Kasih Bertaut

fahdin



Bagaimana konflik boleh timbul ?
Dapatlah dikenalpastikan bahawa konflik berpunca daripada perkara-perkara berikut :
§ Masalah komunikasi iaitu kegagalan memahami seseorang, seperti memahami perasaan dan idea
§ Konflik nilai antara dua individu akibat perbezaan pendirian, kepercayaan dan jangkaan atau harapan.
§ Daya kepimpinan yang kurang berkesan atau kegagalan membuat keputusan. Konflik berpunca daripada kurang persetujuan mengenai ‘siapa yang berkuasa’ dan ‘bagaimana kita melaksanakan sesuatu’.
§ Perselisihan pendapat mengenai peranan yang dimainkan dan ekspektasi terhadap main peranan.
§ Produktiviti rendah yang diakibatkan oleh kegagalan mencapai matlamat atau melaksanakan tugasan yang diberikan.
§ Perubahan yang membawa kepada ketidak seimbangan yang berpunca daripada sesuatu yang diluar jangkaan.
§ Konflik lama yang masih belum selesai yang diumpamakan seperti parut luka lama yang boleh berdarah kembali.

Kitaran Konflik
Konflik-konflik yang wujud dapat digambarkan dalam satu kitaran konflik dan terkandung di dalamnya; pembinaan ketegangan, peranan yang mewujudkan dilema, pakatan yang tidak adil, konfrantasi dan pengubahsuaian.
  • Pembinaan ketegangan berpunca daripada kegagalan mencapai persetujuan atau kesepakatan yang mewujudkan pepecahan atau berpuak-puak.
  • Peranan yang mewujudkan dilema berpunca daripada persoalan mengenai ‘apa yang terjadi’, ‘siapa yang betul’ dan ‘siapa harus saya pilih’.
  • Pakatan yang tidak adil boleh wujud apabila wujud pihak-pihak yang ingin meraih sokongan dan cuba meraih kemenangan.
  • Konfrantasi wujud apabila berlaku pertembungan dua pihak saling menegakkan pendirian. Namun konfrantasi boleh dikurangkan atau dielakkan apabila dua pihak sudi melakukan pengubah suaian.
  • Pengubahsuaian akan berlaku apabila satu pihak lebih kuat berbanding pihak lain dan pihak yang kuat akan menang dan mendominasikan keadaan tetapi akan wujud konflik. Jika dua-dua pihak sama kuat, maka akan wujud ‘perang dingin’ dan suatu pihak akan cuba melemahkan pihak lain. Mereka mungkin saling mengelak, namun apabila mereka sudi berkompromi maka mereka akan menang sebahagian dan kalah sebahagian. Kerjasama adalah perlu dan pengambilan bahagian yang aktif akan membawa kepada manfaat kepada kedua-dua pihak.
  • Kompromi sebenarnya tidak mengorbankan prisip utama tetapi sekadar mengorbankan prinsip yang kurang penting dan inilah pengubah suaian yang dikehendaki. 
 
 Bahagian 3 akan menyusul InsyaAllah
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment