Kasih Bertaut

fahdin

Bismillah ...

3 minggu pertama kuliah sangat memenatkan. Bukan penat dengan kuliah tapi penat dengan urusan lain. Maka bermulalah rentetan kepenatan yang silih berganti sehingga mendorong aku menggerakkan jemari menulis di sini.

Minggu pertama aku tinggal bersama rakan di rumah saudaranya di Rawang. Maklumlah belum ada penginapan tetap. Maka seawal mentari yang segan silu menjengah, aku dan rakanku sudahpun meredah kabus pagi menuju ke kampus dengan motorsikalnya. Dan selewat bulan yang semakin galak menguasai malam, kami membelah pula kabus malam yang dinginnya bagai jutaan jarum menusuk jauh ke dalam tubuh untuk pulang ke Rawang.

Minggu ke dua, Alhamdulillah aku sudah mendapat penginapan yang tetap. Maka aku boleh lupakan kepenatan dan perjalanan masa aku di jalanan. Aku boleh terus lupakannya namun aku harus beringat dengan yang lain.

Tanggungjawab dalam organisasi.Sebagai salah seorang ahli dalam sesebuah organisasi, aku dibebankan dengan beberapa tugas yang menagih masa dan kesabaran. Dan inilah yang aku lalui sehingga hari ini. Beban tugas ini tidak pernah berhenti bahkan semakin bertambah sehinggakan kadang kala membuatkan aku susah untuk bernafas. Maksud aku bukan nak mati. Tapi cume nak jelaskan bahawa aku kekurangan ruang untuk rehat dan untuk diri sendiri. Waktu tidur aku sudah tak tentu.

Dan akhir-akhir ini, tugas yang dipikul sedikit sebanyak menekanku. Kadang-kala aku merasakan bahawa aku sudah tidak mampu lagi nak tersenyum untuk waktu-waktu tertentu dek tegangnya wajah yang bukan kerana botox, tapi kerana tetekan.

So Kesimpulan dari rentetan perjalanan hidup aku dalam sekitar 3 minggu ini, aku nak jelaskan bahawa :

1)Nak mintak maaf kepada kawan-kawan seandainya jika kita pernah terserempak dan aku langsung tidak tersenyum kepadamu ataupun tidak membalas senyumanmu atau langsung tidak menoleh kepadamu. Bukan aku marah atau benci tapi aku akui tekanan membuatkan aku tidak profesional terhadap diri dan teman-teman.

2)Nak mintak maaf pade teman-teman seandainya aku masih tak kunjungi bilik kamu semua untuk meluangkan masa berbual dan berkongsi cerita.Bukan mengasingkan diri tapi mempunyai komitmen di tempat lain atau bekerja di depan komputer.

3) Mintak maaf kepada rakan-rakan kumpulan perbentangan, study group dan perbincangan bahan pelajaran seandainya selalu lewat atau beralasan untuk pertemuan dan perbincangan. Bukannya mahu lari dari tugasan, cuma melihat sesuatu dan mengukur mengikut keutamaan dan kepentingan.

Ps : Jangan marah yea .... nanti kene jual. Eheh
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment