya dirasai hasil dari usaha
berrsama secara holistik.
Usaha
untuk mewujudkan kerjasama ini boleh dilaksanakan di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Contohnya, guru memberi tugasan atau penyiasatan dan pelajar
boleh melaksanakan tugas secara berkumpulan. Hasilnya, setiap ahli meraih
keyaan bersama.
Kesepakatan
dan kebersamaan bolh dilihat melalui perbincangan atau lebih dikenali sebagai
syura. Syura telahpun diaplikasikan sejak zaman awal kegemilangan Islam. Hasil
pemikiran bersama ini dilihat mampu memberi impak dan kesan yang jauh berganda
lebih besar berbanding keputusan yang dibina sendiri. Ini adalah kerana manusia
mempunyai buah fikiran dan pandangan sendiri, dan hasil gabungan inilah yang
mampu melahirkan satu keputusan dan hasil yang bernas.
4.
Pengagihan kuasa
Manusia
tidak boleh hidup sendiri. Kerana itu manusia perlu hidup bermasyarakat. Ini
adalah kerana terdapat banyak perkara yang tidak mampu untuk manusia laksanakan
dan penuhi sendiri. Alangkah baiknya jika manusia itu berkerja sama demi
mendapat hasil bersama. Dan untuk itu pengagihan kuasa dan tugas tidak boleh
dinafikan kepentingannya dalam kepimpinan Islam. Dan inilah yang cuba ditanam
dalam pendidikan hari ini.
Kita
selalu lihat akan ada satu organisasi yang akan ditubukan bagi melaksanakan
sesuatu projek. Cukup jika kita hanya lihat dalam intitut pendidikan.
Persoalannya, atas tujuan apakah organisasi ini dibina?
Organisasi
ini dibina bertujuan untuk menyusun ahli organisasi mengikut tugas dan setiap
ahli mejalankan tugas masing-masing. Pemecahan tugas ini adalah jalan terbaik
supaya perjalanan sesuatu rancangan berjalan dengan lancar dan setiap orang
melaksanakan tugas masing-masing tanpa ada mesalah. Tidak wujud lagi
ketidakseimbangan dalam menjalankan tugas jika setiap orang tahu fungsi dan
peranan masing-masing.
Usaha
penyemaian sikap mebahagikan tugas dapat dilihat melalui organisasi di sekolah
seperti organisasi kelas, pengawas dan juga organisasi perjalanan program
seperti hari guru dan sukan.
Kesimpulan
Kita dapat melihat keempat-empat isi kandungan model kepimpinan
Nabi Muhammad SAW ini saling bersangkutan antara satu sama lain. Setiap perkara
melengkapi dan memerlukan perkara yang lain.
Sehingga hari ini usaha ini masih dilaksanakan dan akan berterusan
sehingga ke generasi akan datang bagi melahirkan golongan manusia yang
mempunyai ciri pemimpin Islam yang bakal membawa masyarakat ke satu tahap yang
lebih baik. Seandainya mereka tidak menjadi pemimpin besar kepada negara,
sekurang-kurangnya mereka mampu memimpin diri sendiri daripada terus tersasar
dari landasan fitrah manusia sebenar dan dari agama yang benar.
banyak manfaat dr pembacaan sy dalam blog saudara..trma ksih atas info2 bguna srta kata2 hikmah yg saudara selitkan..jika ad ksmpatan sila lah follow blog sy ya..lovelavvy.blogspot.com..tQ..;)