Kasih Bertaut

fahdin

Bismillah....

Hari ini agak memenatkan. Bukan badan tapi minda (alamak aku mengeluh). Kesibukan yang sedikit ini sedikit sebanyak membuatkan aku menjadi manusia yang kelam kabut. Maklumlah sejak mula cuti rehat, semuanya jadi cuti...haha. Termasuk jugak jari jemari nih.... Patutlah rasa kekok nak menaip.

Erm... bukan kepenatan yang ingin aku bicarakan tapi tentang hati. hati seorang teman kepada teman...

Sepanjang tempoh bercuti membuatkan aku jauh dari teman-teman dan teman-temanku jauh dariku. Bukan menjauhkah cuma berjauhan. Dan dalam kejauhan ini membuatkan aku termenung jauh... eh silap. Merenung jauh. Jauh ke dasar hati. Ada beberapa persoalan yang aku fikirkan...

Setiakah aku sebagai seorang teman?
Adakah aku cermin temanku?
Jujurkah aku dengan temanku?
Siapakah aku dari kaca mata temanku?

Bila dikumpulkan semua jawapan secara total aku dapati aku bukanlah seorang yang sempurna. dan aku tahu sampai kapanpun aku ngga bisa jadi sempurna kerana kesempurnaan itu adalah milik Yang Maha Sempurna. Nabi sendiri tidak merasakan dirinya cukup sempurna. Namun sebagai manusia, sewajar nya aku berusaha untuk menjadi teman yang terbaik kepada teman-temanku.

Dan aku harus sedar bahawa hubungan itu biarlah dibina atas dasar kita sebagai seorang pemberi bukannya penuntut. Jika kita menuntut, maka kita akan menagih tuntutan yang lain. Jika kita memberi insyaAllah kita akan menerima tanpa perlu menuntut.

Mudah saja contohnya. Aku tak perlu menuggu temanku mengukir senyum kerana manalah tahu dia juga sedang menungguku menghadiahkan senyum padanya. Apalah salahnya jika aku senyum saja kepadanya dan nescaya dia akan tersenyum kepadaku....

Mudah rasanya aku menulis dan berfikir. Tapi mampukah aku menjadi seperti apa yang aku fikirkan? ..... Dan anda? .......
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment