1) Huntsman (labah-labah biasa)
Aku dapat di kedah mase balik kampung melawat saudara kat sana. Saiz sekarang sekitar 3 inci.
Tak boleh nak handle. Aku pun takut sebab aku dapat yang wild ( maksudnya aku tangkap).
2) Giant white knee (Acanthoscurria geniculata)
Aku mula pelihara pada 15 Feb 2009. Saiz mase tuh dalam 1.5 cm. Selama dalam penjaggan aku, white knee nih dah dua kali moult. First, pada 5 Mac 2009 dan saiz berubah jadi 1 inci. Second, pada 30 Mac 2009 dan saiz berubah jadi 1.4 inci.
So maklumat lanjut tentang spesis yang aku bela ni, korang boleh bace artikel aku yang terdahulu. (malas nak retype) hehe. korang boleh cari dalam label HOBI
3) Chilean Rose (Grammostola Rosea)
Aku mula pelihara pada 18 Mac 2009. Saiz sekitar 1 inci. Selama dalam peliharaan aku, rosea ni pernah sekali moult pada 30 Mac 2009 dan saiz berubah menjadi 1.2 inci. Di bawah adalah serba sedikit penerangan tentang rosea yang aku bela
Asal : Bolivia, Northern Chile, and Argentina, found in many habitats, mostly deserts and scrubland.
Diet : Spiderling makan mealworn, cengkerik atau serangga kecil lain. Adult makan serangga, cicak, tikus.
Saiz : Adult boleh mencapai 4.5 hingga 5.5 inci.
Jangka hayat : tak pasti. Tapi biasanya 15 tahun ke atas.
Tumbesaran : lambat
4) Mexican Redknee (Brachypelma smithi)
Mula pelihara pada 18 Mac 2009. Saiz sekitar 1.5cm. Selama dalam peliharaan aku tak pasti pernah moult atau tak tapi aku rasa redknee ni pernah moult tapi dia makan kulit lama die. So aku tak ada bukti kukuh yang dia moult. (terkini : 6 April 2009 - My smithi molted ... hehe.. now around 1.9cm legspan . cute!! (0_o) )
Asal : Pacific side of Mexico, in scrubland and deserts
Diet : Spiderling makan mealworm, cengkerik dan serangga kecil lain. Adult makan serangga, cicak dan tikus.
Saiz : Adult boleh mencapai 5 hingga 5.5 inci
Jangka hayat : 15 tahun ke atas
Tumbesaran : Lambat.
Dalam Senarai
Tak lama lagi koleksi aku akan bertambah dengan 2 spesis baru
1) Singapore blue tarantula
2) Orange baboon tarantula
Post a Comment