Kasih Bertaut

fahdin
Ini kisah benar. Ada kene mengena dengan yang hidup (aku) dan bukan yang telah meniggal dunia..

Khamis lepas Aku baru dapat Orange Baboon Tarantula (OBT) yang aku beli dari seorang kenalan di forum Malaysian Tarantula Society (MTS). Saiz kira-kira 2cm. Cool! Aku dah buat rujukan tentang spesis nih. OBT adalah antara spesis yang sangat agressive @ defensive. So agak susah nak handle.
Aku tak tahu pulak die tengah premolt (nak salin kulit) so die agak stress.



Nak dijadikan cerita, time aku nak bagi die makan semalam, die terlepas dari bekas. Laju tahap gaban. Aku try tangkap dan berlakulah insiden tertekan kaki belakang die Maka, dia pun memutuskan kaki dia tu. Hadoi. Walau macam mana pun aku dapat kurung dia balik. rupa-rupanya pedipalp (sesungut) die pun putus jugak. Satu hal lagi. Hadoyai!

Malam tadi, die molted (salin kulit). Saiz dah betambah mungkin sekitar 1 inci. Aku tahu, Trantula ni macam cicak jugak. cicak kalau putus ekor leh tumbuh balik. Macam tu jugak tarantula. Kalau putus kaki pun kan tumbuh balik tapi selpas 2 atau 3 kali molt. So aku taklah risau sangat. Cuma kesian jugak la dekat OBT aku nih. Poor OBT.

Kepada pembaca : Tidak perlu merasakan insiden terlepasnya OBT aku nih menjadi ancaman kerana tarantula adalah haiwan berbisa. OBT aku nih hanya sebesar 2cm. kalau terlepas pun, dengan saiz sebesar tuh, mungkin susah untuk dia terus hidup. Bayak ancaman lebih besar kepada dia termasuklah cicak, labah-labah lain dan MANUSIA.

Erm, sebelum terlupa, jom aku perkenalkan korang dengan Tarantula aku yang baru nih.
Berikut adalah serba sedikit tentang spesis baru yang aku dapat nih. Enjoy!



5) Orange Baboon Tarantula (Pterinochilus murinus)





















Mula pelihara pada 9 Mac 2009. Saiz sekitar 2cm. Molt pada 10 Mac 2009. Ukuran kasar sekitar kurang 1 inci. Spesis ini digelar 'webbing master'. Pakar salam membuat sarang. Dalam mase sehari saja OBT bleh buat jaring sutera (web) memenuhi seluruh ruang bekas. Sebab tu la dapat gelaran 'webbing master'.

Asal : Afrika, Kenya

Diet : Spiderling makan mealworm, cengkerik dan serangga kecil lain. Adult makan pinky mice, cicak, dan serangga lain.

Saiz : Adult boleh mencapai 5 - 6 inci

Jangka hayat : - (female hidup lebih lama)

Tumbesaran : cepat

Extra informatoin : OBT sangat defensive dan agressive . Susah nak handle dan bukan untuk beginner T's collecter.
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment